28 November 2009

~Bab 29~


     Malam hari jadiku walaupun ala kadar tapi cukup meriah.Aku menjemput kenalan rapat dan rakan-rakan sepejabatku dan tidak terkecuali Zila.Rizal pula tidak dapat hadir kerana harus menghadiri mesyuarat penting di China.

Happy birthday Ika..” ucap Hana sambil menghulurkan hadiah kepadaku.

Thank you..” balasku. kami berpelukan seketika.

“Aku doakan kau sentiasa bahagia k?
and dimurahkan dengan rezeki. Kau nampak cantik sangat hari ni..” puji Hana sambil memandang pakaianku.

“Tak ada la. Biasa je. Kau pun apa kurangnya..”

“Emm..Ewan mana..?” tanyanya sementara aku yang dari tadi lagi masih menunggu kedatangan Ewan.

“Dia tak datang lagi. Anif..?” tanyaku pula.

Hello ladies.I’am here. Happy birthday Ika..” tiba-tiba Anif muncul dengan sejambak bunga mawar merah.

“Owh. T
hank you Anif..err..korang duduk la makan dulu ek? Nanti aku datang..” pintaku setelah terpandang Zila yang datang keseorangan.

“Okey..” balas mereka bersama lalu duduk di tempat yang disediakan.

“Hai Zila..” panggilku sambil melambai tangan ke arahnya.

“Hai Ika. H
appy birthday. Thanks for invite me. This for you.. ucapnya setelah menghampiriku sambil memberikan aku hadiah.

Your welcome. Thank you for coming..em. You duduk la kat hujung sana tu. Hana dengan Anif ada juga tau..!” k

“Oh ya ke?. T
hanks..” balas Zila tersenyum lalu pergi menyapa Hana dan Anif yang sedang mengambil makanan.

“Mak cik..” sapaku selepas melihat Datin Leha dan Reza datang sambil membawa hadiah.

“Ika. Selamat hari jadi. Ni hadiah dari kami..” ucap Datin Leha.

Sorry la kak. Kami lewat sikit. Mama ni ha. Lambat sangat bersiap...” kata Reza pula tersenyum.

“Terima kasih mak cik. Reza,err..Abg Ewan mana..?” tanyaku pandang Reza.
“Oh. Tadi Abg Ewan kata dia nak drive kereta sorang. Sekejap lagi sampai la tu..” jawab Reza.

“Owh..” anggukku faham.

“Jangan la risau Ika. Ewan pasti datang..” kata Datin Leha tersenyum. Mungkin cuba mengurangkan kerisauan di hatiku.

“Em. Mari la duduk dulu ya.. mak cik..Reza.” kataku lalu membawa mereka berdua duduk di bahagian tetamu.

        Aku masih menunggu Ewan.Aku risau sekiranya perkara buruk berlaku terhadapnya.Aku cuba menelefonnya beberapa kali tapi sayang.Telefon bimbitnya ditutup.

.............................................................................
“Ika. Mana Ewan?  Tak sampai lagi ke...?” tanya mama setelah menghampiriku.
“Belum ma…” gelengku sambil memandang ke arah luar pagar.Penat menunggu.

“Dah
try call..?”

“Dah. Tapi
off...” jawabku muram.

“Ehm. Mari la. Nanti Ewan datang la tu. G
uest semua dah datang. Nanti apa pula mereka kata kalau Ika tak pergi layan mereka.. Jom..!” ajak mama.

“Okey la..” anggukku malas lalu berjalan mengikuti mama pergi melayan tetamu-tetamu yang lain. Sesekali aku mengintai-intai ke arah luar pagar mencari kelibat Ewan.Namun masih juga tidak muncul-muncul.

“Ika. Pergi la bagi sepatah dua kata kat depan tu..” pinta papa membuatkan aku mengerti lalu berdiri dan memegang mikrofon yang disediakan bersama mama di hadapan para tetamu yang sedang duduk menikmati hidangan.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada tuan,puan yang sudi datang ke majlis yang ala kadar ini. Saya rasa gembira dengan kehadiran anda semua. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi berikan saya hadiah dan ucapan sempena hari jadi saya hari ini..
especially to mama papa.. Abg Iz and Kak Su. Hana dan tunang dia Anif. Datin Leha dan anak dia Reza,Zila dan yang lain juga. Saya harap kamu semua bergembira dengan majlis pada malam ini..dan…..” aku memberikan ucapan sambil memandang mereka tetapi dengan tiba-tiba lampu terpadam dan mematikan kata-kataku itu. Aku benar-benar terperanjat dan beberapa saat kemudian muncul Ewan yang berjalan perlahan menghampiriku sambil memegang kek yang telah siap dinyalakan lilin tertulis “Selamat Hari Jadi Ika..”.

“Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Ika. Happy birthday to you..” semua tetamu pada malam itu termasuk keluargaku menyanyi serentak bersama dengan Ewan. Aku benar-benar terkejut dengan kejutannya itu.

“Selamat hari jadi Ika..” ucap Ewan setelah berhadapan denganku.

“Ika. Tunggu apa lagi. Tiup la lilin tu..” pinta mama yang membuatkan aku tersedar dari terus merenung ke mata Ewan.

“Eh! eh!. Nanti la dulu
aunty. Ika, Pasang la hajat dulu..” sampuk Hana tersenyum di sisi Anif.

        Aku tersenyum mengerti lalu menutup mata dan memasang hajat kepada Allah S.W.T. Aku tiup lilin itu selepas habis berhajat dan tiba-tiba lampu kembali dibuka seperti ada yang merancang.Selepas selesai memotong kek,tetamu-tetamu dihidangkan juga dengan makanan yang dimasak sendiri oleh mama. Ramai yang memuji masakannya.
.............................................................................
        “Ika. Sorry...” pujuk Ewan ketika aku makan kek yang ku potong tadi bersendirian.Aku sengaja makan berasingan dengannya kerana geram dengan kejutannya yang tidak ku duga itu.

“Awak tahu kan saya tunggu awak dari tadi lagi? Awak janji awak tak kan lambat. Tup tup awak datang buat
surprised macam tu pula..” ngomelku tanpa memandang wajahnya.

“Awak. Saya datang awal lagi la. Saya menyorok kat dapur. Saya saja je nak tengok macam mana awak risaukan saya..” tambah Ewan lagi tersenyum manja.

“Yela tu. Habis kenapa bila saya tanya mama dia cakap awak tak sampai lagi..?”

“Sebab kami dah berpakat nak buat
surprised kat awak..” jawab Ewan selamba.

“Owh. Awak pakat dengan mama..” kataku sambil menunding jari ke arahnya.

“Dah la. Tak manis la merajuk-merajuk ni.
Anyway saya ada hadiah nak bagi kat awak ni..” pujuknya.

“Hadiah? Hadiah apa…?” tanyaku perlahan.

“Ada la. Tapi awak kena la cakap kat saya dulu. Apa hajat awak masa tiup lilin tu tadi..?” tanya Ewan ingin tahu.

“Emm… Rahsia la. Awak mana boleh tahu..!”

“Hem. Okey la okey la tuan puteri. Patik tak kan tanya lagi ya!..hmm. Mari...” ajaknya sambil mengambil pinggan kekku lalu meletakkan ia di sebelah kerusinya. Ewan lantas menarik tanganku perlahan sambil bangun.

“Pergi mana..?” tanyaku hairan tapi tidak dijawabnya. Dia hanya tersenyum manis sekilas memandangku.

        Ewan membawa aku berdiri di hadapan semua tetamu yang sedang asyik berbual sambil enak menikmati hidangan.Tangannya pantas mencapai mikrofon.

“Maaf. Sila beri perhatian sebentar. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para hadirin sekalian. Saya Syed Ewan iaitu kekasih Nur Azrika. Pertama sekali. Saya ingin ucapkan pada dia. Selamat hari jadi dan terima kasih yang tak terhingga kerana telah pertemukan saya dengan mama dan adik saya..yang telah bertahun-tahun lamanya kami terpisah. Saya amat menghargainya dan sekarang. Saya dengan berbesar hati ingin menggumumkan yang kami berdua. Bakal berkahwin tidak lama lagi..” kata Ewan tersenyum sambil memandangku.
        Semua tetamu tersenyum sambil menepuk tangan manakala aku yang ketika itu terkejut kerana tidak menyedari tentang hal itu tetap gembira kerana akhirnya Ewan melamarku di hadapan orang ramai. Ucapan tahniah dihadiahkan kepada kami berdua. Mama dan papa juga turut terkejut. Rupanya Ewan tidak memberitahu sesiapa pun tentang hal ini termasuk Datin Leha dan Reza.

“Ika. Ewan. Semoga bahagia..” ucap Zila tersenyum sambil menghulurkan tangannya kepadaku.

“Terima kasih Zila..” balasku.

“K la.  
I balik dulu. Nanti kalau you berdua buat kenduri kahwin. Jangan lupa jemput I okey..?” katanya tersenyum.

“Insyaallah..” balasku dan melihat Zila berlalu pergi.

“Kenapa?” tanyaku apabila melihat Ewan seakan memerhatiku aneh.

“Awak dengan Zila...?” tanyanya hairan.

“Kami dah jadi kawan la..” jawabku berketawa kecil mengerti soalan Ewan itu.

“Owh. Bagus la. Tak payah la lagi awak cemburukan saya dengan dia..”

“Awak ni. Perasan!” aku mencubit lengan Ewan.


        Malam yang memenatkan tapi meriah membuatkan aku menyimpannya di dalam ingatan sebagai hadiah yang TERMANIS yang pernah aku terima dalam hidupku.
.............................................................................

     Esoknya aku melakukan kerja-kerja sebagai seorang peguam seperti biasa.Aku pulang ke rumah dan terlihat dua buah kereta mewah di halaman rumahku. Aku tertanya-tanya siapakah pemilik kereta tersebut dan terdapat berpasang-pasang kasut yang berselerak di hadapan pintu utama.Aku lantas masuk ke dalam ingin melihat siapa yang datang.

“Assalamualaikum..” ucapku setelah menutup pintu utama.

“Waalaikumusalam…” jawab serentak.
        Kelihatan beberapa orang yang sedang duduk di ruang tamu dan pelbagai jenis barang hantaran terletak di atas meja termasuk mama,papa,Datin Leha dan Reza yang sedang duduk di atas sofa tersenyum gembira memandang ke arahku.

“Tunggu sebentar ya. Ika..mari..” ajak mama setelah menghampiriku.Dia membawa aku yang sedang dalam keadaan terpinga-pinga ke tingkat atas.

“Mama. Kenapa Datin Leha dengan Reza datang rumah?Mama jemput mereka ke?” tanyaku hairan.

“Tak. Tapi mereka datang nak masuk meminang kamu..” jawab mama tersenyum ceria memandang wajahku.

        Aku terdiam.Rupanya Ewan sudah bersedia menyuntingku untuk dijadikan isterinya seperti katanya semalam.

“Macamana? Setuju tak...?” tanya mama apabila melihat aku hanya mendiamkan diri.

        Aku tersenyum dan hanya mengangguk tanda setuju. Mama turun ke bawah untuk memberitahu tentang keputusanku itu.

       
Aku dibius cinta. Cintamu yang tak ada tandingnya… telefonku berbunyi mengejutkan aku yang sedang memikirkan apalah yang dibualkan oleh mereka semua yang berada di ruang tamu itu.

“Hello..” jawabku tersenyum setelah melihat nama Ewan di skrin.

“Hello sayang. Tengah buat apa tu..? tanya Ewan dengan nada manjanya.

“Awak ni. Tak buat apa-apa la. Baru lepas balik kerja..” jawabku sambil membaringkan diri di atas katil.

“Macamana? Mama dengan adik saya ada datang rumah awak tak..?” tanya Ewan.

“Ada. Mereka ada kat bawah tu. Tengah berbual-bual dengan
family saya. Kenapa tak cakap kat saya yang family awak nak datang meminang saya hari ni..?”
“Saja. Kenapa..?”

“Tak ada la. Saya just malu la awak..”

“Malu? Tak ada apa yang nak dimalukan lagi. Semua orang dah tahu tentang kita. Lagipun adat kena dahulukan. Tak gitu Cik Ika sayang..?” balasnya tertawa kecil.

“Hem..yela tu..”

“Jom kita keluar makan malam ni..?” ajak Ewan.

“Emm. Tak nak la. Tak ada
mood la. Lagipun saya nak kena siapkan tugasan penting nanti..” balasku dengan nada malas.

“Owh. Lupa pula saya. Bakal isteri saya ni kan lawyer. Tentu busy.K la saya tak nak ganggu awak. Tapi jangan lupa makan sudah la ya. Nanti perut tu masuk angin la pula. Siapa susah? Saya juga!” pesan Ewan.

“Okey. Terima kasihlah wahai bakal suamiku..” balasku yang senang dengan sikap ambil beratnya itu.

        Tarikh perkahwinan kedua-dua belah pihak keluarga telah ditetapkan.Lebih kurang dua bulan sahaja lagi aku akan menjadi isteri Ewan yang sah. Aku telah bertunang dengan Ewan seminggu selepas peminangan dibuat.Majlis yang diadakan hanya kecil-kecilan.Cincin disarungkan Datin Leha ke jari manisku tanda terikat aku bakal menjadi menantunya kelak.

1 ulasan:

  1. jln cerita yg menarik... hu3.. suspen den membacanyer.. :)

    BalasPadam

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers