26 November 2009

~Bab 24~

Lima tahun kemudian...

       
"Puan. Di manakah puan berada pada malam kejadian..?" soalku pada anak guamanku Puan Rosliza yang sedang berdiri di tempat orang yang didakwa bersalah.

"Saya ada di rumah pihak pendakwa bersama dengan anak saya Lisa.." jawabnya.

"Kenapa puan berada di rumah pihak pendakwa..?" soalku serius.

"Saya ingin membunuhnya.."

"Kenapa puan ingin membunuh pihak pendakwa..?"

"Dia. Dia tak layan saya.." jawabnya perlahan.
"Tak layan puan? Apa maksud puan yang pihak pendakwa tak layan puan..?" soalku untuk keterangan yang lebih lanjut.

"Saya. Saya cuba goda dia. Tapi..dia tolak.." tambah Puan Rosliza lagi.

"Owh. Jadi disebabkan dia tak layan godaan puan tu. Puan cuba membunuh dia. Macam tu..?" soalku.

"Ya.." jawabnya mengangguk perlahan.

"Boleh saya tahu. Kenapa puan goda dia..?" soalku sambil memikirkan sesuatu.

"Err.. Saya. Saya tertarik melihat dia.." jawabnya semakin perlahan.

"Emm. Bagus alasan tu puan. Puan telah jadi seorang isteri hampir lima tahun tapi disebabkan oleh seorang lelaki yang dianggap 'menarik'. Puan sanggup berlaku curang pada suami puan.. Puan,bersikap jujur la. Walaupun saya seorang peguam yang belum mendirikan rumah tangga lagi tapi saya dapat lihat yang puan seorang isteri yang baik dan seorang isteri yang baik tidak mungkin berani berlaku curang. Puan. Tiada gunanya puan cuba senbunyikan fakta.." tambahku lagi agar Puan Rosliza menceritakan perkara yang sebenar.

"Bantahan yang arif!. Peguam bela cuba mendesak tertuduh menukar pengakuan.." celah pihak pendakwa raya sambil berdiri untuk menyatakan bantahan pada tuan hakim yang sedang asyik menyaksikan perbicaraan ini bersama-sama dengan beberapa orang penolong dan juri.

"Yang arif.  Tolong benarkan saya bertanyakan beberapa soalan lagi pada anak guaman saya.." mohonku sambil melihat wajah tuan hakim.

"Baiklah. Bantahan ditolak!" angguk tuan hakim.

"Terima kasih yang arif. Puan Rosliza. Apakah hubungan di antara suami puan dengan pihak pendakwa..?" soalku setelah memandang wajahnya semula.

"Kawan baik.."

"Boleh tolong ceritakan sedikit mengenai hubungannya itu.."?

"Mereka berkawan baik sejak dari kecil lagi. Mereka berdua memang rapat. Mereka dah macam adik-beradik. Ke mana saja pergi mesti bersama. Sebelum saya kahwin dengan suami saya lagi.."

"Baiklah. Soalan terakhir saya. Adakah puan menyayangi suami dan anak puan..?"

"Ya..saya..saya sangat sayangkan mereka berdua lebih dari nyawa saya.." angguknya yang tiba-tiba sebak sambil menitiskan air mata.

"Hem. Katakan benar pada andaian saya ni. yang puan mengaku bersalah cuba membunuh pihak pendakwa kerana puan diugut oleh dia supaya tidak menceritakan perkara yang sebenar. Adakah andaian saya ini benar..?" kataku memandangnya tajam.

"Err......" Puan Rosliza seakan terkejut mendengar andaianku.Dia tiba-tiba terdiam.

"Puan. Puan tak perlu takut. Puan tak perlu fikirkan orang lain sekarang ni. Puan hanya perlu fikirkan anak puan Lisa. Puan mahu? Anak puan fikir yang bukan-bukan tentang puan suatu hari nanti bila dia dah besar? Tentang benda yang puan tak pernah lakukan ni..?" tambahku lagi.

        Puan Rosliza hanya mendiamkan diri sambil melihat anaknya yang sedang didukung oleh suaminya di tempat duduk penonton.Namun suaminya segera mengalihkan pandangan ke arah lain.Seakan jijik memandang wajah isterinya itu.

"Bantahan yang arif!. Peguam bela cuba lagi..." pihak pendakwa raya lantas berdiri dan cuba menyatakan bantahan lagi.

"Saya diugut..!!!" kata Puan Rosliza dengan tiba-tiba membuatkan pihak pendakwa raya terdiam dan kembali duduk.

"Sa..saya diugut. Pada malam tu. Dia cuba nak memperkosa saya. Dia tipu saya.. Kata suami saya kemalangan dan dibawa ke rumah dia. Padahal..suami saya masih ada di tempat kerja. Saya tak ada pilihan. Saya terpaksa. Saya takut. Kalau saya ceritakan perkara yang sebenar. Dia akan bunuh suami dan anak saya. Jadi saya terpaksa berbohong. Sa..saya sayangkan suami saya dan anak saya..Lisa.." jelasnya sambil melutut menangis tersedu-sedu.
"Yang arif. Itu sahaja yang dapat saya buktikan. Yang anak guaman saya memang tidak bersalah tetapi diugut oleh pihak pendakwa agar tidak menceritakan perkara yang sebenar. Ini..saya sertakan dengan beberapa bahan bukti yang menunjukkan pihak pendakwa ada membuat panggilan telefon ke nombor telefon rumah anak guaman saya pada malam kejadian. Sekian terima kasih.." kataku yakin lalu memberikan bahan bukti tersebut kepada penolong tuan hakim dan kembali semula ke tempat dudukku.
        Perbicaraan berehat sebentar selama 30 minit.Aku menantikan keputusan dengan penuh kesabaran di jiwa.
.............................................................................
"Baiklah. Dengan keterangan yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak peguam dan perbincangan juri-juri serta bukti-bukti yang telah diserahkan. Dengan ini tertuduh Rosliza Binti Manaf didapati tidak bersalah atas tuduhan cubaan membunuh pihak pendakwa Mohd Khairul Bin Razak. Mahkamah dengan ini juga menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan tiga sebatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan ke atas Mohd Khairul Bin Razak atas cubaaan memperkosa dan mengugut Rosliza Binti Manaf." perintah tuan hakim sambil mengetuk penukul yang terletak di hadapannya.Ini menandakan kes yang dibicarakan telah selesai.Orang ramai yang berada di dalam bilik itu segera bangun dan bersurai.
.............................................................................

"Tahniah Cik Ika.." ucap Bakri,penolongku setelah kami keluar dari bilik perbicaraan.

"Terima kasih Bakri dan tahniah juga pada awak. Kalau bukan kerana bukti-bukti yang awak sediakan tu. Mungkin saya tak kan menang kes ni.." balasku membuatnya tersenyum manis.

"Err..Cik Ika,saya terpaksa pergi sekarang. Ada hal mustahak sikit.." katanya sambil melihat jam di pergelangan tangan dan berlalu pergi setelah aku mengangguk faham.

"Cik Ika. Terima kasih. Tanpa Cik Ika. Tentu saya tak dapat nak jumpa dengan anak saya Lisa lagi.." ucap Puan Rosliza dengan nada gembira sambil bersalaman denganku setelah dilepaskan garinya oleh beberapa orang pegawai polis wanita.Wajahnya yang cantik dan menawan ditambah pula dengan lesung pipit di kanan dan kiri pipinya terserlah apabila dia menguntumkan senyuman.

"Puan. Ini sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang peguam. Puan sepatutnya berterima kasih kepada ibu puan kerana dia yang telah mengupah saya. Saya hanya melakukan tugas untuk menegakkan keadilan dalam sesuatu kes sahaja.." balasku ikhlas.

"Liza..." tiba-tiba muncul suami Puan Rosliza sambil mendukung Lisa,bayi yang masih berumur lebih kurang dua setengah tahun membuatkan perbualan kami terhenti.

"Maafkan abang. Abang dah salah sangka pada Liza.." katanya sambil menunduk kesal.

"Puan. Saya minta diri dulu. Puan selesaikanlah masalah puan ni dengan cara baik ya. Assalamualaikum.." pesanku sekilas memandang mereka berdua.

        Aku meninggalkan mereka sejurus aku terdengar perkataan 'SALAH SANGKA' itu.Perkataan itu jugalah yang membuat hubungan aku dan Ewan mengalami garis-garis keretakan. Aku masih teringatkan Ewan walaupun sudah lima tahun masa berlalu.Lelaki yang pernah membahagiakan hidupku suatu ketika dahulu itu kini khabar berita tentangnya tidak lagi aku dengari. Berita terakhir tentangnya yang dia sedang menguruskan cawangan syarikatnya di negara matahari terbit, Jepun. Mak Leha pula kini tinggal bersama dengan Reza di rumah Ewan dahulu dan dia kembali dengan gelaran Datin Leha yang juga mempunyai syer terbesar Syarikat Mewah Holding. Syarikat tersebut diserahkan sementara kepada Reza. Datin Leha pernah memberitahuku ketika aku melawatnya yang Ewan ada pulang untuk menjenguknya tetapi hanya sekejap kerana takut aku dapat tahu tentang kepulangannya itu. Mungkin dia masih malu untuk bertemu denganku seperti katanya dalam surat yang diberikan kepadaku dahulu.Uncle Bad pula telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana terbukti bersalah membunuh papa Ewan dan cuba mencederakan Datin Leha.

"Hai Cik Ika. Termenung jauh nampak..?" sapa seorang wanita ketika aku sedang mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang lepas di tepi koridor mahkamah itu.
"Hana ?eh! Bila kau sampai..?" tanyaku yang agak terkejut setelah berpaling melihat sedang Hana berdiri terpacak di belakangku kerana agak lama juga kami tidak berjumpa.

"Dah lama dah
. So congrate k! Kau menang kes tu.." jawab Hana tersenyum sambil berjabat tangan denganku.

"Terima kasih. Kau ada tengok juga ke? Ingatkan dah tak ada masa. Al maklum la kan orang dah jadi tunang orang sekarang ni. Kan sibuk je memanjang.." usikku kerana Hana telah pun bertunang dengan Anif lima bulan lepas.

"Yela tu. Hari ni aku cuti
so aku decide nak datang sini la. Anif beritahu aku yang kau sedang handle kes ni. I'am very proud of you Ika. Akhirnya kau dapat juga capai cita-cita kau ni.."
"Owh Anif. Ya . Aku ada jumpa dia kelmarin masa aku teman mama aku beli kain langsir. Tak ada la. Yang penting aku dapat bantu orang yang dalam kesusahan.." balasku ikhlas.

"Em. Bagus la tu. Jom! Aku belanja kau makan. Dah lama kita tak keluar makan sama-sama kan..?" ajak Hana.

"Okey. Boleh juga!. Itu yang aku nak dengar tu.." balasku tertawa kecil.

.............................................................................

        Kami makan bersama di restoran pilihannya yang berhampiran dengan pusat membeli-belah.

"Hana. Sekejap je kan masa berlalu. Pejam celik pejam celik. Dah lima tahun.." kataku sementara kami menunggu pesanan yang telah dipesan.
"Hem. Betul tu. Macam tak sedar kan. Aku sekarang ni lebih berdikari. Kalau tak dulu asyik berkepit je bawah ketiak mama dengan papa aku tu. Tunggu masa minta duit" kata Hana tertawa kecil.

"Em. Sama la dengan aku.."

"Ika..err..Ewan apa cerita..?" tanya Hana dengan tiba-tiba.

"Emm.. Entah.. L
ast month masa aku pergi rumah dia. Aku jumpa dengan mama dia. Mama dia kata. Dia still ada kat Jepun sekarang ni.." jawabku perlahan.

"Kau. Masih ingat kat dia lagi ke..?" tanya Hana lagi. Seolah-olah tidak menduga itu jawapanku.

        Aku hanya mengangguk perlahan tanpa memandang wajahnya.

"Ika. Kenapa kau tak lupakan dia je? Dah lima tahun tau dia tinggalkan kau. Kalau la Anif yang buat aku macam tu maybe sekarang aku dengan orang lain.." tambahnya.

"Hana. Y
ou're not in my shoe.  Cinta aku pada dia tak pernah berubah walaupun sedikit. Aku tetap akan tunggu dia. Sebab aku tahu dan aku yakin. Dia pun masih cintakan aku.." kataku yakin.

"Ehm. Ikut suka kau la Ika.
I'm just your best friend wish you will always be happy okay!" balasnya dengan nada sedikit geram.Aku tahu jauh di sudut hatinya, dia mahu melihat aku kembali gembira seperti dahulu.

"
Thanks Hana.." balasku tersenyum.

        Aku sedar aku masih mencintai Ewan dan aku akan setia menunggunya. Aku pulang ke rumah setelah puas berbual-bual dengannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers