07 Disember 2009

Di Sebalik Tabir

  Hai.. firstly ima nak ucapkan terima kasih banyak2 pada member2 yg follow blog ima ni and sudi baca novel ciptaan ima dari mula sampai habis. Thank you so much you all!!. Emm.. ni ima nak cerita sikit la pasal pembikinan novel pertama ima ni, harap korang tak boring la baca citer ima ni ye and tak pe kot kalau ima guna bahasa orang2 Kedah sikit..sape yg paham tu.. baguih la noh.. tapi kalau tak paham..wat2 paham la ye.. (sorry ima gurau je.. jangan terasa hati pulak ya..hehe )  (*_*)

1.       Tajuk ‘Seharum Cinta Sejati’ actually first tajuk yg ima nak letak ialah ‘Cinta Sejati’ tapi lepas ima dengaq beberapa kOmen dari member2 ima.. (diorang kata title ni familiar sangat) so otak ima ni pun berhempas pulas la fikir nak letak tajuk pe.. Tup tup pada satu malam ni.. (ntah la malam per kan..) time ima tgh khusyuk baca novel yg ima pinjam dari member.. ternampak la beberapa tajuk novel kat bahagian belakang halaman novel tu.. ima pun pe lagi try la cari yg mane sesuai asalkan title ‘Cinta Sejati’ tu tak dibuang.. Last last, ima terserempak la dgn title ‘Seindah..dot.. dot.. (sori.. ima luper title seterusnya..).. jadi ima pun fikir punya fikir.. tercetus la dalam minda ima ni.. ’Seharum’.. jadi ima pun cantum kan la Seharum dgn Cinta Sejati.. and jadi la ‘.. Tu baru tajuk dia, tak lagi citer sepenuhnya tentang nOvel ni.. and next pasal lagu tema novel ni..'Hanya Padamu' daripada kumpulan Qiara.. ima rasa lagu ni matching la dgn novel ima. Apa kOrang rasa?sama tak dgn apa yg ima rasa ni? Huhu.. (^^)

2.       Sebenarnya novel ‘Seharum Cinta Sejati’ ni telah pun siap ima tulis dari bulan 9 (2009) lagi sebab ima start tulis dlm bulan 4 cam tu la.. that’s mean ima ambik masa selama 5 BULAN utk siapkan novel ni.. tapi ima kena edit lagi la.. tuk mendapatkan citer yg betul2 menarik and wat Orang tertarik nak baca sampai habis. Emm.. lagi satu ima nak citer kat korang la kan, citer ni mcm impian cinta ima jugak la.. mana la tahu kan, ima dpt cari cinta sejati ima satu hari nanti ke.. nothing imposibble right? hehe.. ima pun harap korang dapat bertemu dgn cinta sejati korang jugak k! (^^)

3.       Watak dalam ‘Seharum Cinta Sejati’ ni tak ada kena mengena langsung dgn sesiapa sama ada yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia.. KECUALI pada watak Syed Ewan tu. Nama watak ni ima ambik sempena nama adik angkat ima even nama sebenarnya Ridzwan..tapi orang dah biasa call dia Ewan.. jadi ima pun cipta la watak Syed Ewan tu. First bila ima dengaq nama dia ni, ima rase sesuai sangat la untuk watak hero tu..tapi perangai Syed Ewan tu tak sama langsung la dgn si Ewan adik angkat ima ni..just nickname je sama.. hehe.. So korang hayati la citer ni betul2 ye. Baru ade fell!..(^^)

4.       Orang pertama yg habis baca novel ‘Seharum Cinta Sejati’ ima ni (even secara kasar sebab time tu banyak kesalahan ejaan dan ayat) ialah Siti Murnirah iaitu best friend ima sendiri.. padahal ima dah kasi copy citer ni awai2 lagi kat dua orang lagi member ima sebelum dia. tapi maybe diaorang tak ada masa nak baca sampai habis kot, sampai ambik masa dua tiga hari baru nak baca. Jadi si Mun (ni nickname yg kami selalu call dia).. yg ada banyak masa la katakan just baca pada hari ima bagi copy tu jugak. Anyway.. dia la yg banyak perbetulkan kesalahan ejaan ayat ima dalam novel ni.. and utk pengetahuan korang lagi la kan, dia la jugak yg suruh ima letak citer ni kat dalam blog.. (thank you ek!.. -> kalau dia yg baca ayat ni..) kalau tak kerana cadangan bernasnya tu maybe ima just simpan citer ni dalam laptop wat khazanah peribadi ima je kOt hihi.. (^^)

5.       Harapan ima terhadap novel ‘Seharum Cinta Sejati’ ni ialah.. insyaALLAH sekiranya ima ada rezeki lebih la katakan, ima akan terbitkan nOvel ni di pasaran kelak..(tu pun kalO terterbit la niat di hati kecil ni hehe) even ramai member2 ima yg suggest supaya citer ni dihantar ke bahagian penerbitan novel. Niat tu ada la sikit..tapi belum sampai seru lagi.. (eh mcm nak kawen pulak.. pakai seru2 ni ya hehe). Maybe sebab banyak sangat kena edit, ditambah pulak dgn niat ima pada mulanya suka2 je nak buat novel ni..Owg kater pe tu?..mengisi masa lapang.. Ha! macam tu la.. Semuanya terletak pada kuasa Allah. Tapi kalau tanpa usaha tak jadi jugak kan? hehe.. (^^)

K la.. tu saje la yg ima nak citer serba sedikit mengenai novel ciptaan ima ni.. and ima nak ucapkan TERIMA KASIH sekali lagi pada Kamu! Kamu! Kamu semua ye!.. Kalau ima ada tersalah kater ke sepanjang ima berada di blog ni, harap dimaafkan ye.. INGAT!!!..yg buruk semuanya datang dari KITA..and yg baik tu hanya datang dari ALLAH S.W.T.

Sekian ima akhiri nukilan ima ni dgn serangkap pantun and anyway one more thing!, ima perlukan FEEDBACK dari korang semua tentang blog ni jugak k! juz letak kat dalam chat box di sebelah kanan ni je -> insyaallah.. ada masa ima akan balas k! Bye2.. (@@,)

Permintaan ikhlas drpd ima..


     Semoga korang semua yg lawat blog ima ni sudi baca novel ‘‘Seharum Cinta Sejati’  ni dan jangan lupa komen sekali ya. (ima terima dgn hati terbuka segala komen korang tu ya. Tidak kisah la baik ataupun buruk.) Ok.. ima kena beredar dulu sebab masa terlalu mencemburui kita semua. (Masa jeles gila skrg ni.. hihi). Macam biasa, terima la serangkap pantun ima tujukan special utk korang semua sebelum ima undurkan diri ni ya. Jadi akhir kata, Kalau ima ada tersalah kata ke sepanjang ima berada di dalam blog ni, harap dimaafkan ye.. INGAT!!!.. yg buruk semuanya datang dari KITA.. and yg baik tu hanya datang dari ALLAH S.W.T.

       One more thing before I forget, ima perlukan FEEDBACK dari korang semua tentang blog ni jugak k! juz letak kat dalam chat box di sebelah kanan ni je -->, nanti ima akan balas k! InsyaAllah, kalau ada masa lagi kita pasti akan bertemu lagi, mungkin pada novel ketiga ima. Doa2kan ya! Bye2.. Assalamualaikum...


Berjalan-jalan singgah di Taman Mini,
Ingin mencari bunga selasih,
Pada yang sudi membaca novel ini,
ima ucapkan jutaan TERIMA KASIH..

Nukilan : Ima Fatima

04 Disember 2009

~Bab 34~

        “Ika. Anif datang lagi tak..?” tanya Hana sekilas memandangku. Dia sedang sibuk dimekapkan di hadapan cermin soleknya oleh mak andam pilihan ibunya iaitu Lily,yang berperwatakan dan berpenampilan seperti seorang perempuan sedangkan dia seorang lelaki.

“Eh nyah!. Sekejap lagi kau tu dah nak bersanding. Duduk la elok-elok sikit. Nanti comot pula muka kau ni ha! Laki kau tu kang. Tak jadi nak bersanding dengan kau. Siapa susah? Lily juga tau!” kata Lily dengan lagaknya.

“Lily. Aku ni kalau
make-up macamana sekalipun. Cantik juga  tau! Orang kata apa tu? Ada class gitu!” usik Hana yang membuatkan aku tertawa kecil dengan gelagat mereka berdua itu.
“Belum lagi la Hana. Mereka dah on the way nak ke sini sekarang ni. Sekejap lagi sampai la tu..” jawabku yang sedang berdiri melihat ke halaman rumahnya melalui balkoni.Kelihatan ramai tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis.Aku sempat berbalas mesej dengan Ewan.

“Owh…err.. Eh! Nama sebenar kau apa ek Lily..?” tanya Hana dengan tiba-tiba sambil memandang Lily. Mungkin terasa bosan menunggu.

“Apasal pula kau nak tau nama sebenar mak..?” tanyanya balik. Berkerut dahinya.

“Ada la. Cepat la Lily. Aku nak tahu ni..” jawab Hana tidak sabar-sabar.

“Mohd Khairulnizam..” jawab Lily perlahan.
What…?!” Hana lantas tertawa besar.

“Hana…!” tegurku yang juga tertawa di dalam hati.

“Eh nyah! Kau gelak sekali lagi. Mak cili mulut kau tu tau..!” kata Lily dengan nada geramnya sambil menunding-nunding alat solek yang dipegangnya ke muka Hana.

“Okey okey. S
orry Lily. Aku diam aku diam..” balas Hana segera mengawal ketawanya sambil menunjukkan muka seriusnya.

“Hana. Kenapa ni? Macam kecoh-kecoh je. E
verything okay..?” tanya Datin Zura,ibunya Hana yang muncul sambil tersenyum ceria. Jelas terpancar keceriaan di wajahnya.Mungkin kerana satu-satunya anak tunggalnya itu akan mendirikan rumah tangga.

“Mama. Mana la mama dapat si Lily ni..?” tanya Hana yang masih ingin berketawa lagi.

“Kenapa?
Service yang Lily bagi tak elok ke..?” tanya Datin Zura lagi sambil tangannya memegang bahu Hana.

“Datin. Saya ni Lily okey! Mak andam yang terkenal di seluruh Kedah ni akan bagi service yang first class tau!. Tapi kalau anak datin ni duduk sengit-sengit macam ni.. ehm. Alamatnya last class ler..” jawab Lily dengan gayanya yang tersendiri.

“Yela tu. Mama..em. Papa mana..?” tanya Hana memandang Datin Zura sambil disolekkan oleh Lily lagi.

“Papa tengah layan kawan-kawan dia kat bawah tu.. emm. Mama keluar dulu la sayang ya. Nanti mama datang balik.. Lily
,make-up yang cantik-cantik tau…!” pesannya pada Lily.

“Okey datin! Itu bisa diatur sih..!” jawab Lily sambil mengenyitkan sebelah matanya pada Datin Zura.

“La. Minah Indon la pula..” gurau Hana ketawa.

“Hana kamu ni. K mama keluar dulu ya. A
unty keluar dulu ya Ika…” kata Datin Zura sambil memandangku yang hanya memerhati.

“Okey
aunty..” aku membalas senyumannya dan melihat dia berlalu keluar.
.............................................................................
    Bunyi pukulan kompang kedengaran di halaman mengejutkanku yang sedang asyik memerhatikan Hana yang kelihatan begitu cantik dan anggun dengan pakaian gaun pengantinnya yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal dari Austraulia itu.

“Hana. Tu. Suami kau dah sampai...” kataku setelah melihat rombongan pengantin lelaki melangkah masuk ke halaman rumah diiringi dengan beberapa orang lelaki dan wanita yang memegang dulang berisi dengan barang-barang hantaran.

“Mana. Mana..?” tanya Hana yang bingkas bangun berlari menghampiriku.
“Opocot. Mak kau!eh perempuan ni! Aku tak habis make-up dia lagi. Dah lari…” rungut Lily yang terkejut seketika sambil menggaru-garu kepalanya.

“Segaknya laki aku..” puji Hana setelah melihat Anif yang kelihatan segak berpakaian seperti raja sehari itu. Kelihatan Ewan yang berjalan bersebelahannya tersenyum melihatku.

“Hana. Jom turun sayang. Rombongan pihak Anif dah sampai tu…” panggil Datin Zura yang muncul semula ke kamar Hana.

“Okey ma. Jom Ika..?” ajak Hana pandangku.

“Jom…!” anggukku tersenyum lalu kami turun ke tingkat bawah bersama-sama.
        Majlis persandingan Hana dan Anif berlangsung dengan meriah dengan bertemakan perkahwinan dalam taman. Aku dan Ewan menjadi pengampit mereka berdua yang kelihatan secocok bagai pinang dibelah dua itu.Aku senang apabila melihat cinta mereka berdua sampai ke jinjang pelamin akhirnya. Mana tidaknya,hampir tujuh tahun mereka menabur kasih dan janji bersama. Mereka juga ada merancang akan berbulan madu di Paris kerana itulah tempat yang diidam-idamkan Hana sejak dari bangku sekolah lagi tetapi mereka akan pergi ke sana setelah menghadiri majlis perkahwinan aku dengan Ewan pula yang akan berlangsung lebih kurang dalam beberapa minggu sahaja lagi.
.............................................................................

        “Sayang. Sayang nak tahu tak apa yang abang tahu ni..?” tanya Ewan di dalam talian kerana kami tidak digalakkan keluar berjumpa. Maklum saja la.Lagi dua hari aku akan bernikah dengan Ewan.Ewan juga telah membiasakan dirinya memanggilku sebegitu.Begitu juga denganku. Barang-barang persiapan telah kami pilih bersama termasuk sebentuk cincin perkahwinan. Kami juga telah menghadiri kursus kahwin yang harus dihadiri oleh semua bakal-bakal pengantin.

“Nak!. Apa yang abang tahu..?” tanyaku yang sedang meneliti baju pengantinku yang akan dipakai pada hari persandinganku itu nanti.

Teka la..? tanyanya lagi.
“Emm. Tak nak la main teka-teka ni. Malas la..” balasku manja.

“Okey okey. Reza dengan Zila..”

“Reza dengan Zila? Kenapa dengan mereka berdua tu..?” tanyaku pelik.

Mereka sekarang ni dah. Couple..”

“Really..?” tanyaku seakan tidak percaya.

“Yes my honey..” jawab Ewan manja.

“Abang tahu mana ni..?”

“Reza cakap sendiri semalam kat mama. Terkejut juga la abang

“Hmm. Macamana mereka berdua boleh kenal ek..?” tanyaku hairan.

“Entah la sayang. Reza cakap masa birthday party sayang tu..”

“Owh..ya. Patut la. Masa sayang sembang dengan Reza hari tu. Tak habis-habis asyik usha Zila je. Rupa-rupanya ehem-ehem..” kataku tertawa kecil.Sempat berdehem kecil.

Abang pun naik terkejut juga. Tapi yela mungkin jodoh dia dengan Zila. Siapa tahu?. Tak ke mana sayang oii..” balas Ewan.

        Aku tersenyum dengan kata-kata Ewan itu. Memang kalau sudah JODOH,ke mana kita pergi walau seluruh dunia sekalipun. Di situ juga la kita akan bertemu.Rizal telah berbaik-baik semula dengan Yanie. Dua minggu yang lepas,Yanie datang ke rumahku untuk memohon maaf di atas tuduhan dan kekasaran katanya terhadapku tempoh hari.Aku memaafkannya kerana aku tahu itu hanya salah faham yang pernah tercetus di antara aku dan Ewan. Justeru itu, KESEFAHAMAN di antara kedua-dua belah pihak harus ada untuk melayari bahtera perkongsian cinta.
.............................................................................
     Hari–hari yang aku hitung kini tiba.Aku dan Ewan disandingkan di atas pelamin rumahku sendiri.Hana menjadi pengampitku manakala Anif pengampit bagi Ewan.Aku menjemput seluruh kenalanku.Inai dijariku kelihatan kemerah-merahan dan lagu serta kompang sentiasa bergema menyambut tetamu-tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis persandingan kami berdua itu.Kami berdua disandingkan di atas pelamin sejurus selepas upacara ijab dan kabul dijalankan dengan sekali lafaz,aku sah bergelar isteri yang sah kepada pemilik nama Syed Ewan Bin Datuk Syed Bakar yang diwalikan papa. Kini,berakhirlah cerita cintaku.Aku bersyukur dengan apa yang dilimpahkanNya terhadapku.Cinta sejati yang aku cari telah aku miliki. ALHAMDULILAH…

                    
~TamaT~



~Bab 33~



            “Dengan keterangan daripada kedua-dua belah pihak peguam dan saksi-saksi kejadian serta bukti-bukti yang telah dikemukakan.Dengan ini tertuduh iaitu Datin Sahara Binti Abdul Samad didapati tidak bersalah membunuh Datuk Tahir Bin Datuk Tahar dan dengan ini juga Nur Mastura Binti Dailani dijatuhkan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana telah membunuh Datuk Tahir serta mengupah seorang pembunuh upahan iaitu Zakaria Bin Zamani dalam cubaan melanggar lari Amalina Binti Yusof, Syed Ewan Bin Datuk Syed Bakar dan Nur Azrika Binti Iskandar dan dengan ini juga,mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dengan tiga sebatan ke atas Datuk Zizan Bin Datuk Razali kerana berpakat dalam kes pembunuhan ini.”

        Keputusan dibaca oleh tuan hakim setelah berehat 30 minit selepas mendengar kata-kata saksi iaitu Helsi Ramanika.
        Akhirnya kes Datuk Tahir selesai setelah berbulan-bulan ditunda. Sebenarnya Mastura membunuh Datuk Tahir kerana risau datuk menarik balik segala kesenangan yang telah diberikan kepadanya kerana dia mempunyai hubungan sulit dengan datuk selama ini selepas datuk mendapat tahu yang dia telah menjalinkan hubungan baru pula dengan Datuk Zizan iaitu seorang duda dan salah seorang pemegang syer Syarikat Tahir Holding yang berpakat untuk merampas kekayaannya. Mereka telah berpakat untuk menuduh Datin Sahara yang telah membunuh suaminya sendiri. Namun SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA.Di sebalik rancangan jahat mereka berdua,Helsi Ramanika iaitu pembantu rumahnya telah terdengar setiap perbualan rahsia di antara majikannya itu. Semuanya bagaikan satu konspirasi yang bermotifkan harta.

“Tahniah Cik Ika..” ucap Bakri dengan nada gembira.

“Terima kasih Bakri..” balasku.

“Terima kasih Cik Ika kerana telah banyak membantu saya.. em. Minggu depan jemput la ke rumah sebab saya ingat nak adakan kenduri tahlil untuk arwah datuk. Bersama dengan anak-anak saya ni..” kata Datin Sahara dengan nada gembira di samping anak-anaknya yang sebaya denganku.

"Insyaallah datin..” anggukku tersenyum lega sambil bersalaman dengan mereka sekeluarga.

        Aku diserbu oleh beberapa orang wartawan akhbar yang sedang membuat liputan meluas untuk kes tersebut.Kes ini mendapat perhatian ramai kerana melibatkan pembunuhan seorang usahawan yang terkenal.Aku hanya memberikan kenyataan tentang kes ini dan perinciannya sebaik mungkin sebagaimana yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah sebentar tadi.
.............................................................................
   Aku masuk ke dalam kereta setelah selesai sesi soal jawab itu untuk pergi melawat Ewan di hospital lagi.

“Maaf Cik Ika. Boleh saya tahu. Apakah hubungan di antara Cik Ika dengan Encik Ewan..?” aku terkejut dengan soalan itu lalu segera memandang wajah orang yang bertanya melalui cermin pintu kereta.
“Ewan..?” aku terperanjat seketika.Rupa-rupanya orang itu ialah tunangku, Ewan. Dia hanya tersenyum manis sambil mengenyitkan sebelah matanya.

“Ya saya…” balas Ewan setelah masuk dan duduk di tempat duduk di sebelah kananku.Tanpa dipinta.

“Apa. Apa awak buat kat sini? Doktor kata kan esok baru awak boleh keluar. Awak lari dari hospital ke..?” tanyaku hairan.Cuba meneka.

“Saya dapat kebenaran keluar awal la. Saya nak tahu juga apa keputusan bagi kes ni. Tak sangka kan orang yang langgar saya tu orang upahan perempuan tu..emm
so. Cepat la Cik Ika. Apa jawapannya untuk soalan saya tadi tu..?” Ewan masih ingin terus mengusik.Rupanya dia turut menyaksikan proses perbicaraan itu dijalankan.

“Owh..hmm. Saya dengan dia. Kawan-kawan je. Tak lebih dari tu..”

“Ya ke Cik Ika? Saya dengar kata bulan depan Cik Ika akan berkahwin dengan dia? Betul ke..?”

“Owh. Awak dapat mana cerita ni? Tu
just gosip je la. Biasa la orang popular la katakan..” aku ketawa dengan lagakku seperti seorang artis membuatkan Ewan tersenyum lagi.

“Sudah la awak ni. Tak nak main-main lagi la. Penat la. Ni awak datang dengan siapa ni..?”

“Saya datang dengan teksi. Ni nak balik dengan awak la..” jawabnya sambil memakai tali pinggang keledar.

“Hah. Lain kali tu kalau nak balik. Call la saya dulu. Awak tu kan masih sakit. Kalau jadi apa-apa kat awak nanti. Siapa susah em..?” pesanku agar dia tidak mengulangi perbuatannya itu lagi.

“Cik Ika juga yang susah..” sampuk Ewan membuatkan aku tarik muka.

“Okey okey..
sorry…”

        Aku lantas menghidupkan enjin dan memandu ke rumah Ewan untuk menghantarnya pulang. Rupanya Datin Leha dan Reza juga tidak tahu yang Ewan dibenarkan keluar dari hospital hari ini.Datin Leha tak habis-habis memarahinya di atas perbuatannya itu yang bakal merisaukan banyak pihak termasuk diriku.Aku tentu tidak akan dapat memaafkan diriku sekiranya Ewan ditimpa kecelakaan lagi.
.............................................................................
      Rizal mengajak aku keluar untuk membawa aku bertemu dengan Yanie, kekasih hatinya seperti yang dijanjikannya dahulu.Aku turut mengajak Hana kerana terasa agak segan juga untuk bertemu dengannya seorang. Puas dipujuk,akhirnya Hana setuju juga untuk menemaniku.

“Ika. Ni la Yanie..” Rizal memperkenalkan kami selepas kami bertiga duduk di sebuah hotel.

“Hai. Jadi awak ni la Yanie. Rizal ni selalu cerita kat saya tentang awak. Siap minta tunjuk ajar saya lagi tau macamana nak gorat awak dulu..” usikku sambil bersalaman dengannya. Sungguh cantik wajahnya.

“Ika. Apa ni? Malu la saya..” celah Rizal tersenyum. Mukanya kelihatan kemerah-merahan seperti udang direbus.

“Err. Rizal pun banyak cerita tentang awak pada saya. Saya bangga dengan awak Ika kerana dapat selesaikan kes Datuk Tahir tu..” puji Yanie.

“Eh tak ada la. Tu biasa je. Dah kerja saya kan..”

“Ika. Tadi awak kata nak ajak Hana sekali. Mana dia..?” tanya Rizal.Sekilas memandang sekeliling.

“Owh. Dia kata dia datang lewat sikit. Ada
meeting. Biasa la bussiness woman tapi nanti dia datang la tu...”
        Hana telah memberitahuku yang dia terpaksa menghadiri satu mesyuarat penting dan dia mungkin akan terus datang ke sini setelah selesainya mesyuarat itu nanti.

So. Kita semua order makan dulu la ya..?” kata Rizal sambil memandang kami berdua.

“Okey..” anggukku tersenyum.Begitu juga dengan Yanie.

        Rizal memesan makanan bersama dengan kami berdua.

“Ika. Saya nak minta maaf sebab tak dapat hadir majlis pertunangan awak dengan Ewan hari tu. Saya terpaksa pergi Belanda. Jamuan hari jadi awak pun saya tak dapat hadir. S
orry sangat-sangat k!..” mohon Rizal sementara menunggu pesanan yang telah dipesan oleh kami tadi.

It’s okay. Saya tahu awak perlu handle banyak kerja kat syarikat tu. Yela. Mana nak kena fikir pasal kerja. Pasal buah hati lagi la..” gurauku sambil memandang Yanie yang hanya tersenyum biasa.

“Owh ya. Saya dengar kata Ewan
accident. Macamana keadaan dia sekarang..?” tanya Rizal serius.

“Alhamdulilah. Dia dah dibenarkan keluar dari hospital. Dia semakin sembuh sekarang ni. Tapi kalau makan tu kena pantang la sikit kan..”

“Owh. Okey la tu..”

“Emm. Yanie. Macamana bila dah kenal Rizal ni? Dia okey tak..?” tanyaku pada Yanie yang hanya duduk membisu.

“Okey. Dia kadang-kadang kelakar juga..”
        Kami berbual-bual sehinggalah makanan yang dipesan dihidangkan di atas meja.
.............................................................................

“Oh
ladies. Sorry. Saya nak pergi toilet kejap. Sayang. Kejap ya..?” kata Rizal sambil memandang Yanie.

“Okey sayang..” balas Yanie manja.

        Yanie melihat Rizal berlalu pergi dan mengalihkan pandangannya kepadaku seperti ada sesuatu yang hendak diluahkannya.Seakan berat.
 “Err…Ika,Rizal tu. Rapat ya dengan awak..?” tanya Yanie setelah beberapa minit kami hanya mendiamkan diri sambil menikmati makanan di depan mata.

“Emm. Tak la rapat sangat. Kami kan sibuk dengan
career masing-masing sekarang. Kenapa awak tanya macam tu..?” tanyaku hairan.

“Dia pernah cakap tak yang. Dia pernah cintakan awak..?” tanya Yanie lagi tanpa menjawab soalanku itu.

        Aku memberhentikan jamahanku dan memandang wajahnya.Lama.
“Em.. Pernah. Tapi tu dulu. Sekarang saya rasa dia dah tak ada perasaan tu kat saya lagi sejak dia bercinta dengan awak..err. Dia beritahu awak ke tentang tu..?”

“Awak tahu tak Ika? Terus terang saya cakap. Hampir setiap hari dia
just ceritakan pada saya tentang awak. Kebaikan awak. Kebijaksanaan awak tu. Awak and everthing just about you..  Sampaikan time keluar date dengan saya pun. Cerita tentang awak. Saya dah naik muak awak tau tak? Sebenarnya saya rasa Rizal tu tak pernah pun cintakan saya even dia dah janji yang dia akan lupakan awak. Apa yang adanya pada awak yang tak ada pada saya hah? Sampai dia tergila-gila sangat kat awak ni. Nak kata awak cantik? Saya rasa saya sepuluh kali cantik lagi dari awak..” sindir Yanie dengan lagak sombongnya.Tanpa berlapik lagi.

“Yanie. Saya tak tahu yang...” aku ingin membalas tapi pantas dipintasnya.
“Apa awak dah buat kat dia ah..?”
“Yanie. I really don’t know what are you talking about..?” kataku yang benar-benar tidak faham tentang apa yang dimaksudkan Yanie itu.

“Ehm.. Buat tak tahu konon. Awak
mandrome dia kan?” tanya Yanie dengan pandangan yang tajam seolah-olah aku yang dipersalahkan dalam hal ini.

“Woi perempuan!! Asal mulut kau tu celupar sangat hah..?!!” tiba-tiba Hana muncul sambil menolak bahu Yanie dengan kasar dan menyebabkan suasana menjadi tegang dan pelanggan-pelanggan lain yang tadinya sedang asyik menghayati keenakkan makanan di situ lantas memerhati kami bertiga dengan tanda tanya.
“Excuse me. I don’t talking to you okay. So please. This is none your bussiness! balas Yanie tegas sambil berdiri.

None my bussiness? Hello.. Ni member aku. Kalau kau cari pasal dengan dia. That’s mean kau cari pasal dengan aku juga! Faham..?!”

Member kau?. Owh..so.. Tolong kau nasihatkan member kau yang tunjuk baik sangat ni supaya jangan kacau hidup orang lain..!” balas Yanie sekilas memandangku.

“Hana sudah la. Yanie. Saya rasa awak dah salah faham ni. Saya tak tahu yang Rizal masih ada perasaan kat saya dan saya tak pernah guna apa-apa ubat pun kat dia..” jelasku sambil memegang erat Hana yang kelihatan hilang sabar dengan Yanie.  Seakan ingin menampar mukanya.

“Ehm..(mengeluh kecil seakan menyindir). Yela tu. Entah-entah kat bakal suami kau tu pun kau buat macam tu..” balas Yanie tersenyum sinis sambil menyilang tangannya ke paras dada.

“Yanie..!!!” jerit Rizal yang berada pada jarak beberapa meter sahaja dari Yanie lalu menghampiri seakan cuba ingin menampar pipinya.

“Rizal..!!” pekikku sambil menjegilkan mata pada Rizal setelah berada di hadapan Yanie untuk tujuan menghalang Rizal daripada melakukan sesuatu tindakan yang bodoh.Rizal segera menjatuhkan tangannya apabila terpandang wajahku.

“Saya tak sangka yang awak macam ni Yanie. Saya ingat awak..Ah!. Mulai hari ni kita putus..!” sentak Rizal dengan nada sangat marah memandang Yanie yang berada di belakangku dengan tajam.
“Kita putus? Okey fine!” balas Yanie geram lalu mengalihkan pandangannya yang tajam ke arahku.

“Puas hati kau sekarang kan Ika..?!” sambung Yanie lalu menarik beg tangannya dengan kasar.Dia meninggalkan kami tanpa menoleh sedikit pun ke belakang.

“Ika. Saya…” Rizal cuba berkata sesuatu setelah mengalihkan pandangannya kepadaku.

“Mari Hana..”
        Aku segera meninggalkan tempat itu tanpa memandang wajah Rizal walaupun dipanggil berkali-kali olehnya. Hana hanya mengikuti langkahku dari belakang. Aku tidak menyangka Rizal masih menyimpan perasaan cintanya terhadapku walaupun bertahun-tahun masa berlalu.
.............................................................................
        Esoknya Rizal datang ke rumah ingin memujukku lagi kerana aku tidak mengendahkan setiap panggilan telefon dan sms daripadanya.
        “Ika. Saya minta maaf pasal semalam. Saya tak sangka yang Yanie berani cakap macam tu pada awak..” mohon Rizal setelah duduk di atas sofa sementara mama sengaja meninggalkan kami dengan minuman yang disediakannya.

“Tak sangka?..ya. Sama la dengan saya.  Saya pun tak sangka apa yang dia dah cakap kat saya tentang awak semalam. Kenapa awak masih cintakan saya?Kan kita dah jadi kawan..” soalku dengan nada geram kerana Rizal seolah-olah tidak mengaku kesalahannya itu.Terasa ingin saja aku menampar pipinya.

“Ika. Saya tak dapat nak bohong diri saya. Saya dah cuba nak lupakan awak tapi. Saya tak boleh. Saya minta maaf…” geleng Rizal.
“Rizal!. Awak tahu tak sebulan lagi saya akan kahwin dengan Ewan. Saya akan bergelar seorang isteri. Seorang isteri!.Yanie tu betul-betul cintakan awak tapi awak? Rizal,Saya faham perasaan dia. Saya faham sebab saya pun seorang perempuan. Saya juga tak dapat terima jika Ewan bersama dengan saya tetapi pada hakikatnya dia cintakan perempuan lain. Awak faham tak..?” kataku supaya Rizal sedar dengan kesalahannya itu.

“Ika. Saya minta maaf. Saya..”

“Dah la Rizal. Awak pergi la pujuk Yanie tu. Saya tahu dia tak berniat pun nak cakap macam tu pada saya semalam” pintasku tanpa memandang wajahnya.
“Tapi saya tak dapat nak terima apa yang dia dah kata kat awak semalam tu Ika..” geleng Rizal perlahan memandang ke lantai.
“K. Listen here carefully. Mungkin dia marahkan saya sebab dia ingat sayalah puncanya awak tak cintakan dia. Rizal,apa kata awak cuba mencintai dia. Cuba sayang dia dengan sepenuh hati awak. Saya dapat lihat dia benar-benar cintakan awak and please. Tunaikan janji awak pada dia untuk lupakan saya..” pintaku seakan merayu.

Rizal terdiam seketika.

“Hem. Baik la nanti saya akan cuba pujuk dia. Tapi kita
still kawan kan..?” tanya Rizal memandangku tepat seperti mengharapkan simpati dan belas kasihan dariku.

“Pernah ke saya putuskan persahabatan kita ni?”

“Terima kasih Ika..” angguknya tersenyum.Mungkin dia faham dengan maksudku itu.       
        Aku cuba untuk melupakan kejadian itu kerana hati aku hanya setia dan kasih pada Ewan sahaja.Tidak pada lelaki lain. Aku menceritakan kembali kejadian itu kepada Ewan kerana aku tahu tiada gunanya aku merahsiakannya lagipun kami telah berjanji tiada lagi rahsia di antara kami berdua.Ewan hanya mendengar cerita itu dengan tenang.Aku lega dengan sikapnya sekarang yang lebih bersikap jujur dan berfikiran terbuka. Mungkin setelah apa yang pernah terjadi dahulu.Memang benar. ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA.

03 Disember 2009

~Bab 32~

       “Puan Amalina. Boleh puan tolong ceritakan semula. Apa yang puan nampak pada malam kejadian?” soalku pada Puan Amalina yang terpaksa duduk di atas kerusi roda kerana masih belum pulih sepenuhnya.

“Pada malam tu. Saya hendak menutup tingkap rumah di balkoni. Tiba-tiba saya ternampak seorang perempuan keluar dari sebuah teksi dan masuk ke dalam rumah Datuk Tahir. Saya terdengar suara macam orang sedang bertengkar dari dalam rumah tu. Saya pelik sebab Datin Sahara tak ada pada malam tu. Setahu saya datin ada memberitahu pada saya yang dia akan ke majlis hari jadi anak kawan dia. Beberapa minit lepas tu sebuah kereta yang lain datang. Perempuan tu berlari keluar dan naik kereta dia tu. Wajah dia nampak cemas..” terangnya serius.

“Puan nampak datuk keluar sekali..?”

“Tak..” gelengnya.

“Siapakah perempuan yang puan maksudkan itu..?” soalku lagi.

“Cik Mastura Dailani..” jawab Puan Amalina.
        Mastura yang sedang duduk di tempat duduk penonton tiba-tiba terkejut apabila namanya disebut. Aku sengaja merancang dari awal lagi bersama Bakri agar Mastura menghadiri perbicaraan ini.
“Puan yakin perempuan tu ialah Cik Mastura..?” soalku sekilas memandang Mastura yang kelihatan resah seperti cacing kepanasan itu.

“Saya yakin!” angguknya yakin.
“Apa yang puan lakukan selepas itu..?” sambungku.

“Saya tutup tingkap dan masuk ke dalam. Sebab saya fikir tak elok saya ambil tahu pasal masalah orang lain ni..” jawabnya.

“Baik. Terima kasih puan. Yang arif. Saya minta kebenaran untuk bertanyakan beberapa soalan pada anak guam saya Datin Sahara pula..” mohonku sambil memandang tuan hakim yang dari tadi sedang memerhati dan mendengar perbualan kami.

“Permohonan diluluskan..” angguk tuan hakim setuju.

“Datin Sahara. Boleh tolong ceritakan semula apa yang terjadi pada malam kejadian..?” soalku pada Datin Sahara pula apabila dia bertukar tempat dengan Puan Amalina.
“Pada malam tu saya dijemput ke majlis hari jadi anak kawan saya. Datin Raznah dalam lebih kurang pukul 10 malam. Saya terima panggilan telefon dari suami saya iaitu Datuk Tahir. Dia cakap dia ada benda penting yang nak beritahu pada saya dan suruh saya balik cepat. Saya pun balik dan saya lihat. Suami saya berdarah tertikam di bahagian perut dengan sebilah pisau. Saya cuba tanya dia. Siapa yang buat semua ni?. Tapi dia hanya cakap. Dia minta maaf dan.. dia meninggal dunia. Tiba-tiba kawan rapat dia..Datuk Zizan muncul depan pintu rumah saya dan menuduh saya yang membunuh datuk. Kerana pada waktu tu tangan saya berlumuran dengan darah. Kerana saya pegang badan datuk.” jelasnya dengan nada sedih diiringi dengan tangisan.

“Emm. Datin tahu kenapa datuk minta maaf..?” soalku lagi.

“Tak. Saya tak tahu..” geleng Datin Sahara teresak-esak.

“Baiklah. Soalan saya. Pernah atau tidak? Datuk Tahir berlaku curang pada datin..?” soalku dengan serius.

“Tak pernah. Dia baik dengan saya. Dia seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab dan penyayang pada anak-anak saya. Dia juga selalu meluangkan banyak masa dengan kami sekeluarga..” jelasnya lagi.

“Macamana pula dengan Cik Mastura. Yang berada di hujung tempat duduk sana. Datin kenal dia..?” soalku sambil menunding jari ke arah Mastura.

“Ya. Saya kenal dia. Dia setiausaha suami saya..” angguk Datin Sahara setelah melihat wajahnya.Sekilas.
“Ya. Memang betul dan untuk pengetahuan datin dan yang arif. Saya telah menyiasat kes ini bersama dengan penolong saya Encik Bakri dan ini saya sertakan beberapa bahan bukti di mana Cik Mastura Binti Dailanilah yang telah membunuh Datuk Tahir dengan menikam sebanyak 2 kali di dadanya serta mengupah seseorang dalam cubaan melanggar lari Puan Amalina iaitu satu-satunya saksi bagi kes ini.. dan juga saya sebagai peguam bela Datin Sahara..” kataku dengan penuh yakin sambil menyerahkan bukti-bukti yang disediakan oleh Bakri kepada penolong hakim untuk diserahkan pula kepada tuan hakim.

“Apa? Tidak!!  Tak mungkin!. Mana saksinya??!” tanya Mastura lantas bangun seakan menjerit padaku.Orang lain yang berada di situ memandang ke arahnya kerana terkejut dengan kelakuannya itu.

“Helsi Ramanika!..” jawabku ringkas sambil memandang tajam ke arahnya.
“Apa? Bibik..?” terbeliak biji matanya bila terdengar nama itu disebut.

“Ya Cik Mas. Bibik..” anggukku tersenyum yang membuatkan Mastura terdiam kerana muslihatnya selama ini telah terbongkar oleh pembantu rumahnya sendiri.Dia dihampiri oleh beberapa orang pegawai polis dan digari serta-merta.

         Perbicaraan bersambung pada satu tarikh akan datang bagi mendengar kata-kata saksi yang lain pula dan juga keputusannya.

“Datin. Bersabar la. Saya tahu. Datin tak bersalah dalam kes ni..” kataku kepada Datin Sahara selepas semuanya bersurai.

“Terima kasih Cik Ika..” balasnya lalu dibawa keluar oleh beberapa orang pegawai polis wanita.

          Aku pergi ke pasar raya dan memancu kereta pula ke hospital untuk melawat Ewan di hospital.
.............................................................................
Assalamualaikum...” aku memberi salam apabila melihat Ewan sedang duduk berbaring seakan menunggu ketibaanku.

“Waalaikumusalam…” jawabnya tersenyum manis.

“Macamana. Sakit lagi..?” tanyaku setelah menghampirinya.

“Dah kurang la sikit. Ni awak dari mana..?”

“Dari mana lagi. Dari mahkamah la tapi saya singgah
supermarket kejap tadi. Beli ni. Awak nak buah apa?  Biar saya kupas ya…” tanyaku sambil mengambil buah yang aku beli dari pasar raya tadi lalu duduk.
“Saya nak buah epal hijau tu..” jawab Ewan sambil menunjuk dengan jari telunjuknya.

“Okey. Kejap ya..” kataku sambil mengupas epal hijau itu dengan pisau yang aku beli bersama tadi.

“Tadi mama datang. Dia kirim salam kat awak..” kata Ewan merenungku.

“Waalaikumusalam. S
o bila awak boleh keluar..?”

“Doktor kata. M
aybe dua tiga hari lagi. Lepas kaki saya ni okey..” jawabnya sambil memegang kakinya yang berbalut itu.

“Hmm. Bagus la. Nah…” kataku sambil menghulurkan kepingan buah yang aku hiris itu kepadanya.

“Tangan saya masih sakit la awak. Boleh awak tolong suapkan tak..?” balas Ewan manja sambil mengangkat perlahan tangan kanannya walaupun tidak berbalut.

“Okey..” balasku sambil menyuapkan Ewan kepingan epal yang berada di tanganku itu.

“Hmm. Sedap..”

“Mesti la sedap. Dah buah ni manis..” balasku bersahaja.

“Tapi. Buah ni lagi manis kalau orang yang kita sayang yang tolong suapkan tau!..” katanya lagi tersenyum nakal.

“Ada-ada je la awak ni...”

“Persiapan perkahwinan kita macamana...?” tanya Ewan sambil mengunyah buah yang aku suap lagi itu.

“Awak ni. Lambat lagi la. Jangan la fikir pasal tu sangat..  Mama saya yang uruskan. Awak tu kena jaga makan tau..!” pesanku.
“Saya bosan la awak tinggal kat hospital ni. Saya rindu kat Puteh la..” jawabnya manja.

“Puteh je?  Habis saya..?”

“Ada la sikit..”

“Eee. Awak ni..” kataku sambil mencubit lengan tangan kanannya.

“Gurau je la. Awak,nanti lepas saya keluar ni. Saya nak makan puas-puas tau!. Kat sini makanan dia pahit-pahit la..” tambah Ewan dengan mimikan mukanya.
“Ha. Jangan nak gada-gada ek! Awak kalau makan tu. Mesti pantang tau..!”

“Emm. O
kay mam..”balas Ewan yang membuatkan aku tertawa kecil dengan gelagatnya itu. 

01 Disember 2009

~Bab 31~

Seminggu berlalu..

     Ewan masih belum sedarkan diri dari komanya. Aku hanya tetap menunggu dan berdoa.

“Ika nak pergi melawat Ewan kat hospital ke ni..?” tanya mama ketika aku sedang memakaikan anak kerongsang pada kain tudungku.

“A’ah mama. Lepas tu Ika kena pergi balai polis. Pihak polis nak jumpa Ika. Pasal kes kami ni..” jawabku sekilas memandangnya.

“Err. Tadi
Aunty Suri call mama. Kata baju pengantin Ika dengan Ewan tu dah siap. Petang ni dah boleh ambil..” kata mama perlahan membuatkan aku berfikir sejenak.Alangkah bagus sekiranya aku dapat melihat baju pengantin itu bersama dengan Ewan.

“Kalau Ika tak ada masa biar mama la yang pergi ambil..” sambung mama.
“Tak apa ma. Nanti petang Ika pergi ambil baju tu ya..” jawabku tersenyum kelat.

“Hem. Okey la..” angguk mama faham.

        Aku memancu kereta ke hospital untuk melawat Ewan seperti biasa.
.............................................................................

“Awak dah sedar..?!” aku terkejut melihat Ewan sedang memegang surat khabar dalam keadaan berbaring.

“Ika..hem. Baru je awal pagi tadi..” balas Ewan tersenyum perlahan.Dia cuba bangun untuk bersandar. Wajahnya masih kelihatan pucat dan lesu.

Aku segera berlari mendapatkannya.

“Awak. Awak jangan la banyak bergerak...” kataku sambil menolongnya.

“Kenapa saya tak tahu pun..?” tanyaku setelah dia selesa bersandar di bantal.

“Saya yang suruh doktor jangan
inform kat siapa-siapa lagi.  Saya tak nak buat awak risau..” jawabnya perlahan sambil merenungku.

“Awak. Saya rindukan awak..” kataku yang tiba-tiba menitiskan air mata kegembiraan kerana Allah telah makbulkan hajatku.Amin.

“Saya pun rindukan awak. Jangan nangis k..” kata Ewan sambil mengesat air mataku dengan jari tangan kanannya.

Nurse kata awak ada tidur kat sini. Betul ke..?” tanya Ewan.
        Aku hanya mengangguk sambil duduk di kerusi yang terdapat di sebelah katilnya itu.

“Terima kasih..” ucapnya tersenyum manja.

“Awak kan tunang saya. Lagipun saya dah terhutang nyawa dengan awak. Kalau awak tak selamatkan saya masa tu. Mesti saya yang kena langgar kan..” kataku tunduk memandang lantai.

“Ika….”

        Ewan memegang daguku dan mengangkat sedikit ke atas membuatkan mataku bertemu dengan anak matanya.

“Saya nak awak tahu. Saya sanggup berkorban apa saja untuk awak Ika. Awak pun dah banyak berkorban untuk saya selama ni kan..?” balas Ewan membuatkan aku terdiam.

CINTA KADANG-KALA MEMERLUKAN SECEBIS PENGORBANAN.

“Err. Mama dengan Reza apa khabar..?” tanyanya.

“Baik. Kejap. Saya beritahu mereka ya yang awak dah sedar..” jawabku tersenyum sambil mahu mengambil telefon bimbit dari tas tanganku.
“Awak. Nanti la. Saya nak bersama dengan awak dulu…” halang Ewan sambil memegang tanganku.
        Aku hanya tersenyum memandangnya semula dan melupakan hajatku sebentar untuk membuat panggilan.

“Hem. Tak sangka. Seminggu saya koma. Rasa macam baru tadi je saya kena langgar..” kata Ewan sambil memegang anggota badannya yang berbalut itu.

“Err. Awak nak air..?”

“Boleh juga...” angguknya tersenyum.
       
        Aku bangun dan mengambil bekas air yang telah disediakan di atas meja tepi katilnya.Aku menuangkan air ke dalam gelas kosong yang juga terdapat di situ.

“Nah. Minum la air ni sikit..” kataku sambil duduk di sampingnya dan membantunya meneguk air tersebut.

“Terima kasih..”

“Awak jangan banyak bergerak tau!..” pesanku selepas selesai meletakkan semula gelas itu ke tempat asalnya.

Ewan hanya mengangguk tersenyum.

“Em. K la awak. Saya tak boleh lama ni. Lepas ni saya kena pergi balai polis pula. Pihak polis nak jumpa saya. Nanti petang saya datang lagi ya..?” kataku tersenyum selepas melihat jam di pergelangan tangan.

“Owh..emm. Boleh tak awak temankan saya malam ni sekali lagi..?”

“Kenapa? Awak takut ke duduk sorang-sorang kat sini..?” tanyaku hairan.

“Tak. Tapi sunyi la tak ada awak..” jawabnya tersenyum nakal.

“Awak ni
. Time time macam ni pun nak gurau lagi.. hmm. Tengok la nanti. Saya pergi dulu ya..” kataku sambil mengambil beg tangan yang aku sempat letak di atas meja tadi.

“Ika…”

Ewan menarik tanganku.

“Em…?” aku mengalih pandanganku kepadanya.

“Su ki des..”

“Em?”aku aneh dengan perkataan yang digunakannya itu.
“Saya cinta awak..”
Aku tersenyum sendiri.
“Mentang-mentang la saya tak tahu bahasa Jepun. Ya.. Saya pun cintakan awak juga. Su ki des too. Saya pergi dulu ya..bye..” balasku tersenyum.

Bye..” balasnya pula lalu melepaskan tanganku perlahan.

        Aku berlalu pergi ke balai polis untuk berjumpa dengan Tuan Amri iaitu pengawai polis yang mengendalikan kes ini dan begitu juga dengan kes-kesku sebelum ini.
.............................................................................
        “Cik Ika. Pihak kami dah check nombor plat yang Cik Ika bagi masa buat laporan minggu lepas. Tapi tu nombor palsu dan kami juga mendapati kes Cik Ika dan Encik Ewan ni sama dengan kes langgar lari Puan Amalina..” kata Tuan Amri ketika aku duduk di dalam bilik pejabatnya.

“Maksud tuan. Kes ni ada kena mengena dengan kes Datuk Tahir yang saya tengah kendalikan sekarang tu?” tanyaku inginkan kepastian.

“Hem. Nampaknya macam tu la Cik Ika. Tujuan saya minta Cik Ika datang ke pejabat saya ni sebab saya nak tanya. Ada tak Cik Ika syak. Siapa-siapa yang mungkin jadi suspek untuk kes ni..?” soalnya serius.
“Hem. Ada. Saya ada syak Cik Mastura. Sebab sebelum kejadian tu berlaku saya ada mengambil keterangan dari dia dan dia seakan-akan menyembunyikan sesuatu. Keterangan dia pun agak meragukan tuan..”

“Hmm. Bakri pun ada beritahu saya tentang hal tu. Pihak kami masih lagi menjalankan siasatan ke atas dia. Tapi kami tak cukup bukti untuk dakwa dia..em. Jadi saya harap Cik Ika kena sentiasa berhati-hati sebab orang yang sepatutnya ditangkap tu masih ada di luar sana..” pesan Tuan Amri serius.

“Baik Tuan Amri..” anggukku faham.

        Aku memberi keterangan selanjutnya mengenai Mastura selepas berbincang beberapa perkara dengannya.

.............................................................................
        Sebelum ke pejabat,aku singgah sebentar ke butik Aunty Suri untuk mengambil baju pengantin yang telah siap ditempah. Sungguh cantik corak bentuk dan kain hasil jahitannya.Aku juga sempat memberitahu Datin Leha dan yang lain mengenai Ewan semasa berada di pejabat tempat kerjaku.

        Petang itu selepas saja selesai waktu kerja,aku segera pergi ke hospital untuk melawat Ewan lagi.
.............................................................................

“Hana..?” aku terkejut melihat Hana sedang duduk berbual dengan Ewan di atas kerusi.

“Hai Ika..” balasnya tersenyum lalu bangun.

“Hai. Macamana kau tahu Ewan masuk hospital ni..?” tanyaku hairan lalu kami bersalaman.
“Mama kau yang beritahu. Aku pergi rumah kau tadi tapi mama kau kata kau lawat Ewan kat hospital so aku datang sini la. Kau pun bukan nak beritahu aku yang kau dengan Ewan accident..” jawab Hana dengan nada sedikit marah.

“Aku tak nak susahkan kau la. Lagipun aku tak kena langgar pun. Ewan yang selamatkan aku..” kataku perlahan sambil memandang Ewan lalu duduk di sampingnya.

“Emm. S
o sweet la korang berdua ni. Jealous aku..em. So dah dapat tahu dah siapa yang langgar korang tu..?” tanya Hana kembali duduk di kerusi.

“Belum lagi. Pihak polis masih siasat. A
nyway. Kenapa kau datang rumah aku ya ..?” tanyaku hairan kerana Hana jarang datang ke rumahku.
“Owh. Terlupa pula aku. Ni. Aku nak bagi kat korang berdua. Kad jemputan kahwin aku dengan Anif..” jawab Hana sambil mengambil kad jemputan kahwin yang berwarna keemasan dari dalam tas tangannya lalu segera dihulurkan kepadaku.

What? Korang dah nak kahwin?..emm. Ingatkan aku yang nak kahwin dulu. Rupanya kau..” kataku tersenyum setelah melihat kad jemputan kahwin yang tertera gambar Hana dan Anif itu.

“Aku saja je tak nak beritahu korang dulu. Nak buat
surprised sikit..” balas Hana tersenyum.

So semoga kau bahagia ya hidup dengan Anif tu. Jangan nanti lepas kahwin pun nak gadu kat aku bila korang berdua gaduh ya..” usikku tertawa kecil.

“Tak ada la. by
the way. Aku nak offer kau dengan Ewan jadi pengampit aku dengan Anif masa majlis persandingan kami tu nanti. Boleh tak..?” soal Hana sambil memandang kami berdua.

“Err. Awak macamana..?” tanyaku pada Ewan yang hanya duduk bersandar memerhati kami berbual dari tadi.

“Okey. Tapi kena tunggu tangan dengan kaki saya ni sembuh dulu la..” angguknya tersenyum.

        Kami berdua bersetuju untuk menjadi pengampit Hana dan Anif. Perkahwinan mereka akan berlangsung tiga minggu lagi. Kami berbual-bual dan aku menemani Ewan lagi pada malam itu.

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers