27 November 2009

~Bab 27~

         ‘Tuk! Tuk!’ ketukan pintu bilik pejabatku mengejutkan aku yang sedang sibuk menyemak dokumen-dokumen penting.

“Masuk!” arahku.

“Cik Ika..” kelihatan Bakri masuk sambil membawa sebuah fail.

“Owh. Bakri..ya ada apa..?” tanyaku segera memandangnya.

“Cik Ika. Saya dah dapat tahu saksi kejadian bunuh Datuk Tahir. Puan Amalina. Jiran sebelah rumah dia saja. A
nd ni. Fail mengenai keterangan dia yang diambil oleh pihak polis dua minggu yang lalu..” kata Bakri sambil memberikan fail yang dipegangnya tentang kes yang aku kendalikan sekarang iaitu kes pembunuhan Datuk Tahir.Datin Sahara iaitu isterinya merupakan suspek yang dituduh membunuhnya. Aku mewakili Datin Sahara sebagai anak guamanku yang tidak mengaku bersalah dalam kes tersebut.

“Okey. Terima kasih..” balasku lalu meneliti isi kandungan fail itu.

“Err. Ada saksi lain selain Puan Amalina..?” tanyaku sekilas memandangnya.Tangan aku masih setia membelek-belek fail tersebut.

“Em.. Setakat ni tak ada lagi Cik Ika.  Tapi insyaallah saya akan cuba cari lagi..”

“Hem. Kalau macam ni. Kita kena pergi ke sana untuk ambil keterangan dari dia. Saya takut kalau kita lewat nanti kes kita ni akan jadi lebih rumit lagi..”
“Saya pun fikir macam tu Cik Ika..”

“Emm. Apa kata kalau kita pergi sekarang..?” cadangku.

“Hem. Ok juga tu..” angguknya setuju.

        Aku dan Bakri pergi ke Bandar Mutiara dengan menaiki keretaku untuk berjumpa dengan Puan Amalina.

.............................................................................
 “Assalamualaikum..” aku memberi salam apabila terlihat seorang lelaki yang sedang mendukung seorang bayi lelaki menghampiri pintu pagar.

“Waalaikumusalam..ya.  Encik berdua ni cari siapa..?” tanyanya.

“Saya Ika. Peguam bela Datin Sahara. Ni pembantu saya Encik Bakri. Kami datang ni nak jumpa dengan Puan Amalina. Dia ada..?” tanyaku dengan penuh sopan.

“Owh..ya. Silakan masuk. Isteri saya ada di dalam..” jawabnya. Rupanya lelaki itu ialah suaminya Puan Amalina.
“Terima kasih..” ucapku lalu kami berdua masuk ke dalam rumah itu.

“Sila duduk sebentar ya. Nanti saya panggilkan isteri saya..” katanya sebelum berlalu ke dapur. Kami lantas duduk di atas sofa yang terdapat di situ dan menunggu kemunculan Puan Amalina.

“Oh..Cik Ika ya. Saya Amalina..” kata seorang wanita yang menghampiri ruang tamu sambil diikuti suaminya dari belakang.

“Ya saya. Ni penolong saya Encik Bakri. Jadi kami berdua datang ni nak ambil keterangan puan bagi kes pembunuhan Datuk Tahir tu. Ni bagi pihak Datin Sahara..” kataku selepas bersalaman dengannya.

“Baik la. Jemput la duduk ya..” jawabnya lalu duduk bersama.

        Puan Amalina menceritakan satu-persatu kejadian yang dilihatnya pada malam kejadian sementara suaminya yang berada disebelahnya hanya duduk memerhati.Aku hanya mendengar dan bertanya manakala Bakri mencatat maklumat-maklumat penting di dalam buku catatan yang dibawa bersamanya setiap kali kami melaksanakan tugas bersama.

“Baik la puan. Itu saja yang saya nak tahu tentang kes ni. Yang saya harap puan dapat hadir sebagai saksi kejadian pada hari perbicaraan nanti dan pihak kami akan
call puan untuk proses seterusnya..” kataku setelah puas bertanya.

“Baiklah. Saya akan bantu encik berdua selagi saya mampu..” angguknya tersenyum.

        Kami berdua pulang ke firma semula setelah selesai mengambil keterangan dari Puan Amalina itu walaupun pada mulanya mereka mengajak kami makan bersama.
.............................................................................
So Cik Ika. Macamana kerja sekarang?” gurau Rizal ketika kami berdua makan tengah hari bersama setelah dia menjemputku dari pejabat.

“Cik Ika?Rizal. Apa ni?
Call me Ika je k..” balasku tersenyum.

“Okey..Ika..em.. Macamana kerja
lawyer? Mesti best kan..?” ulangnya tertawa kecil.

“Best la juga..hmm
.. So far so good. Awak tu pun apa kurangnya. Dengar cerita dah jadi big boss sekarang ni. Mesti lagi best kan..?”

“Ala. Tak ada la. J
ust naik pangkat sikit je..”

“Yela tu..” gelengku tersenyum dengan gelagatnya lalu menyambung semula menjamah makananku.

“Err.. Cincin tu..?” tanya Rizal sambil anak matanya memandang tepat cincin di jari manis tangan kiriku.

“Owh. Ni cincin dari Ewan..” jawabku tersenyum sambil memegang cincin yang bersinar-sinar itu.

“Ewan? Dia dah balik ke...?” tanya Rizal seakan terperanjat.

“Hem. Baru je dua hari lepas. Dia. Lamar saya..”

“Owh...” angguk Rizal seakan faham.

Anyway. How’s Yanie? Apa cerita awak dengan dia sekarang..?”

“Okey..”

“Okey je? Bila nak bawa dia jumpa dengan saya ni? Tak sabar la nak jumpa dengan dia..”

“Nanti la k. Dia sibuk sikit sekarang ni..”

“Okey. Saya tunggu. Dia mesti cantik kan..?” kataku tersenyum.

        Rizal hanya tersenyum sambil kembali menikmati makanannya.
.............................................................................

        Malam itu,Ewan menjemputku ke rumahnya kerana mereka sekeluarga mengajak aku makan malam bersama.

“Ika. Ni mama saya yang masak tau!. T
ry rasa..” pinta Ewan sambil mencedokkan lauk udang masak pedas ke dalam pingganku yang berisi nasi putih.

“Okey..” anggukku tersenyum lalu merasa lauk itu.

“Emm. Memang sedap la. Pandai mak cik masak..” pujiku.
“Tak ada la Ika. Mak cik masak biasa-biasa je. Ewan ni ha yang asyik puji mak cik lebih-lebih..” balas Datin Leha yang juga sedang makan bersama.

“Kak Ika dengan Abang Ewan ni bila nak kahwin ya..?” soal Reza dengan tiba-tiba.Reza telah membiasakan diri memanggilku kakak walaupun umurku lebih muda dari umurnya kerana yela aku kan bakal menjadi kakak iparnya suatu hari nanti.

Kami berdua hanya tersenyum mesra.

“Reza.  Nanti la tu..” sampuk Datin Leha sambil tersenyum melihat gelagat aku dan Ewan.

“Tapi jangan lambat-lambat sudah la ya. Nanti kalau lambat orang lain yang kebas. Merana abang Reza ni..” gurau Reza.
“Hem. Betul tu Ewan. Mama setuju je. Janji kamu berdua bersama..” tambah Datin Leha lagi.

“Nanti la ma. Nanti kami umumkan bila ya..” kata Ewan sambil memandang ke arahku dan aku hanya membalasnya dengan sekuntum senyuman.

        Kami berborak-borak biasa.Aku pulang setelah habis meluangkan banyak masa bersama dengan keluarga Ewan itu.

       ‘Aku dibius cinta. Cintamu yang tak ada tandingnya.. deringan telefon bimbitku lagu Dibius Cinta nyanyian Yusry KRU dan Melly Goeslow mengejutkan aku yang baru sahaja menutup pintu keretaku setelah tiba di rumah.

“Hello…” aku menjawab panggilan tersebut.

“Hello Ika. I Zila..masih ingat I lagi..?” tanya Zila yang mengejutkanku.

“Zila?em. Mana
you dapat nombor I ni..?” tanyaku pelik.

“Ada la. Anyway. Can we meet tomorrow..?”

“Err…” aku cuba mencari alasan.

Please.. I had something want to discuss with you Ika.. and it’s very important..” katanya lagi seakan tahu aku sedang mencari alasan.

“Okey la..”
Talian dimatikan.
.............................................................................
        Aku berjumpa dengan Zila di salah sebuah restoran mewah iaitu tempat yang ditetapkanya semalam.

“Hai Ika. P
lease have a seat..” jemput Zila tersenyum ketika aku menghampiri mejanya.

Thank you..em. Ada apa you nak jumpa I ni Zila..?” soalku setelah duduk kerana rasa agak janggal juga melihatnya yang memandangku dengan maksud sesuatu.

“Em. O
rder la minum dulu..” pintanya.

“Owh. I
t’s okay. I kena masuk pejabat lepas ni..”
“Owh. Okey. Let me be honest with you Ika. You tentu tahu kan. Yang I dengan Ewan pernah bercinta dulu..?” tanya Zila yang membuatkan aku sedikit kaget apabila dia bertanyakan soalan sebegitu kepadaku.

“Ya. Dia pernah beritahu
I..” anggukku.

“Okey. S
o..I nak cakap yang I masih ada perasaan pada dia. I masih harapkan hubungan kami yang pernah terputus dulu bersambung balik. You absolutely know right what I mean..?” tanyanya lagi.

“Err. Kenapa
you break dengan Ewan dulu? Kalau you tak kisah. Can you..?” tanyaku untuk mengetahui kisah mereka kerana Ewan tidak pernah ceritakan kepadaku mengenai hubungannya dengan Zila dahulu dan aku pula tidak pernah terfikir untuk bertanya.
“Owh. Ni semua salah I..I..telah lukakan hati dia dulu.. sebab.. I couple balik dengan ex-boyfriend I yang dulu..” jawabnya perlahan.Seakan ada nada sesal.

“Apa yang dah jadi pada
you dengan ex-bf you tu sekarang..?”

I dah break dengan dia..”

So. Lepas you break dengan ex-bf you tu. You nak kembali semula pada Ewan macam tu? Zila..you fikir. Ewan tu tempat you datang bila sedih ke?and then tinggalkan dia lepas you happy. Like that..?” kataku dengan nada sedikit marah dengan perbuatan Zila itu.

I tahu Ika. I banyak sangat buat salah pada Ewan dulu. Ya I mengaku I memang playgirl dulu. Tapi I dah insaf . And now.. I really really love him and I want him back to me Ika...”
“Emm.. You dah beritahu dia ke..?” soalku tenang.

“Dah. Dari lima tahun lepas lagi. Tapi dia cakap. Dia hanya cintakan
you..”

So. You dah tahu kan Ewan dah cakap macam tu.  Kenapa you still nak cakap kat I benda ni lagi..?” tanyaku lega bila dia memberitahuku tentang kata-kata Ewan kepadanya itu.

“Tolong rapatkan
I dengan dia semula Ika. I tahu you seorang wanita yang baik. You sanggup kan bagi Ewan pada I..?” tanya Zila seakan merayu simpatiku.
“Zila!. You ni perempuan jenis apa hah?! Kenapa harga diri you sangat murah hanya semata-mata kerana seorang lelaki ni? you sedar tak? you dah jatuhkan maruah you depan I sekarang ni. You sepatutnya terima hakikat yang Ewan dah lama lupakan you. Dia dah tak cintakan you lagi.. Bukannya merayu macam ni.Zila, I tak pernah paksa Ewan sukakan I dan I juga tak pernah paksa diri I untuk sukakan dia. Ini semua LAHIR DARI HATI kami masing-masing..” nasihatku agar Zila tahu apa sebenarnya itu ERTI CINTA.

Zila terdiam kaku apabila aku berkata begitu.

“Sudah la Zila. I faham perasaan you. I tahu you cintakan Ewan. Tapi you tak boleh cakap macam ni. Kita kan orang perempuan. Kita JANGAN DIPANDANG LEMAH hanya semata-mata kerana lelaki dan I juga tak pernah terfikir nak berebut dengan you atau digelar sebagai perampas..“ tambahku lagi.

“Ika.
I minta maaf. Sekarang baru I tahu. Kenapa Ewan pilih you dari I. I sendiri pun tak sangka yang I boleh cakap macam ni pada you..” balasnya kesal sambil menundukkan kepala.

It’s okay .I faham..I forgive you. Ingat Zila. You cantik. Masih ramai lagi lelaki kat luar sana tu. Tunggu you pilih je..” kataku sambil mengusap perlahan tangannya yang berada di atas meja.

Thank you Ika. So. Let’s we be friend..?” kata Zila tersenyum lalu menghulurkan tangan untuk berjabat denganku.

“Okey. Mulai hari ni. Kita kawan!. Kita lupakan semua yang lepas-lepas k..?” aku berjabat tangan dengannya sambil tersenyum.

        Aku dan Zila kini jadi kawan.Aku ke firma setelah puas berbual dengan Zila mengenai diri dan kerjaya kami masing-masing.

2 ulasan:

  1. sedeynyer.... ish jht laa uncle bad tu... jolok mata dia ngan buluh baru tau..!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik nabilah..sabar2..bawa bertenang.. hehe (^^)

      Padam

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers