24 November 2009

~Bab 20~



        Esoknya aku tidak ke kampus kerana masih di dalam kesedihan dek dituduh dengan tuduhan dan hinaan yang tidak pernah ku bayangkan itu.Aku hanya menolong mama mengemas rumah dan menyiram pokok bunga.

"Assalamualaikum.." Rizal memberi salam dan masuk ke halaman rumahku kerana pintu pagar sedia terbuka.

"Waalaikumusalam.." balasku perlahan setelah melihatnya lalu meneruskan siraman.

"Ika. Saya ke kampus awak tadi. Tapi Hana kata awak tak masuk kelas hari ni. Jadi saya datang ni. Saya nak minta maaf pasal semalam. Saya tak tahu yang Encik Ewan tu.." Rizal cuba berkata lagi tapi aku segera mencelah.

"Tak apa la Rizal. Bukan salah awak pun. Tak perlu la awak nak minta maaf. Dia yang salah sangka..em. Mari la masuk. Mama ada kat dalam tu.." aku menjemputnya masuk ke dalam rumah setelah menutup pili air.

"Duduk la dulu ya.." jemputku setelah kami berada di ruang tamu.

"Eh!..Rizal. A
unty ingatkan siapa tadi.." kata mama yang muncul dari ruang dapur.

"
Aunty.." Rizal bersalaman dengan mama.

"Mama. Ika pergi buat air kejap ya.." kataku lalu ke dapur meninggalkan Rizal dan mama yang sedang asyik berbual.

        Aku muncul semula sambil memegang talam yang berisi gelas air minuman.

"Rizal. Jemput la minum.." kataku setelah menghidangkan air di atas meja tamu lalu duduk di sebelah mama.

"Hah Rizal. Jemput la minum. Nanti boleh kita makan sekali. A
unty pun dah siap masak tadi.." kata mama.

"Eh!. Tak apa la
aunty. Minum pun dah cukup. Lagipun Rizal singgah sekejap je ni. Sebab ada benda yang Rizal nak cakap kat Ika sikit.." balas Rizal sambil memandangku.

"Owh. Kalau macam tu. Berbual-bual la dengan Ika ya.
 Aunty nak ke dapur kejap. Ada kerja nak buat.." angguk mama faham lalu meninggalkan kami berdua.

Aku melihat mama berlalu masuk ke dapur.

"Emm.. Apa dia..?" tanyaku hairan setelah mengalihkan pandangan kepada Rizal.

"Ika. Maaf kalau soalan saya ni buat awak fikir yang saya ni busybody. Tapi saya nak tahu. Apa yang awak nak beritahu Ewan semalam tentang Datuk Badrul..?" tanya Rizal yang membuat aku serba salah untuk menceritakan kepadanya kerana dia mengenali orang tua penipu itu.

"Err.." aku tidak tahu apa yang harus ku katakan kepadanya.Aku keliru.

"Ika. Cerita la kat saya. Mana tahu saya boleh tolong ke.." tambahnya lagi.

        Aku menarik nafas panjang dan menceritakan kembali dari mula sehingga habis mengenai
pendrive dan Uncle Bad.Seperti mereka yang lain,Rizal juga terkejut mendengar ceritaku itu.
.............................................................................
"Ika. Awak kena buat report polis tentang perkara ni. Ni boleh bahayakan nyawa awak!.." kata Rizal dengan nada serius.

"Awak jangan la risau Rizal.
Uncle Bad tak tahu lagi tentang pendrive tu. Buat masa sekarang. Semuanya saya masih boleh control lagi.." balasku yang masih berdegil dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain kerana takut Mak Leha dan Reza diapa-apakan pula nanti.

"Ika. Dengar la cakap saya ni. Awak kena.."

"Rizal. Saya tahu. Niat awak nak tolong saya kan? Tapi saya rasa tak payah la awak ambil tahu tentang hal ni. Saya tak nak babitkan awak pula. Saya ada sebab saya sendiri kenapa saya tak buat report polis lagi okey..?" pintasku.

        Rizal mengangguk perlahan seakan mengerti atau mungkin juga mengalah dengan kedegilanku itu.
.............................................................................
        Aku ke kampus seperti biasa.

"Hana. Aku dah buat keputusan. Aku akan bawa mama dengan adik Ewan tu jumpa dengan dia.." kataku yakin ketika aku berjalan bersama dengan Hana untuk ke bahagian loker selepas kami tamat kelas.

"Kau dah beritahu Ewan..?"

"Belum. Tapi aku tahu. Dia tentu tak kan percaya.." jawabku perlahan.

"Tak kan percaya? Kenapa pula kau cakap macam tu?  Kau kan belum beritahu dia lagi.." tanya Hana hairan.

"Sebab sekarang..Ewan dah salah sangka kat aku.." jawabku yang masih segar tentang peristiwa tempoh hari.

"Salah sangka? Kenapa pula..?" tanyanya yang tidak mengetahui kejadian itu kerana aku belum menceritakan kepadanya.

"Ewan ingat. Aku dengan Rizal ada hubungan.." jawabku sambil membuka lokerku.Akku meletakkan
pendrive dan buku rujukan yang ku bawa bersama ke dalamnya.

"Rizal?  Anak kawan mama kau tu?Eh Ika. W
ait wait. Korang ni. Ada apa-apa ke..?" tanya Hana pelik.

"Tengok!. Kau pun dah fikir aku yang bukan-bukan. Tak ada la Hana. Aku dengan dia
just kawan je la.." gelengku.

"Betul ke ni..?” tanyanya lagi seakan tidak percaya.

"Hana. Betul la..ya..okey..
frankly. Rizal tu memang pernah cakap yang dia ada perasaan kat aku tapi aku tak ada apa-apa perasaan pun kat dia. Even sikit pun. Aku dah anggap dia macam abang aku sendiri. Aku. Aku hanya cintakan Ewan. Tapi entah la Hana. Aku tak tahu apa lagi yang aku nak cakap. Hubungan aku dengan Ewan ni macam banyak sangat halangannya la. Mungkin kami tak ada jodoh kot.." jelasku yang mula rasa tertekan.

"Ika. Kau tak boleh cakap macam tu. Kau tengok aku dengan Anif. Kami selalu gaduh tapi tahun ni dah genap tiga tahun tau hubungan aku dengan dia. Dalam apa-apa hubungan pun ada masalahnya. Pasangan suami isteri lagi tergigit lidah, ni kan pula kau dengan Ewan yang baru dua tiga bulan
couple.." kata Hana lembut cuba meredakan tekananku itu.

"Hana. Kau tak lalui apa yang aku lalui. Situasi kau dengan aku beza sangat kau tau tak?
and sekarang. Aku dah tekad.  Aku nak bawa mereka jumpa dengan Ewan walau susah macamana sekalipun.." balasku dengan penuh yakin sambil mengunci semula lokerku itu.

"Ehm. Kalau macam tu la keputusan kau. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar em." balas Hana pula.

Aku hanya mengangguk dan berharap pun begitu juga.

        "
Cinta ini kadang-kadang tak ada logika..berisi..." tiba-tiba telefon bimbitku berdering ketika aku dan Hana berjalan keluar dari bahagian loker.

"Hello mama.." aku menjawab setelah terpamer nama mama di skrin.

"Hello Ika. Balik cepat!. Rumah kita kena masuk pencuri..!" kata mama.Nada suaranya cemas.

"Apa?! Okey ma. Ika balik sekarang!"  balasku terkejut lalu mematikan talian.

"Ika. Kenapa ni..?" tanya Hana yang terkejut dengan responku itu.

"Aku kena balik rumah sekarang. Rumah aku masuk pencuri.." terangku.

"Apa?!err. Aku nak ikut..?" pinta Hana.

"Hem. Okey la..jom..!" anggukku lalu pergi bersama dengan Hana ke tempat letak kereta.

        Aku bergegas pulang ke rumah sambil diikuti Hana dari belakang dengan kereta masing-masing. Aku lantas masuk ke dalam rumah dan terkejut melihat keadaan rumahku yang berselerak di seluruh tempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers