20 November 2009

~Bab 13~



   "Hai Ika. Termenung jauh nampak. Rindukan si putera Ewan ke? Baru je kelmarin dia graduate. Tak kan dah rindu kot.." usik Hana ketika aku sedang asyik melihat pancutan air yang terletak di tengah-tengah kampus.

"Ada-ada je la kau ni Hana. Ni kenapa datang lambat?Lama aku tunggu kau tau!" balasku yang hampir lima belas minit menunggunya.

"Sorry la. Traffic jam..hmm. Bila dia start kerja kat company arwah papa dia tu ah?" tanya Hana sambil duduk di sisiku.

"Hari ni. Dia pegang jawatan sebagai CEO.. Aku rasa tak selesa la Hana.." jawabku dengan nada perlahan tanpa memandang wajahnya.
"Tak selesa?Kenapa pula..?" tanya Hana pelik.

"Dia kan CEO sebuah syarikat yang terkenal. Tapi aku..?" jawabku.

"Ika. Cinta tak kenal semua tu la. Kau telah ditakdirkan bertemu dengan Ewan. Kau kena terima dia seadanya. Begitu juga dengan dia.." kata Hana yang membuatkan aku tersenyum sendiri.

"Hah!Ni kenapa tersengih-sengih pula ni..?" tanya Hana hairan.

"Kau..dah semakin matang la Hana.."

"Matang? Habis sebelum ni aku tak matang la?" tanyanya lagi.

"Matang tu. Matang la juga. Tapi sikit la.." gurauku tertawa kecil sambil bangun lari darinya.
"Ika..eee. Tak suka tau macam ni..!" jerit Hana sambil menghentakkan kakinya perlahan.

.............................................................................

        Selepas sahaja habis waktu kuliah,aku terus pulang ke rumah. Seharian aku menanti panggilan telefon daripada Ewan tetapi hampa.Mungkin dia sibuk kerana hari pertamanya bekerja dan aku pula tiada niat untuk mengganggunya jadi disebabkan itu aku hanya menanti panggilan daripadanya sahaja.

"Ika. Hari ni tak keluar dengan Ewan ke..?" tanya mama ketika aku sedang asyik membaca majalah
'Dara.Com' di ruang tamu.

"Tak ma. Ewan kan baru
start kerja hari ni. So Ika tak nak ganggu dia la.." jawabku.

"Owh..em. Ika. Mama nak keluar pergi beli barang dapur. Ika nak ikut..?" ajak mama yang telah bersiap sedia dari tadi lagi.

"Em. Tak nak la ma. Ika nak rehat je kat rumah hari ni.”
"Okey. Mama pergi dulu ya.."

"Okey. Bawa kereta elok-elok tau mama..!" pesanku.

"Okey sayang.." balas mama sambil mengucup dahiku dan berlalu pergi.

.............................................................................

        Setelah selesai membaca majalah itu,aku jadi bosan. Aku teringat akan novel yang diberikan Ewan tempoh hari.Aku bangun lalu bersedia hendak pergi ke bilik tidurku untuk mengambilnya tapi niatku tiba-tiba terbantut setelah terdengar panggilan salam dari luar rumah.

"Waalaikumusalam..Rizal..?" balasku sebaik saja aku lihat Rizal berdiri di hadapan pintu pagar yang terkunci tanpa anak mangga oleh mama itu.

"Hai...." sapa Rizal tersenyum manis.

"Hai..err. Awak datang ni nak cari mama ke? Mama tak ada. Dia baru je keluar pergi kedai beli barang dapur. Nanti petang baru balik kot.." balasku.

"Tak. Saya bukan cari
Aunty Murni. Tapi saya cari awak.." kata Rizal yang membuat aku hairan.

"Cari saya?Kenapa..?" tanyaku pantas.

"Err. Awak
free tak hari ni..?" tanya Rizal tanpa menjawab soalanku sebentar tadi itu.

"Em. Kenapa ya..?"

"Saya nak ajak awak keluar makan.." jawab Rizal tersenyum.

"Keluar makan?em. Saya dah kenyang la. Baru je lepas makan tadi.."

"Bukan sekarang. Tapi malam ni..?"
"Hmm. Malam ni?Malam ni saya ada janji dengan Ewan.." bohongku.

"Owh. Lain kali la ya..em. Okey la. Saya balik dulu la.
bye.." katanya sambil bersedia untuk beredar.

"Okey..
bye.." balasku lalu cuba menutup pintu pagar.

"Owh. A
nyway Ika. Boleh saya minta nombor phone awak..?” tanya Rizal dengan tiba-tiba setelah kalih pandang semula padaku.

"Nombor saya? Untuk apa..?" tanyaku pelik.

"Saja. Mana tahu. Nanti ada apa-apa ke. Boleh saya
call awak.."

"Em. Okey. Tunggu kejap saya tulis.." anggukku faham lalu masuk ke dalam.Aku menulis nombor telefon bimbitku di atas sekeping kertas lalu membawanya ke halaman.

"Nah.." kataku sambil menghulurkan kertas itu kepada Rizal.

"Okey. T
hank's.." ucap Rizal dan berlalu pergi menaiki keretanya.

'Kenapa tiba-tiba je ajak aku keluar ni?Lepas tu minta nombor phone aku. Pelik la mamat ni.." kataku sendirian.

        Aku mengabaikannya lalu  segera masuk ke dalam semula.Aku mendengar
Ipod Nano sambil berbaring di atas sofa.

.............................................................................     
        Berminggu berlalu,aku dan Ewan semakin jarang bertemu. Kadang-kala hanya sempat bertanya khabar melalui sms. Memang benar katanya tempoh hari,dia kini semakin sibuk. Kami hanya dapat bertemu dua minggu sekali kerana dia terpaksa pergi merantau sebentar ke luar negara lain untuk menguruskan projek-projek yang diterima oleh syarikatnya  itu. Begitulah agaknya dunia korporat yang jauh bezanya dengan duniaku.Fikirku.
.............................................................................
        "Cinta ini kadang kadang tak ada logika.. berisi...." deringan telefon bimbitku mengejutkanku yang baru sahaja keluar dari bilik air sambil membilas-bilas rambutku yang basah dengan kain tuala.

"Hello.." aku menjawab setelah melihat nombor tanpa nama di skrin telefon bimbitku itu.

"Hello. Ika kan..?" tanya pemanggil itu.

"Ya. Siapa ni..?" tanyaku yang tidak mengenali suara itu.

"Saya Rizal. Saya nak ajak awak keluar makan malam ni boleh tak? Sebab saya ada benda nak cakap kat kat awak la.." tanya Rizal.
"Owh...em..saya.." aku memikirkan alasan yang harusku berikan kerana aku agak segan juga untuk keluar dengannya bagi menjaga hati Ewan sebagai kekasihku.

"Sekejap saja pun jadi la Ika. Penting ni.Please.." Rizal seakan memujuk.

"Hem.Okey la. Tapi sekejap je ya. Takut nanti mama marah la pula.." kataku yang agak kesian juga dengan Rizal kerana aku pernah menolak pelawaannya tempoh hari.

"Okey. Saya jemput awak ya. Pukul 10 pagi nanti.bye..!" balasnya.

"Owh. Tak payah la Rizal. Awak beritahu je kat mana tempat tu. Saya boleh..hello..hello..!" tiba-tiba saja Rizal memutuskan talian membuatkan aku semakin bertambah pelik dan aneh dengan kelakuannya itu. Maknanya aku terpaksa menunggunya menjemputku.
.............................................................................
        Aku menunggu Rizal di halaman rumah. Tepat pukul 10.00 pagi,Rizal datang menjemputku dengan kereta BMW berwarna putih dan aku bertambah hairan apabila dia menghulurkan sejambak bunga mawar merah kepadaku. Seingat aku, aku tidak pernah memberitahunya mengenai bunga kesukaanku itu. Dia lantas membawa aku ke suatu tempat yang agak mewah seakan sama seperti tempat yang Ewan pernah membawaku dahulu tetapi ini kelihatan lebih mewah.Mungkin hotel lima bintang.Aku meneka.

"Err. Apa yang awak nak cakapkan tu..?" tanyaku yang mahu segera tahu setelah makanan yang dipesan dihidangkan oleh oleh pelayan hotel.Aku memesan makanan yang pernah aku makan bersama dengan Ewan dahulu.
"Saya cintakan awak Ika.." Rizal lantas meluahkan perasaannya itu sambil memandangku dengan yakin tanpa menunjukkan sebarang reaksi seperti Ewan dahulu.
"Apa..?!" aku terkejut dengan kenyataannya itu.

"Ya Ika. Sejak pertama kali awak datang rumah saya hari tu. Saya dah jatuh hati pada awak." tambah Rizal lagi.

"Ri..Rizal. Awak sedar tak apa yang awak cakap kat saya ni sekarang?" tanyaku dengan nada perlahan.
"Saya sedar Ika.." angguknya perlahan.

"Okey. Dan awak tahu kan?Yang saya dah ada bf?I mean boyfriend?" tanyaku lagi.
"Saya tahu.." angguknya lagi.
"Habis. Kenapa awak masih berani cakap yang.."

"Ika. Saya tahu. Awak pasti terkejut dengan semua ni. Tapi entah la. I just want to be honest with you.  Ika. Sebenarnya awak la gadis misteri tu.." celah Rizal tanpa aku menghabiskan kata dan membuat aku menjadi serba salah.

“Gadis misteri?Aku gadis misteri tu?Biar betul mamat ni..?" detusku di dalam hati.Sukar untuk ku percaya.

"Rizal. Okey!. Listen here. Terima kasih sebab awak sudi berterus terang dengan saya. Saya tak tahu macamana awak boleh jatuh hati pada saya tapi saya nak awak tahu yang saya dah anggap awak macam abang saya sendiri. Tak lebih dari tu.." jelasku.

"Tapi Ika. Saya.." katanya tapi pantas dipintas olehku.
"Rizal. Saya minta maaf k.." kataku lalu bangun bersedia meninggalkan tempat itu dengan segera. Pelanggan-pelanggan di situ turut memerhati kami berdua dalam keadaan kehairanan.

"Ika. Nanti dulu!. Saya yang patut minta maaf. Saya tak patut kata macam ni kat awak. Saya sepatutnya doakan kebahagiaan awak dengan dia. Maaf. Boleh kita jadi kawan..?" tanya Rizal dengan tiba-tiba yang turut bangun cuba menghalangku.

Aku terdiam seketika.

"Kita kan memang dah lama jadi kawan.." jawabku bersahaja setelah memandangnya semula.

"Hem
. Thank's Ika. So awak sanggup ke tengok kawan lama awak ni makan sorang-sorang kat sini em..?" tanyanya lagi sambil memandang hidangan yang berada di atas meja di hadapan kami itu.
"Hem. Okey.." anggukku faham lalu duduk semula.
       
        Aku dan Rizal hanya tersenyum.Kami makan bersama dan pulang sebagai seorang kawan lama yang seperti baru sahaja terputus bersambung kembali. Bagiku, BERKAWAN BIAR BERJUTA, BERCINTA BIAR PADA YANG SATU.Aku sedar aku tidak dapat membuang perasaannya terhadapku itu tetapi aku berharap dia dapat melupakan perasaannya itu dan bertemu dengan gadis yang lebih baik dariku suatu hari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers