26 November 2009

~Bab 26~

              Ewan membawa aku ke suatu tempat dan aku amat terkejut kerana tempat itu ialah sekolah lamaku. Ewan memberhentikan keretanya di seberang jalan yang berhadapan dengan pintu pagar sekolah.Ketika itu di dalam kawasan perkarangan sekolah sunyi-sepi mungkin pelajar-pelajarnya telah pulang ke rumah.

"Err. Kenapa awak.. Bawa saya ke sini..?" tanyaku yang masih tidak dapat meneka tujuannya membawa aku ke situ.

"Awak ingat lagi tempat ni..?" tanya Ewan sambil merenungku manja.

"
Of course la saya ingat. Ni kan sekolah lama saya. Tapi.. macamana awak.." jawabku yang pelik dengan pertanyaannya itu kerana setahu aku,aku tidak pernah memberitahu Ewan di mana letaknya sekolah lamaku itu.
"Ya..and kat sini juga la pertama kali saya jumpa awak. Masa tu saya tak sengaja nak terlanggar awak.." celah Ewan yang membuatkan aku benar-benar terkejut.

"
What? Awak. Wait the second!. Dulu awak kata. Awak bukan orang yang langgar saya tu kan?" soalku hairan.

"Ya. Tapi saya tipu.." jawabnya tersenyum.

"What? But why..?"

"Sebab Hana. Dia garang sangat la. Takut saya. Tapi lepas saya dah kenal dengan dia. Dia tak la garang mana pun.." jelas Ewan tertawa lucu.
Aku terpinga seketika.

"Awak tahu tak Ewan? Saya mati-mati ingat saya salah orang tau! A
nd now..oh my God.." gelengku sambil memegang kepala seakan tidak percaya apa yang baru dikatakan Ewan itu.

"Saya tahu. Awal lagi saya dah terserempak dengan awak berdua dekat kafe tu. Tapi ya. Untuk mengelakkan saya dari kena marah tak tentu pasal lagi.  Saya buat tak tahu je la tapi tak sangka pula yang awak berdua perasan saya masa tu.." tambahnya lagi.

"Emm.. Tapi kan. Kereta yang hampir-hampir langgar saya tu
Honda Sivic..ni..?" tanyaku yang masih sukar mempercayainya.

"Ya. Tu pun kereta saya juga. Tapi saya dah lama tukar.." balas Ewan seakan faham dengan maksudku itu.

"Owh. Patut la.." anggukku yang mula mengerti.

"Saya minta maaf k. Saya nak cepat
time tu. Kawan baik saya accident.." tambahnya lagi.

"Owh. Saya yang patut minta maaf pada awak. Tu bukan salah awak. Salah saya. Tak tengok jalan dengan betul.."

"Ya saya tahu.." anggukku bersahaja.

"Apa yang awak tahu..?" tanyaku pelik.

"Yela. Masa saya bawa laju tu. Saya nampak awak jalan terus je. Tak tengok kiri kanan pun.."

"Eh!. Jap-jap!. Kalau awak tahu tu salah saya. Kenapa awak tak marah saya? Kenapa awak tak marah Hana bila dia tengking awak..?"
"Entah. Saya pun tak tahu. M
aybe saya kesiankan awak kot.." usiknya.

"Emm.. Yela tu. Entah-entah awak tak berani nak balas balik kot.." balasku bersahaja membuatkannya tertawa kecil.

"Awak. Kalau saya tak terlanggar awak hari tu kan. M
aybe kita tak kan bertemu dan bercinta macam ni kan?. Semua ni dah takdir.." kata Ewan lembut.
             Kami berdua tersenyum mesra.TAKDIR juga telah mempertemukan kami semula.

"Tapi awak kena janji tau!. Jangan cerita kat Hana tentang ni. Kalau tak. Habis saya.." kata Ewan dengan mimikan mukanya.

Aku hanya tertawa kecil dengan gelagatnya itu.

"Ika. Saya tahu. Saya dah banyak buat salah pada awak. Saya sering larikan diri dari awak sebab saya rasa saya tak patut kata awak macam tu. Saya menyesal sangat atas apa yang saya telah tuduh awak dulu.." kata Ewan dengan wajah kekesalannya.

"Ewan. Saya dah lama lupakan benda tu. Saya pun harap awak dapat lupakan benda tu ya. Bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan kan?" balasku tersenyum.

"Terima kasih Ika. Terima kasih kerana sudi maafkaan saya..
anyway saya ada benda nak cakap kat awak ni.."

"Okey. Apa dia?. Cakap la. Saya sedia mendengarnya.." balasku tersenyum.

"Tapi sebelum saya cakap. Saya nak awak tutup mata dulu.." tambahnya lagi.

"Tutup mata? Kenapa pula.." tanyaku pelik.

"Tutup la dulu. Baru la tahu.."

"Em. Okey.." kataku dan segera menutup mata.

"K. Sekarang. Awak buka mata perlahan-lahan.." pinta Ewan selepas beberapa saat berlalu.

             Aku membuka mata perlahan-lahan dan terlihat sebentuk cincin berlian yang bersinar-sinar terletak di dalam sebuah kotak merah kecil yang berbentuk
Love dipegang rapi di tangan Ewan sambil dihalakan kepadaku.

"Ika. Sudikah awak menjadi permaisuri di hati saya?  Yang akan menjaga dan bersama saya untuk seumur hidup saya?" kata Ewan perlahan dengan nada mengharap sambil merenung tepat ke dalam mataku.

        Aku tergamam seketika.Ewan melamarku. Aku benar-benar terkejut dengan perbuatannya itu. Aku hanya diam diri dan jadi kaku dengan tiba-tiba. Jantungku tidak henti-henti bergetar seperti aku sedang berada di alam fantasi yang bakal berubah menjadi realiti.

"Ika. Dah lama saya beli cincin ni. Tapi hanya tunggu masa je untuk saya sarungkan ke jari awak.." kata Ewan sambil memegang tangan kiriku lalu menyarungkan cincin itu ke jari manisku.Aku tersenyum dan hanya membiarkan dia melakukan sedemikian kerana aku sudah bersedia menerima lamarannya itu.
"Saya harap. Saya dapat jaga awak dengan sebaik mungkin. Dan saya janji. Saya akan terus mencintai awak walau apa pun yang berlaku lepas ni dan saya tak kan pernah tinggalkan awak lagi Ika. Saya janji.." kata Ewan lagi sambil mengenggam erat kedua-dua belah tanganku.

             Di akhir kata-katanya itu juga,aku menitiskan air mata kegembiraan sambil tersenyum mesra memandang wajahnya.
............................................................................
     Memang aku benar-benar tidak menyangka Ewan akan melamarku pada saat itu.Saat itu,aku terasa sungguh bahagia kerana dia benar-benar membuktikan cintanya selama ini kepadaku. Cincin yang disarungkannya tadi masih rapi dipakai di jari manisku. Malam yang aku lalui tak lekang dengan senyuman. Seakan aku mengalami mimpi-mimpi yang terindah.

"Selamat pagi sayang.." ucap mama sambil berlalu masuk ke dalam bilikku kerana pintu bilikku sedia terbuka.

"Selamat pagi mama.." balasku tersenyum.Tanganku sedang ligat menaip sesuatu di papan kekunci komputer ribaku.

"Ika tengah buat apa ni?" tanya mama sambil memegang kedua-dua belah bahuku.

"Ika tengah siapkan
paperwork ni. Tentang kes pembunuhan.." jawabku tanpa memandang wajahnya.

"Owh. Em..Ika,malam ni Abg Iz dengan Kak Su balik tau!. Teman mama pergi pasar?. Mama nak beli barang dapur. Mama nak masak sedap-sedap hari ni.." kata mama dengan nada gembira kerana mungkin terlalu merindui satu-satunya anak lelakinya itu.

"Okey ma.." balasku yang juga turut merindui mereka sekeluarga.

"Ika. Mama tengok Ika ni ceria je dari semalam. Ika menang kes lagi ke..?" tanya mama hairan.

        Aku lantas berhenti menaip dan berpaling memandang wajah mama. Aku sudah bersedia menceritakan kepadanya tentang lamaran Ewan kelmarin itu.

"Mama. Ika dah jumpa Ewan.." kataku tersenyum.

"Ewan? Macamana dengan dia? Dia sihat..?" tanya mama yang turut merasa gembira.

"Sihat ma..
and dia.." jawabku perlahan sambil memegang jari manisku yang tersemat cincin yang disarungkan Ewan itu.

"Dia apa..?"

"Dia lamar Ika.." sambungku.

"Alhamdulilah. Dapat la mama buat kenduri lagi sayang.." ucap mama gembira sambil mencubit pipiku.

"Mama ni.." aku mengusap pipiku.

        Aku tersenyum gembira kerana aku tahu mama tidak sabar ingin melihat aku berkahwin dan berkeluarga seperti Abang Izat.
.............................................................................

       
Petang itu setelah aku habis menolong mama,aku mengajak Hana keluar makan di tempat biasa untuk memberitahunya yang aku telah bertemu kembali dengan Ewan agar dia juga turut merasai apa yang aku rasai kini.

"
So Ika. Tak kan kau ajak aku keluar makan je kot. Ni mesti ada something yang kau nak beritahu kat aku ni.." Hana meneka.

"Hem. Y
es Hana..actually I want tell you something.." aku memulakan kata.

"Em. Aku dah agak dah. S
o apa dia..?" tanya Hana yang kelihatan tidak sabar.

"Aku. Aku dah jumpa Ewan.." jawabku perlahan.

"Apa? Kau dah jumpa Ewan?Bila ? Kat mana..?" tanyanya segera.

"Kelmarin. Kat rumah dia sendiri.."

"Emm. Bagus la. Akhirnya korang berdua jumpa juga!. Tak sia-sia penantian kau selama ni ek!.." kata Hana tersenyum senang.

"
And perkara yang paling penting aku nak beritahu kau..." kataku perlahan.

"
What? Kau ni. Suka buat aku rasa suspend je tau!" tanya Hana dengan mimikan mukanya.

        Aku mengangkat tanganku dan menunjukkan jari manisku pada Hana sambil tersenyum memandangnya.

"Ika. Cantiknya. Ewan bagi ek..?" teka Hana sambil memegang tanganku dan membelek-belek cincin itu.

"Hem. Dia lamar aku kelmarin kat depan sekolah kita...." kataku yang tiba-tiba tersasul.

"Wah. S
o romantic..eh. Jap-jap! Kat depan sekolah kita..?" tanya Hana hairan.
"Owh.. I mean depan sekolah yang macam sekolah kita dulu tapi dalam hotel.." tambahku dengan segera agar Hana tidak perasannya.

"Owh
..I see.. Ingatkan apa tadi.." angguknya seakan faham sambil kembali meneliti cincinku.

'Fuh.. Nasib baik..' detusku di dalam hati.

        Aku melepaskan nafas lega. Habislah kalau Hana dapat tahu tentang perkara itu. Pasti dia akan mengamuk.Fikirku.

"Err..
so..bila aku boleh makan nasi minyak ni..?" tanya Hana tersenyum.

"Hana
. Come la. Aku masih muda k.."aku menarik tanganku semula lalu menghirup minuman yang berada di hadapanku.Aku faham akan maksudnya itu.

“Muda? Yela tu. Orang tua-tua cakap kan. Kalau kahwin awal rezeki murah tau!" tambahnya.

"Ek?. Habis..yang Anif bakal suami kau tu asal tak kahwin-kahwin dengan kau lagi. Sampai bila korang nak bergelar dengan
title 'tunang' je Cik Hana oii.." usikku.

"Ish.. Kita cerita pasal dia ,aku pula yang kena.." kata Hana dengan mimikan muka merajuknya.

"Ala. S
orry la. Aku gurau je la. Senyum la sikit. Nanti kalau aku nak kahwin. Aku mesti jemput kau punya la. Siap offer kau jadi pengampit aku lagi tau!" pujukku yang membuatkan Hana tersenyum semula.

.............................................................................

        Malam itu aku,mama dan papa menyambut kepulangan Abang Izat dan Kak Suraya serta Laila. Mereka hanya bercuti sehari sahaja kerana lusa Abang Izat akan kembali bekerja. Kami semua makan bersama. Selepas sahaja aku selesai makan,aku bermain-main dengan Laila di ruang tamu yang kini sudah mula belajar merangkak dan membiarkan mereka berbual-bual di dapur.

"Ha adik. Macamana kerja
lawyer sekarang? Mama kata adik banyak menang kes.." tanya Abang Izat yang muncul dari ruang dapur bersama Kak Suraya.Mereka berdua duduk dia atas sofa.

“Boleh la Abg Iz. Tapi susah juga la. Kena cari bukti dulu sebelum perbicaraan tu bermula..” jawabku sambil mengusap lembut rambut Laila.Bayi yang comel.

“Em.  Bagus la..
and mama ada kata yang adik dah jumpa Ewan. Siap lamar adik lagi. So bila dia dengan family dia nak masuk meminang adik Abg Iz ni..?” usiknya.
“Abg Iz ni. Dia baru je lamar adik la. Awal lagi..” balasku segan.

“Adik. Boleh la lepas ni akak dukung
baby adik pula..” usik Kak Suraya tersenyum.

“Kak Su ni. Sama je dengan Abg Iz tau! Asyik nak menyakat adik je..” kataku yang makin bertambah segan.

“Betul cakap mereka berdua tu Ika. Sampai bila lagi kami nak tunggu bunga kat taman kami ni nak dipetik dek orang..?” sampuk mama yang juga datang ke ruang tamu setelah selesai membersihkan dapur.

“A’ah. Takut nanti layu pula. Dah tak ada orang nak petik..” gurau papa pula yang tiba-tiba muncul sambil tertawa besar.

“Papa…!” jeritku sambil memuncungkan mulut.

        Mereka semua hanya ketawa kerana berjaya membuat aku terasa dengan usikan mereka itu.Aku senang bila perhubungan aku dengan Ewan direstui oleh mereka walaupun pelbagai perkara yang sudah berlaku terhadap diriku sejak aku mengenali dirinya.Abang Izat dan Kak Suraya pulang pada malam itu juga walaupun beberapa kali dipujuk oleh papa dan mama agar tidur di rumah kami.Maklum sajalah, perjalanan dari Kedah ke Johor Bahru agak jauh.Ia memakan masa yang agak lama kerana mereka sekeluarga menaiki kereta. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers