23 November 2009

~Bab 19~

        Aku ke kampus seperti biasa kerana cuti semesterku telah tamat dari beberapa hari yang lalu. Kebetulan,aku ada peperiksaan.Semasa perjalanan ke sana, kereta aku tiba-tiba saja terasa semacam laluku memberhentikan ia di bahu jalan. Aku lantas keluar dari perut kereta.

"Alamak. Pancit la pula.." keluhku apabila melihat tayar keretaku pancit.Aku segera masuk ke dalam kereta semula.Tanganku pantas mengambil telefon bimbit dan menelefon Hana tapi sayang.Tutup.Tiba-tiba aku terlihat sebuah kereta
BMW berwarna putih seperti yang pernah aku lihat sebelum ini berhenti di hadapan keretaku lalu keluar seorang lelaki berpakaian kemas datang menghampiri keretaku.
"Rizal..?" kataku sendiri setelah sedar lelaki itu ialah Rizal.

"Ika. Kenapa ni..?" tanya Rizal .

"Owh. Kereta saya pancit la. Macamana awak boleh ada kat sini..?" tanyaku pula.

"Saya selalu guna jalan kat sini nak pergi
office. Office saya kat depan sana tu je. Tiba-tiba je terserempak dengan kereta awak ni..em. Awak ada tayar spare..?" tanya Rizal setelah memerhatikan tayar keretaku yang pancit itu.

"Tak ada.." gelengku.

"Em. Kalau macam ni. Kereta awak kena hantar ke bengkel la.." cadangnya.

"Owh. Saya dah lewat ni nak masuk kelas. Hari ni ada
test.." kataku sambil melihat jam di tangan.
"Em. Kalau macam tu. Biar saya yang hantar awak la.. Macamana..?" balasnya.

"Emm.." aku tidak tahu apa yang harus aku jawab kerana terasa segan dengannya.

"Mari la. Jangan la segan. Kita kan kawan.." ajak Rizal sambil tersenyum seakan membaca fikiranku itu.

"Hem. Okey la.." anggukku kerana tiada pilihan lain.Aku lantas mengambil beg sandang dan masuk ke dalam kereta Rizal setelah selesai mengunci keretaku.

"Jangan la risau. Saya kenal satu tukang bengkel ni. Nanti saya
call dia. Suruh ambil kereta awak hantar ke workshop tu okey..?" kata Rizal setelah beberapa minit aku hanya mendiamkan diri di dalam keretanya itu.

"Terima kasih. Susahkan awak je.." balasku.

"Eh!. Tak la. Tak susah pun. Kita kan kawan. Bila kawan dalam kesusahan kita kena la tolong. Tak gitu..?" tambahnya lagi.

        Aku hanya mengangguk tersenyum.Rizal menghantar aku ke kampus yang juga sibuk dengan kedatangan pelajar-pelajar lain.

"Em. Terima kasih la sebab sudi tumpangkan saya ya.." ucapku sebelum menutup pintu kereta Rizal.

"Sama-sama. Oh ye. Kunci kereta..?" pintanya.

"Owh. S
orry. Lupa pula saya.Nah..ni kuncinya.." anggukku faham lalu menghulurkan kunci keretaku kepadanya.

"Okey..hmm. Nanti awak nak balik dengan siapa? Nak saya ambil awak ke..?"

“Owh. It’s okay. Saya boleh balik dengan Hana..”

"Oh..okey.." angguknya seakan mengerti.

"Saya pergi dulu ya.."

"Okey..err..Ika..?" panggilnya sebelum aku berlalu pergi.

"Em..?" aku kalih pandang melihat dia semula.

"Good luck for your test!" ucap Rizal tersenyum.

"Owh. T
hanks.. k bye.."

"
Bye.." balas Rizal dan memandu keluar dari tapak kampus.

"Hey Ika!. Kau datang dengan siapa tu? Kereta kau mana..?" tegur Hana dari arah belakang sambil menyentuh bahuku yang membuatkan aku terperanjat seketika.
"Ish.. Kau ni Hana! Buat aku terkejut je tau!. Kereta aku pancit la. Tu Rizal. Tadi dia tolong tumpangkan aku. Aku telefon kau banyak kali tadi. Tapi off je. Kenapa..?" tanyaku sambil mengurut dada perlahan.

"Owh. S
orry la. Handphone aku bateri kong la.." jawab Hana tersengih.

"Em. Bergayut dengan Anif la tu.." tekaku.

"Ala kau ni. Macam la tak tahu pula.." balasnya selamba.

"Okey la. Aku ada
test hari ni. Kau..?"

"Aku? Esok.."

"K aku masuk kelas dulu. Nanti rehat kita jumpa lagi k..
bye.." ucapku lalu segera meninggalkan Hana dan masuk ke dalam kelas.


        Dua hari berlalu,keretaku masih berada di bengkel yang dicadangkan oleh Rizal itu.Aku juga sudah berkali-kali cuba menelefon Ewan tetapi tetap saja gagal.


"Hello.." aku menjawab panggilan daripada Rizal.

"Hello. Ika..em. Tuan punya bengkel tu dah telefon saya tadi. Esok awak dah boleh ambil kereta.." kata Rizal.

"Owh. Okey terima kasih.." balasku.

"Err. Nak saya tolong hantarkan awak ke sana ke esok..?"

"Emm. N
o thanks. Sebab saya dah janji dengan Hana. Saya akan pergi ambil kereta tu dengan dia sebelum kami bertolak ke kampus.." bohongku sedangkan aku belum lagi memberitahu Hana tentang hal itu.

"Owh. Okey la kalau macam tu.."

"Okey bye.."
.............................................................................
     Esoknya awal-awal pagi lagi aku dijemput Hana ke bengkel itu sebelum kami berdua pergi ke kampus.Aku masuk ke dalam bengkel itu bersendirian kerana aku meminta Hana pergi ke kampus terlebih dahulu.

"Hai. Saya Azrika. Saya nak ambil kereta
Myvi saya yang Encik Rizal hantar dua hari lepas.." kataku kepada lelaki yang sedang duduk menyemak sesuatu di dalam bengkel itu.

"Owh. Cik Ika ya..em. Tunggu sebentar ya. Saya ambilkan kunci.." balasnya tersenyum lalu masuk ke dalam sebuah bilik. Dia muncul semula selepas beberapa minit kemudian.

"Cik Ika. Ni kuncinya.." kata lelaki itu sambil menghulurkan kunci kereta kepadaku.

"Terima kasih..err. S
o how much..?" tanyaku sambil mahu mengeluarkan dompetku dari beg sandang.

"Owh
it's okay. Encik Rizal dah bayar.."
"Dah bayar?" tanyaku sekali lagi.

"Ya. S
o Cik Ika just perlu sign kat sini je sebagai bukti kereta dah diambil.." katanya sambil menunjukkan sebuah fail lalu aku menandatanganinya setelah aku meneliti isi kandungannya itu.

"Emm. Okey la.  Terima kasih ya.." ucapku lalu pergi mengambil keretaku.

        Maknanya,aku harus membayar balik duit yang telah dibayar Rizal bagi kerosakan tayar keretaku itu. Aku lantas menelefon Rizal ketika masih dalam perjalanan ke kampus.

"Hello Rizal..emm. Terima kasih la sebab tolong bayarkan duit kereta saya tu ya.." ucapku.

"
Owh. It's okay.." balasnya.

"Em. Jadi. Berapa yang saya kena bayar kat awak ya..?" tanyaku perlahan kerana agak segan juga untuk berhutang dengannya.

"Owh. Tak payah. Saya ikhlas.."

"Eh!. Jangan la macam ni Rizal.."

"Ya. Betul. Saya ikhlas ni.."

"Tapi.." aku masih tak dapat menerima keikhlasannya itu.

"Okey. Kalau awak nak bayar juga. Saya terima. Tapi bukan dengan duit tau..!" tambahnya lagi.

"Ah?! Habis dengan apa..?" tanyaku hairan.
"Belanja saya makan boleh..?"
"Owh. Ingatkan apa tadi. Boleh. Bila? Kat mana..?" balasku tersenyum dengan gurauannya itu.

"Esok. Pukul 4 petang. Tapi dengan syarat saya ambil awak ya..?"

"Emm. Okey la.." jawabku ringkas.


.............................................................................
        Aku dijemput Rizal dan dia membawa aku ke sebuah restoran biasa.Aku membayar harga makanan itu setelah kami selesai makan bersama.

"Emm. Terima kasih la belanja saya makan tadi.." kata Rizal sewaktu dalam perjalanan mahu menghantar aku pulang ke rumah.

"Sama-sama. Saya yang patut ucap terima kasih kat awak sebab tolong tumpangkan saya hari tu. Kalau tak tentu saya tak dapat ambil
test.." balasku.

"Hmm. Esok awak free tak..?" soalnya dengan tiba-tiba.

"Esok? Esok tak. Kenapa ya..?" tanyaku hairan.

"Saja tanya. Alamak!. Saya tertinggal fail kat dalam
office la. Esok dah nak kena buat presentation pula. Aduh susah la macam ni..!" keluh Rizal sambil sebelah tangannya memecit-mecit dahi.

"Owh..err. Kalau macam tu. Kita pergi syarikat awak dulu la. Ambil fail yang awak tertinggal tu. Okey..?" cadangku.

"Em..
Aunty Murni tak marah ke awak balik lambat ni?" tanya Rizal.

"Tak apa. Nanti saya cakap la yang saya pergi syarikat awak tu. Mama pasti faham.." jawabku tersenyum.

"Okey.."
        Rizal lantas memandu kereta membawa aku ke syarikat tempat kerjanya iaitu Syarikat Efa Holding, sebuah syarikat pembekal barangan separuh siap.

"Awak duduk la kat situ dulu. Saya pergi ambil fail tu sekejap ya.." tunjuk Rizal ke arah satu penjuru sebelum dia masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Okey.."anggukku faham lalu duduk di ruang menunggu yang ditunjukkan Rizal itu.Aku lantas mengambil salah satu majalah yang terdapat di situ dan membelek-beleknya.

        Selepas beberapa minit aku menunggu..

"Ika..?" tegur seseorang membuatkan aku lantas memaling ke arah suara itu.
“Ewan..?" aku terkejut melihat Ewan bersama dengan seorang lelaki yang membimbit beg bersama fail sedang berdiri tegak memandangku dengan tanda tanya. Mereka berpakaian lengkap seperti mahu menghadiri mesyuarat.

"Awak buat apa kat sini..?" tanya Ewan yang juga kelihatan terkejut.

"Saya..." aku bingkas bangun tapi belum sempat aku berkata lagi tiba-tiba Rizal datang menghampiriku.

"Ika. Okey. Kita boleh pergi sekarang.." kata Rizal tersenyum manis sambil menyusun fail-fail yang berada di dalam dakapannya tanpa menyedari kehadiran Ewan yang berada di hadapannya itu.
"Encik Rizal..?" tegur Ewan hairan apabila terpandang Rizal.

"Encik...Ewan..?" balas Rizal yang juga dalam kehairanan seakan mengenali Ewan.

"
Excuse me Encik Rizal. Hari ni kan kita ada meeting tentang pembelian produk yang terbaru dengan Syarikat Mewah Holding..?" seorang wanita seperti setiausahanya Rizal mencelah menyebabkan dia seakan terkejut seketika.

"
Oh my God. Sorry. Saya betul-betul lupa la yang hari ni kita ada meeting. Ya kelmarin Lina ada inform kat saya. I'am so sorry Encik Ewan.." kata Rizal sambil menghulurkan tangan ingin berjabat dengan Ewan.

"
So. Ni la..?" kata Ewan dengan nada sinis memandangku tajam tanpa menyambut tangan Rizal itu.

"Ewan. Saya.." aku cuba menerangkan sesuatu kerana aku tahu Ewan telah salah sangka.Tetapi dengan pantas dia mencelah.

"Sudah la Ika. Baru saya tahu sekarang ni. Kenapa awak sering jauhkan diri awak dari saya. Rupanya. Ni la perkara penting sangat yang awak tak sabar-sabar nak cakapkan tu.." tuduh Ewan terhadapku membuatkan keadaan di situ menjadi tegang seketika.

"Ewan. Ni bukan apa yang awak sangka. Biar saya jelaskan dulu saya dengan Rizal cuma.." terangku lagi tapi pantas dicelah Ewan.

"Cuma apa ah?. Cukup la Ika. Apa lagi yang awak nak jelaskan pada saya? Dah terbukti sekarang ni yang awak ada hubungan dengan dia ni!. Saya dah tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut awak la. Baru saya tahu. Apa yang
Uncle Bad cakap tentang awak selama ni pada saya. Semuanya betul kan?!" tengking Ewan dalam keadaan marah.

"Ika. Jadi. Ni la..Ewan.." kata Rizal setelah sedar siapa Ewan yang sebenarnya pada diriku.

"Ewan. Apa yang
Uncle Bad cakap tentang saya?" tanyaku serius. Benar-benar ingin tahu dengan tidak mengendahkan kata Rizal itu.

"Ehm..(mengeluh kecil seakan menyindir). Awak hanya bersama dengan saya semata-mata kerana harta saya kan?! Dan bila awak dah jumpa dengan orang yang lebih berharta dari saya ni. Awak tinggalkan saya kan? Macam tu kan Ika..?!" tuduh Ewan lagi dengan nada suara yang tinggi.

"Sebab harta?. Ewan
..for your information. Pak ngah awak tu la yang.."

"Yang apa ah? Awak nak tuduh pak ngah saya pula?. Saya kenal la pak ngah saya tu siapa. Saya tak sangka perangai awak macam ni rupanya Ika. Saya benar-benar menyesal kenal dengan awak. Awak ni lebih kurang sama je dengan perempuan yang kat luar sana tu. Yang tak bermaruah!" sentak Ewan.

'Pang!!!'

        Entah bagaimana tiba-tiba tanpa aku sedar, tanganku terangkat dan menampar pipi lembut Ewan.Di saat itu juga air mataku yang tadinya hanya bergenang di dalam ruangan mata jatuh membasahi pipi.Semua staf-staf yang berada di situ memandang kami dengan hanya membisu dan kaku seperti sedang asyik menyaksikan sebuah drama yang sedang dalam pembikinan.

"Sampai hati awak cakap saya macam tu Ewan. Sampai hati awak.." kataku benar-benar terkilan lantas meninggalkan Ewan dan Rizal serta yang lain.

"Ika!..Ika!. Tunggu dulu..Ika..!" panggil Rizal sambil mengejarku.

        Aku segera menahan teksi yang lalu di situ dan masuk ke dalamnya.Aku terus pulang ke rumah tanpa menoleh ke belakang lagi.
.............................................................................
        "Assalamualaikum.." ucapku setelah mama membuka pintu rumah.

"Waalaikumusalam. Ika,kenapa ni sayang..?" tanya mama sambil memegang badanku terkejut melihatku yang berlinangan air mata kepiluan selepas bersalaman dengannya.

"Ika naik atas dulu mama.." aku berlari-lari anak naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu tanpa menjawab pertanyaan mama itu.

"Ika..Ika. Kenapa ni Ika? Buka pintu ni sayang.." panggil mama setelah mengejarku.Dia mengetuk pintu bilikku berkali-kali.
        Aku lantas membaringkan diri mengenangkan kejadian tadi yang masih bermain-main di dalam mindaku.Aku tidak menyangka Ewan yang aku kasihi dan cintai selama ini sanggup menuduh dan menghina aku sebegitu rupa. Dia mungkin sudah terpengaruh dengan kata- kata Uncle Bad terhadapku.Air mataku tetap terus mengalir walaupun aku cuba mengesatnya beberapa kali. Aku menangis sepuas-puas hatiku.Rizal cuba menelefonku tetapi aku segera tutup kerana keadaan yang tidak mengizinkan ini.Mama pula masih tidak henti-henti mengetuk pintu bilikku untuk mengetahui apa yang terjadi padaku sehinggakan Abang Izat yang baru pulang dari tempat kerja juga turut membantu mama cuba memujukku yang sedang dalam kedukaan. Tanpaku sedar aku tertidur dalam tangisan pilu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers