25 November 2009

~Bab 23~

    Esoknya mama tidak membenarkan aku pergi ke kampus kerana masih risau akan keadaanku.

'Tuk! Tuk!"
        Pintu bilikku diketuk membuatkan aku tersedar dari mengingati kembali kejadian yang paling ngeri dalam hidupku kelmarin itu.

"Ika. Mari turun sayang. Hana datang. Ada kat bawah tu. Dia nak jumpa Ika.." kata mama setelah aku membuka pintu bilik.

"Hana? Okey ma.." anggukku tersenyum lalu turun ke bawah dan melihat Hana duduk di ruang tamu sedang asyik membelek-belek majalah 'Wanita'.

"Hai Hana.." sapaku tersenyum.
"Hai. Kau macamana? Dah okey..?" tanya Hana membalas senyumanku.

"Alhamdulilah. Aku lega sangat sekarang ni. Semuanya dah
settle.." jawabku yang benar-benar lega kerana dapat menyelesaikan segalanya.

"Emm. Kau dah baca
newspaper hari ni..?"

"Belum lagi. Kenapa..?" tanyaku hairan lalu duduk di sebelahnya.

"
Uncle Ewan akan dibicarakan di mahkamah minggu depan. Press cakap kalau dia didapati bersalah maybe dia akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh papa Ewan and cuba mencederakan korang semua. Motif dia disebabkan harta!" terang Hana.
"Err..Macamana papa Ewan meninggal..?"
"Emm. Dari soal siasat polis. Uncle Bad dah masukkan sejenis ubat yang berbentuk racun ke dalam minuman papa Ewan..tapi sayang. Racun tu tak dapat dikesan disebabkan papa Ewan ada sakit jantung.." jawab Hana serius.

"Owh. Licik jugak taktik dia tu..sebab tu la dia sanggup bunuh saudara dia sendiri..SEMATA-MATA KERANA HARTA..kerana dia ingat..dengan harta dia dapat hidup senang tapi dia tak tahu..harta ni kadang-kadang boleh MEROSAKKAN HIDUP dia juga.." kataku yang baru faham situasi yang sebenar.

"Nak buat macamana Ika. Demi harta. Orang sanggup lakukan macam-macam. Oh ye. Kelmarin lepas aku balik dari balai polis Ewan ada datang rumah aku
and dia bagi surat ni. Suruh aku bagi kat kau.." kata Hana sambil mengeluarkan sekeping sampul surat yang berwarna merah jambu yang diambil dari tas tangannya lalu dihulurkan kepadaku.
"Surat..?" tanyaku lalu mengambilnya.

"Hem. Kau
try la baca apa yang Ewan tulis tu.." angguk Hana.

        Aku lantas membuka lipatan surat itu yang ditulis kemas oleh Ewan kerana aku mengenali tulisan tangannya.

        Assalamualaikum Ika

       Maafkan saya di atas apa yang telah terjadi.Saya telah mengkhianati cinta kita dengan menyalah anggap kejujuran cinta yang telah awak berikan kepada saya selama ini. Saya tak sangka semua ini akan terjadi pada saya. Saya juga tak sangka Uncle Bad yang selama ini saya dah anggap macam papa saya sendiri sanggup melakukan ini semua. Saya memang bodoh kerana tak perasan apa yang terjadi dan hanya terpengaruh dengan kata-kata dia yang sememangnya tak benar sama sekali. Maafkan saya Ika kerana membawa awak ke dalam hidup saya yang penuh dengan duka ini.Terima kasih kerana telah pertemukan saya dengan mama dan Reza semula yang amat saya rindui selama ini.Terima kasih juga kerana sentiasa bersama dengan saya di saat saya memerlukan awak. Ika..saya memang tak layak untuk bergelar kekasih awak.Mungkin orang lain yang lebih layak untuk awak.. bukannya saya.. Saya dah buat keputusan yang saya akan pergi. Bukan pergi meninggalkan awak tapi kerana saya benar-benar malu di atas apa yang saya telah tuduh awak hari itu.. dan yang paling memalukan. Saya telah menghina awak. Saya minta maaf Ika.Saya sepatutnya dengar penjelasan awak tapi disebabkan perasaan cemburu saya itu saya telah menuduh awak yang bukan-bukan. Saya minta maaf.. Tapi satu je yang saya pinta dari awak. Izinkan saya untuk terus mencintai awak Ika..

Yang setia mencintaimu dengan ikhlas,

                                                           Ewan..

        Aku mengesat air mataku yang tiba-tiba gugur.Aku lari tergesa-gesa naik ke bilik untuk memakai tudung dan mengambil kunci kereta setelah habis membaca surat tersebut. Aku segera keluar meninggalkan Hana yang terkejut dengan tingkah lakuku itu.

"Ika..!Ika..!" panggil Hana namun aku tidak menoleh dan terus memancu kereta ke rumah Ewan.

'Ting! Tong!'
        Aku segera menekan berkali-kali butang loceng rumah Ewan.

"Assalamualaikum Mak Som. Ewan ada?!" tanyaku apabila melihat Mak Som menghampiri pintu pagar.

"Waalaikumusalam..Ika?. Ewan dah pergi.." jawab Mak Som perlahan dengan wajah yang muram.

"Ke mana Mak Som? Ewan ke mana..?!" tanyaku lagi tanpa rasa sabar.

"Mak Som minta maaf Ika. Mak Som tak tahu tapi dia ada kata. Dia akan pergi jauh.." geleng Mak Som membuatkan aku terdiam kaku.

Air mataku jatuh ke bumi tanpa aku sedari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers