22 November 2009

~Bab 17~



             "Assalamualaikum. Assalamualaikum.." aku mengetuk pintu sambil memberi salam setelah pasti itulah rumah yang dimaksudkan oleh pak cik itu.

"Waalaikumusalam..ya. Anak ni siapa..?" tanya seorang wanita tua setelah membuka pintu. Wajahnya sama dengan gambar yang ditunjukkan Ewan tempoh hari kepadaku tetapi wajahnya nampak lebih berkedut dan kelihatan lesu mungkin kerana sudah meningkat umur dan dimamah usia.Namun,potongan badannya masih tidak berubah.Tetap sama.

"Mak cik. Mak cik ni Zaleha Johari kan..?" tanyaku untuk mendapatkan kepastian.

"Ya. Anak ni siapa..?" tanyanya lagi.Aneh.

"Mak cik.."kataku tersenyum dan lantas bersalaman dengannya kerana akhirnya bertemu juga dengan ibunya Ewan.

"Mak cik.Boleh saya masuk..?" tanyaku setelah berpelukan seketika dengannya yang kelihatan kehairanan.

"Ya..ya boleh. Silakan masuk cik.." jemput Mak Leha.

"Terima kasih mak cik.." ucapku lalu masuk ke dalam yang keseluruhan rumahnya diperbuat daripada kayu itu.

"Silakan duduk..hmm. Anak ni siapa?Mak cik kenal ke..?"

"Nama saya Azrika. Panggil saya Ika je mak cik. Mak cik tak kenal saya tapi saya kenal mak cik.." jawabku tersenyum.

"Emm. Ika duduk la dulu ya. Mak cik buatkan air" kata Mak Leha yang kelihatan ingin ke dapur.
"Owh tak payah mak cik. Saya datang ni pun sebab ada perkara penting yang saya perlu beritahu mak cik.." halangku setelah duduk.

"Perkara penting?Apa dia..?" tanyanya hairan sambil melabuhkan punggung di kusyen dan memandangku.

"Sebelum saya cakap perkara ni. Saya nak minta maaf kalau saya panggil datin dengan gelaran mak cik.." kataku perlahan.

"Datin? Awak ni siapa sebenarnya? Macamana awak..." berkerut dahi Mak Leha mendengar panggilan itu disebutku.

        Aku segera menceritakan satu persatu apa yang berlaku terhadap Ewan dan perbuatan jahat
Uncle Bad itu.
.............................................................................
        "Apa?!. Ewan anak mak cik. Masih hidup..?" soal Mak Leha yang dalam keadaan terperanjat seakan tidak percaya anaknya itu masih hidup.

"Ya mak cik. Anak mak cik Ewan masih hidup. Dan dia pun sekarang ni ingat yang mak cik dan Reza dah lama meninggal. Ika sendiri pun tak sangka.
Uncle Bad sanggup lakukan ni semua pada keluarga mak cik.." terangku lagi dengan nada sedih.

"Assalamualaikum. Mama. Kenapa ni ma? Awak ni siapa..?!" tanya lelaki yang agak rendah sedikit daripada Ewan yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu rumah itu lalu berlari mendapatkan Mak Leha sambil memandangku tajam.

"Saya Azrika. Awak ni. Tentu Reza kan..?" tanyaku setelah bangun memandangnya.

"Reza. Abang kau Ewan. Masih hidup.." celah Mak Leha perlahan sambil memegang tangan Reza dan menitiskan air mata gembira.

"Apa? Abg Ewan masih hidup? Tapi. Mama kata. Abang dengan papa kemalangan. Apa ni semua mama..?" tanya Reza yang juga seakan tidak percaya.

"Reza. Saya tahu. Awak pasti terkejut dengan semua ni. Tapi percayalah. Abang awak Ewan. Masih hidup.." celahku agar Reza mempercayainya.

"Papa..?" tanya Reza memandangku tepat setelah berfikir sejenak.

"Papa awak. Baru je meninggal empat bulan lepas.." jawabku dengan hembusan nafas yang perlahan.

"Apa?!.Inalilawainailahirojiun.." Reza mengucap lalu terduduk di sebelah Mak Leha yang masih dalam keadaan terkejut itu.
        Aku menceritakan pula kepada Reza dan aku mendapat tahu mereka juga telah ditipu oleh Uncle Bad. Uncle Bad memberitahu mereka yang Ewan dan ayahnya telah meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam gaung sewaktu mengambil Ewan dari sekolah dan mayat mereka berdua tidak dapat ditemui. Syarikat Mewah Holding pula jatuh muflis sehinggakan mereka sendiri tidak tahu di mana Uncle Bad berada sekarang selepas Uncle Bad menghantar mereka berdua tinggal di sini. Mereka juga telah membuka sebuah warung kopi hasil titik peluh Mak Leha mengambil upah mencuci baju dahulu untuk menyara kehidupan mereka berdua itu.

"Mak cik. Ika nak minta diri dulu ya. Ika janji Ika akan bawa Ewan jumpa mak cik dengan Reza. Pasti dia gembira bila dapat tahu yang mama dan adik dia masih hidup.." kataku setelah bersalaman dengan Mak Leha sambil diperhatikan Reza.
"Terima kasih Ika kerana sudi bersusah-payah untuk tolong keluarga mak cik ni.." ucap Mak Leha ketika aku berada di muka pintu.

"Sama-sama. Assalamualaikum.." balasku sambil memandang wajah mereka berdua dan berlalu pergi naik ke keretaku.

"Waalaikumusalam.." jawab mereka berdua serentak.

        Aku meninggalkan Kampung Melur.Malam itu aku memikirkan cara untuk membawa Ewan berjumpa dengan mereka nanti.
.............................................................................


        '
Cinta ini kadang-kadang tak ada logika..berisi...' deringan telefon bimbitku menjerit.

"Hello Hana.." aku menjawab dengan pantas setelah terpampang nama Hana di skrin.
"Hello Ika. Aku dah dapat dah apa yang kau nak kelmarin tu.." kata Hana.

"Okey. Kalau macam tu kita jumpa esok. S
ame time same place k!?" balasku.

"Okey. S
ee you tomorrow!..bye.."

"
Bye.."
Talian dimatikan.
.............................................................................
       Aku tiba di tempat yang selalu aku dan Hana makan bersama itu.Kelibat Hana masih belum kelihatan,aku duduk dan memesan teh susu panas sementara menunggu ketibaannya. Beberapa minit kemudian,kelihatan Hana keluar dari sebuah kereta.

"Hai Hana.Siapa tu..?" tanyaku setelah melihat kereta yang menghantarnya itu berlalu pergi setelah Hana keluar.

"Hai. Papa aku..?" jawab Hana sambil duduk.

"Kereta kau?" tanyaku lagi.

"Aku hantar
workshop. Modify sport rim.." jawabnya tersenyum.
"Kau ni..k. So apa yang kau dapat.." tanyaku yang tak sabar dari semalam lagi.

"La sabar la dulu. Biar la aku
order minum dulu. Tekak aku ni kering la.."  kata Hana sambil memegang lehernya.

"Em. Okey la okey la. Cepat la
order minum.." balasku mengalah.

   Hana memesan air minuman kegemarannya.

"Okey. Datuk Syed Badrul ni merupakan anak kedua Datuk Syed Sulaiman iaitu pemilik terbesar Syarikat Mewah Holding. Datuk Sulaiman telah mewariskan syarikat tu dan sebahagian besar harta dia kepada kepada Datuk Syed Bakar iaitu papanya Ewan setelah dia meninggal dunia. But atas kurang kepercayaaannya terhadap Datuk Badrul sebab dia ni dulu seorang yang boros. Dia hanya dapat separuh saja dari harta tu dan sekarang syarikat tu akan bertukar milik secara sah setelah umur Ewan 23 tahun. Uncle Bad ni juga telah kematian isteri dan anak lelaki dia. Kemalangan jalan raya. Sedih juga la bila aku dengar cerita pasal family pak ngah Ewan ni.." terang Hana secara terperinci.

"Em. S
o sejak tu dia tinggal dengan Ewan..?" tanyaku.

"Hem. Macam tu la.." angguk Hana sambil menghirup kembali air minumannya.

"Owh ya..err.. Mana kau dapat semua maklumat ni.?" tanyaku lagi.

"Aku tau ni pun dari kawan lama papa aku yang sekarang ni kerja kat
company tu. Naik pelik juga la dia bila aku tanya soalan ni. Nasib baik aku cakap ni just for assignment. Kalau tak memang kantoi.." jawab Hana dengan mimikan mukanya.

"Owh. T
hanks for that.." ucapku tersenyum.

"Your welcome. By the way.Macamana? Dah jumpa mama dengan adik Ewan tu..?"tanya Hana pula.

"Dah. Kau tau!Uncle Bad tu pun sebenar dah tipu mereka. Cakap yang Ewan dan papa dia dah meninggal 11 tahun yang lepas. Can you believe that?..hmm. Aku kesian la kat mereka berdua tu especially Reza. Tak dapat nak jumpa dengan papa dia lagi. Papa Ewan kan baru je meninggal.." kataku yang sedikit rasa simpati terhadap Reza.

"Em. Aku pun rasa kesian juga. Tapi nak buat macamana kan. Ni semua dah suratan takdir.  Ika. Aku rasa kau kena beritahu Ewan la tentang hal ni.  Biar cepat-cepat dia tahu perbuatan jahat pak ngah dia tu.." cadang Hana.

"Hmm. Aku pun ingat nak beritahu dia juga. Sebab aku pun dah janji dengan mama dia yang aku akan bawa Ewan jumpa dengan mereka nanti.."
"Em. Bagus la tu. Aku harap Ewan dapat tahu muslihat pak ngah dia selama bertahun-tahun ni.." tambah Hana lagi dengan nada geram.

"Hem. Harap-harap macam tu la. K la Hana. T
hanks again k!em. Kau tak pergi mana-mana ke cuti semester nanti?"

"Err. Mama aku kata nak bercuti kat Bali. Entah la jadi ke tak. Kau pula..?" tanyanya pula.

"Aku tak ke mana-mana kot. Aku sekarang
just nak selesaikan problem Ewan ni je.."

"Hem. Okey.
.I get it. Kalau la Ewan tahu pengorbanan kau ni Ika.." kata Hana namun segera dicelahku.

"Okey la Hana. Aku kena balik ni. Nanti mama aku cari pula..  Dah la aku keluar ni tak beritahu dia..em. Nak aku hantar kau balik ke ni..?" tanyaku sambil melihat jam di pergelangan tanganku.

"Tak payah. Sebab aku dah janji dengan Anif nak jumpa dia kat sini nanti.." jawabnya tersenyum.

"Owh okey. Nanti kirim salam aku kat dia ya..em..duit air kau ni. Nak aku bayar ke..?" tanyaku sambil menunding jari ke arah air minumannya.

"Oh
it's okay. Kali ni aku belanja.." gelengnya tersenyum.

"Em. O
kay thanks.  So jangan lupa beli souvenir kat aku tau bila kau dah habis bercuti kat sana tu nanti?!  Aku pergi dulu ya..bye.." kataku sambil bangun.

"Insyaallah..
bye.." balasnya sambil melambai perlahan.
.............................................................................

  "Assalamualaikum mama.." ucapku kepada mama yang sedang asyik membersihkan halaman rumah.

"Waalaikumusalam..ha Ika. Tadi Ewan datang sini. Dia cari kamu.." kata mama.

"Owh..err. Mama cakap apa..?"
"Mama cakap la yang Ika keluar. Ika,mama tengok Ika macam ada masalah je dengan Ewan.." balas mama hairan.

"Tak ada la ma..ma. Ika masuk dalam dulu ya. Ni. Nak Ika tolong tak..?" tanyaku.

"Em. Tak payah la. Sikit lagi nak habis la ni. Ika mesti penat kan? Dah, pergi masuk mandi dulu ya. Nanti kalau Ika lapar. Mama dah siap masak kat dapur tu.." jawab mama tersenyum.

"K ma. Ika masuk dalam dulu ya.”
     Aku masuk dan membersihkan diri lalu meminta petunjuk dariNya seperti biasa agar aku dapat mencari jalan penyelesaian tentang masalah keluarga Ewan itu. Selepas selesai sahaja solatku, tergerak di hatiku untuk menelefon Ewan.Aku mengambil telefon bimbit yang terletak di atas meja tulisku lalu mencari nama Ewan dalam senarai nama.

"Hello Ika.." Ewan lantas menjawab seakan menanti panggilan daripadaku.

"Hello..hmm. Kita jumpa..?" tanyaku perlahan.

"Okey. Kat mana? Bila?" tanyanya dengan segera.

"Tempat biasa. Pukul 3 petang esok.."

"
Okey. Saya jemput awak ya..?" kata Ewan dengan nada ceria.

"Tak payah. Saya boleh pergi sendiri. Kita jumpa esok okey..
bye" jawabku bersahaja.

"Okey..bye.."
 
Talian dimatikan.
      Aku akan berjumpa dengan Ewan esok.Aku sudah bersedia untuk memberitahunya mengenai penipuan yang dirancang Uncle Bad itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers