26 November 2009

~Bab 25~



        Assalamualaikum mama.." ucapku setelah masuk ke ruang dapur. Sekilas melihat mama sedang menyiapkan makanan di dapur.

"Waalaikumusalam..Ika,macamana kes hari ni..?" tanya mama sentiasa mengambil tahu mengenai kesku kerana aku akan menceritakan kepadanya tentang setiap kes yang akan aku kendalikan.

"
Not bad la mama. Ika menang kes tu.." jawabku lalu membuka peti sejuk dan mengambil botol yang berisi air.

"Ya ke?. Alhamdulilah.." ucap mama yang sentiasa mendoakan kejayaanku.

"Mama. Abg Iz dengan Kak Su bila nak balik dari Johor?"
        Abang Izat dan Kak Suraya sudah pun mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Laila.Mereka kini menetap di Johor Bahru kerana Abang Izat dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke cawangan yang terdapat di sana manakala Kak Suraya berhenti kerja sejak disahkan hamil oleh doktor dahulu. Mungkin dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada puteri sulung mereka berdua itu.

"Minggu depan kot. Kenapa..?" soalnya sekilas memandangku sambil tangannya ligat memotong bawang merah.

"Ika rindu la kat Laila. Terasa macam nak cubit je pipi dia mama. C
ute sangat.." jawabku tersenyum kerana Laila sememangnya bayi yang comel dan aku pula jenis yang suka pada bayi yang comel sepertinya.
"Ika Ika. Kalau nak cubit. Cubit la anak sendiri.." balas mama tersenyum.

"Mama ni. Ke situ pula.." aku tarik muka.

"Em..Ika ni bila nak kahwin em..?" tanya mama dengan nada mengusik ketika aku meneguk air yang diambil dari peti sejuk itu selepas aku menuangkan ia ke dalam gelas.

"Mama. Kenapa mama asyik tanya soalan tu je?. Kan Ika dah kata Ika belum bersedia lagi.
I'm not ready yet.." jawabku sambil mataku merenung gelas yang ku pegang itu.

"Ika. Ika masih tunggu Ewan ya..?" teka mama seakan mengerti kenapa aku masih lagi tidak menyuarakan keinginan untuk berkahwin.

"Ma. Ika naik atas dulu. Ika penat la. Nak mandi.." kataku lalu meletakkan gelas yang ku pegang itu ke atas meja dan berlalu naik ke bilik.

        Begitulah perangaiku apabila mama mengutarakan pertanyaan seperti itu.Aku bukan tidak mahu berkahwin tapi mungkin sikapku yang tidak mudah melupakan Ewan yang membuatkan aku menjadi sebegitu. Bagiku sekarang bercinta dengan kerja adalah lebih baik.Pernah mama bercadang untuk menjodohkan aku dengan Rizal tapi aku menolak cadangan itu dengan alasan aku masih muda dan belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri tapi sebenarnya Ewan yang aku tunggu. Rizal pula,aku ada berjumpa dengannya sewaktu melawat
Aunty Suri pada akhir bulan lepas bersama dengan mama.Dia ada bercerita denganku mengenai pertemuannya dengan seorang gadis yang bernama Yanie, iaitu pengurus yang bekerja sama di syarikat tempat kerjanya.Kini mereka sudah mula bercinta.Ingat lagi aku saat Rizal meminta tunjuk ajar dariku bagaimana cara untuk memikat Yanie. Memang kelakar masa itu dan dia juga telah berjanji akan memperkenalkan kami berdua jika ada masa nanti.
.............................................................................
        Petang itu,aku ke rumah Ewan untuk melawat Datin Leha kerana lebih kurang sebulan juga aku tidak melawatnya disebabkan kesibukan bekerja.

"Assalamualaikum.." aku memberi salam tanpa menekan butang loceng kerana melihat Datin Leha sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya.

"Waalaikumusalam..eh Ika. Mari la masuk. Dah lama Ika tak melawat mak cik.." balas Datin Leha tersenyum lalu menutup pili air.
"Maaf la mak cik. Ika sibuk sikit. Ni Ika ada bawa buah tangan sikit untuk mak cik.." kataku sambil menghulurkan bungkusan yang ku bawa bersama selepas bersalaman dengannya.

"Terima kasih. Buat susah-susah je. Mari la masuk dalam.." ajaknya.

"Tak susah pun..em. Mama kirim salam kat mak cik. Tadi dia ingat nak datang sini dengan Ika tapi dia kena ikut papa pergi kenduri kahwin anak kawan papa kat Perlis pula.." kataku sambil berjalan masuk ke dalam rumah bersama dengannya.

"Waalaikumusalam..owh. Tak apa la nanti Ika kirim salam mak cik kat mama dengan papa Ika ya.." balasnya.

"Insyaallah..err..Reza mana mak cik? Kat
office ke..?" tanyaku memandang sekeliling.

"A'ah. Biasa la dia tu. Sekarang bukan main sibuk lagi. Tapi nasib baik la pekerja-pekerja kat sana banyak yang bantu dia untuk uruskan syarikat tu..em. Ika duduk la dulu nanti mak cik buatkan air ya.." balas Datin Leha.

"Terima kasih mak cik..eh!..Mak Som..?" tanyaku sambil memandang sekeliling mencari kelibat Mak Som.

"Owh. Mak Som dah dua minggu dia ambil cuti sebab nak jaga anak perempuan dia yang tinggal kat Pahang tu. Katanya baru melahirkan anak lelaki.."

"Owh.." anggukku faham.

"Duduk la dulu ya.." pintanya sebelum ke dapur.

        Aku duduk dan terlihat album yang ada di atas meja ruang tamu lalu ku ambil dan membukanya. Kelihatan gambar-gambar Datin Leha, Datuk Bakar, Reza dan Ewan semasa kecil. Dia kelihatan begitu comel.

.............................................................................

"Assalamualaikum.." panggilan salam mengejutkan aku yang sedang asyik membelek-belek gambar mereka sekeluarga.
" Waalaikumusalam..Ewan..?" aku terlihat Ewan berdiri di muka pintu utama rumah itu dengan menarik beg pakaian rodanya .Dia lantas berpaling dan cuba lari setelah melihatku.Aku segera bangun cuba mengejarnya.

"Ewan!Ewan!. Tunggu.. Tunggu dulu!. Kenapa awak masih nak melarikan diri dari saya?Ewan. Saya dah maafkan awak..!" jeritku yang membuatkan Ewan terberhenti dari terus berlari meninggalkanku.

"Saya. Saya malu Ika. Saya malu nak berdepan dengan awak.." katanya dengan nada perlahan.

"Ewan. Awak tak perlu rasa semua tu lagi. Saya dah lupakan segalanya. Tolong la Ewan. Jangan buat saya macam ni.." kataku sambil diikuti air mataku yang mula mengalir membasahi pipi.

"Saya....." Ewan masih mahu meneruskan kata-katanya.
"Ewan. Awak masih ingat kan janji-janji awak pada saya dulu? Awak akan terus mencintai saya walau apa pun yang berlaku kan? Awak dah lupakan saya ke...?" tanyaku lagi yang membuatkan Ewan segera menoleh.

"Ika. Saya tak pernah lupakan awak. Saya masih mencintai awak. Saya minta maaf.." kata Ewan sejurus memandangku.

"Saya dah lama maafkan awak Ewan. Saya dah lama maafkan awak.." kataku sambil berjalan menghampirinya.
"Betul ni..?"

        Aku mengangguk tersenyum.Ewan berhadapan denganku sambil tersenyum perlahan.

"Alhamdulilah. Akhirnya kamu berdua bertemu juga.." tiba-tiba Datin Leha muncul dibelakang kami berdua dengan senyuman. Ewan segera berjalan menghampirinya.

"Mama.." kata Ewan dan lantas mencium tangan mamanya itu.

"Ewan. Jaga la Ika baik-baik ya. Dia sangat mencintai kamu.." pesan Datin Leha sambil mengusap-gusap perlahan rambut Ewan.

"Baik mama.." angguk Ewan tersenyum dan mengalihkan pandangannya kepadaku.
        Akhirnya aku bertemu dengan Ewan setelah lima tahun dia mengasingkan diri dariku.Aku masuk ke dalam rumahnya setelah dijemput masuk semula oleh Datin Leha untuk minum petang bersama.Ewan sempat menceritakan pengalamannya bekerja di Jepun sepanjang pemergiannya itu
.............................................................................
"Mama. Ewan nak keluar dengan Ika sekejap ya. Nanti Ewan balik.." kata Ewan meminta izin dari Datin Leha setelah kami selesai makan hidangan yang telah disediakan.

"Hem. Pergi la Ewan. Dah empat tahun kamu berdua tak jumpa. Lama pun tak apa. Mama tak kisah.." izin Datin Leha.

"Ewan pergi dulu ya mama. Mari Ika.." ajak Ewan memandangku.

"Kami pergi ya mak cik.." kataku selepas bersalaman dengan Datin Leha.

        Datin Leha mengangguk tersenyum.Aku berjalan mengikut jejak langkah Ewan ke halaman.Dia sempat bukakan pintu kereta untukku dan aku masuk ke dalam perut keretanya.

"Err. Awak nak bawa saya ke mana ni..?" tanyaku setelah Ewan memandu keluar dari halaman rumahnya itu.

"Ada la.. Rahsia.." balas Ewan tersenyum manis sekilas memandang wajahku.Sudah lama aku merindui senyuman itu yang memukau sanubariku.Sungguh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers