29 November 2009

~Bab 30~

  Cik Ika. Masalah besar!..” kata Bakri dengan tiba-tiba setelah berlari mendapatkanku ketika aku baru sahaja tiba ke pejabat.

“Kenapa Bakri? Apa masalahnya..?” tanyaku hairan.

“Puan Amalina. Dia accident..” jawabnya tercunggap-cunggap.

“Apa?!bila..?!” Aku terkejut.

“Saya dapat
call dari suami dia pagi tadi. Dia accident semalam..”

“Macamana keadaan dia sekarang..?” tanyaku yang mula risau.

“Dia koma. Doktor kata kemungkinan dia sedar dalam masa 24 jam lagi..”

“Aduh!. Susah la macam ni. Perbicaraan kita akan bermula minggu depan. Dia pula satu-satunya saksi yang kita ada untuk kes Datuk Tahir tu..” kataku sedikit bingung.Sambil tangan mengusap dahi.

“Pihak polis kata ni kes langgar lari. Mereka masih siasat..” tambah Bakri lagi.

“Emm. Ok. Kalau macam ni. Kita kena tunggu Puan Amalina sedar dari koma dia dulu em..”

“Baik Cik Ika..” angguk Bakri faham.

        Aku buntu.Sekiranya Puan Amalina tidak sedar nescaya Datin Saharalah yang akan disabitkan sebagai pembunuh Datuk Tahir tetapi aku tahu bukan dia yang membunuhnya tetapi dia dianiaya oleh pembunuh yang sebenar.

“Ika dah balik? Mari sini sayang. Tengok kad jemputan kahwin Ika dengan Ewan ni..” panggil mama setelah aku masuk ke dalam rumah.

        Aku bersalaman dengan mama.Aku duduk di sebelahnya lalu memegang salah satu kad jemputan kahwin contoh yang terdapat di situ.Pelbagai jenis dan corak.

So. Ika rasa yang mana cantik..?” tanya mama tapi aku tidak menjawab kerana mindaku masih memikirkan perkara tadi.

“Ika. Kenapa ni? Moyok je mama tengok. Orang kata. Orang yang nak kahwin ni tak baik tau buat muka macam ni! tak berseri nanti..”kata  mama cubit pipiku.

“Ehm(aku mengeluh perlahan). Ika ada masalah la ma dengan kes yang Ika tengah
handle sekarang ni..” jawabku perlahan sambil merebahkan kepalaku di atas bahu mama.
“Em..ala. Biasa la tu Ika. Semua kerja pun ada masalahnya. Tak lama lagi okey la tu em..”

“Hmm. Ika pun harap macam tu juga..err..yang warna ungu ni cantik ma. Ada bunga kat tepi-tepi dia..” balasku sambil menunjukkan kad yang ku pegang kepada mama.

“Hem. Cantik juga!. Sama dengan warna tema. A
nyway. Esok Ika dengan Ewan kena pergi pilih baju kat butik pengantin Aunty Suri tu tau!..” pesan mama.

“Owh. Mama tempah kat sana ke..?” tanyaku kerana segala persiapan perkahwinan aku serahkan kepada mama kerana dia lebih berpengalaman dalam soal itu.

“A’ah. Mama dah pergi tengok dah kat sana hari tu. Baju dia cantik-cantik. Ika pasti suka. Lagipun
Aunty Suri kata nak bagi diskaun kat kita..” jawab mama yang kelihatan begitu teruja.
“Okey. Nanti Ika beritahu Ewan ya. Pukul berapa ek..?” tanyaku lagi sambil bangun.

“Pukul 10 pagi. Jangan lupa tau!..” jawabnya dan aku hanya mengangguk faham.

.............................................................................

        Aku keluar awal.Ewan menjemputku ke butik pengantin
Aunty Suri yang terletak bersebelahan dengan Bank Rakyat.

So Ika. Yang mana yang Ika dengan Ewan rasa cantik.?” tanya Aunty Suri setelah hampir sepuluh minit kami melihat baju pengantin contoh yang terdapat di dalam butik itu. Memang benar kata mama,tidak puas melihatnya kerana semuanya cantik-cantik belaka.

Aunty. Kami rasa yang warna ungu muda ni cantik..” jawabku sambil menunjukkan Aunty Suri baju pengantin itu kerana warna itu dipilih sebagai warna tema untuk perkahwinan kami berdua nanti.

“Hem. Okey. Memang padan dengan kulit kamu berdua ni. Tapi sebelum tu Ika dengan Ewan kena ukur badan dulu la ya..” katanya lagi sambil menarik keluar baju pengantin yang ditunjukkan olehku itu.

“Okey
aunty..” anggukku tersenyum lalu memandang Ewan yang tersenyum ceria memandangku.

“Mila. Tolong ukur badan mereka berdua ni..” arah
Aunty Suri kepada pekerjanya yang sedang asyik menjahit manik pada pakaian pengantin yang ditempah.

“Baik puan. Mari Cik Ika. Encik Ewan..” ajak Mila setelah datang mendekati kami berdua.
Aku dan Ewan diambil ukuran badan terlebih dahulu. Mama memberitahuku baju pengantin harus ditempah awal agar nanti tidak berlaku sebarang perkara yang mungkin terjadi kerana hari persandingan kami berdua itu nanti akan dilangsungkan pada bulan Disember yang juga merupakan musim cuti sekolah iaitu bulan yang amat sesuai dilangsungkan dengan majlis perkahwinan.

.............................................................................
“Awak. Tak sabar rasanya nak kahwin dengan awak la..” gurau Ewan ketika kami berdua keluar dari butik itu.

        Ewan memang seorang lelaki yang suka berjenaka dan itulah salah satunya ciri-ciri yang aku inginkan daripada seorang lelaki yang bakal bergelar suamiku kelak.

“Yela tu. Em awak. Lepas ni kita pergi makan kat tempat biasa ya? yang ada chicken rice tu. Sedap la ayam dia..” kataku kerana restoran itu merupakan restoran kegemaran kami berdua.

“Okey sayang…” balasnya tersenyum.

        Semasa aku dan Ewan melintasi jalan untuk ke tempat letak kereta yang berada pada jarak beberapa meter sahaja dari tempat kami tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Wira berwarna biru gelap memancu laju ke arah kami berdua
 “Ika..!!!” jerit Ewan sambil menolak aku ke hadapan membuatkan aku terjatuh hampir menyembah bumi. Aku segera memaling ke belakang melihat Ewan dilanggar kereta itu di depan mataku sendiri. Kereta itu berlalu pergi begitu saja dengan lajunya.Aku sempat melihat nombor plat kereta itu sebelum berlari mendapatkan Ewan yang sedang mengerang kesakitan di atas jalan.

“Ewan !Ewan!. Bangun Ewan..!Ewan..!” aku segera memangku kepalanya ke atas ribaku dan memanggil-manggil namanya berkali-kali.Orang ramai yang lalu- lalang di situ segera menghampiri dan mengelilingi kami berdua.Ewan tidak sedarkan diri.Hembusan nafasnya semakin pantas dilepas. Darah banyak mengalir dari dahi dan seluruh badannya.
“Tolong..!!!” jeritku pada orang ramai yang hanya memerhati kesian.Muncul seorang lelaki cuba menghulurkan bantuan dengan membawa Ewan ke hospital dengan keretanya.Aku turut menaiki kereta itu duduk di samping Ewan sehinggalah dia dimasukkan ke dalam wad kecemasan.Walaupun keseluruhan bajuku kotor dibasahi dengan kesan darah lelaki yang aku cintai itu,aku tidak menghiraukannya.Di dalam benak fikiranku kini sentiasa memikirkan keadaannya dan berdoa agar dia dapat diselamatkan.Secepat mungkin.

.............................................................................

        Aku duduk menanti di luar wad setelah diberi sedikit rawatan di bahagian lutut dan lengan akibat tercedera sedikit tadi dan memaklumkan perkara itu kepada Datin Leha,Reza, papa dan mama melalui telefon bimbitku.

“Ika. Macamana Ewan..?” tanya Datin Leha yang muncul di depanku bersama Reza.Dia duduk disebelahku sambil menangis kesedihan.Aku lantas bersalaman dengannya.
        Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu bagaimana keadaan anaknya itu kerana sudah hampir lima belas minit aku menunggu tetapi doktor yang merawat Ewan masih tidak keluar.Air mataku juga tidak henti-henti mengalir dengan perlahan dan perlahan.

“Ika…” panggil mama dari jauh yang datang dengan papa.

“Mama…” aku lantas bangun berlari memeluk mama dan menangis teresak-esak setelah aku cuba menahannya dari tadi lagi.

“Ika. Sabar ya. Sabar sayang..” kata mama yang cuba menenangkanku.
.............................................................................

        Selepas hampir dua jam lebih kami semua menunggu dengan penuh harapan.Doktor keluar dari bilik rawatan
Intensive Care Unit (ICU) yang mana Ewan dimasukkan tadi bersama dengan beberapa orang jururawat wanita.

“Doktor. Macamana keadaan abang saya?” tanya Reza segera setelah menghampirinya.Begitu juga denganku dan yang lain memerhati tajam.

“Encik Ewan mengalami kecederaan yang agak teruk di kepala. Tulang tangan dan kaki kirinya hampir retak. Dia masih belum sedarkan diri lagi. Dia koma..” jawab doktor itu setelah membuka penutup mulutnya.

“Apa?!Tidak!...” gelengku terkejut lantas memeluk mama sekali lagi yang berada di sebelahku. Aku menangis pilu apabila menerima berita sebegitu rupa.

“Mengucap Ika. Mengucap..” pinta mama mencuba mententeramkanku lagi.

“Kita berserah la pada Allah kerana dia lebih mengetahui keadaan Encik Ewan selepas ini. Diharapkan kamu semua sentiasa la berdoa agar dia selamat sedar dari komanya ya..” tambah doktor itu lagi.

“Boleh kami melawatnya sekarang doktor..?” tanya Reza lagi.

“Boleh. Silakan. Tapi jangan la terlalu ramai ya.. emm. Baik la. Masih ada pesakit yang perlu saya rawat sekarangf. Saya pergi dulu..” jawab doktor itu.

“Terima kasih doktor..” ucap Reza faham.

        Doktor itu mengangguk dan berlalu pergi.Aku dan yang lain segera masuk ke dalam bilik di mana Ewan dirawat itu.Kelihatan Ewan terlantar di atas katil tidak sedarkan diri. Kepala,tangan dan kaki kirinya dibaluti dengan kain putih.Aku tidak henti-henti menangis di samping Datin Leha manakala Reza,mama dan papa hanya memerhatinya sedih.
.............................................................................

        “Ika. Betul Ika nak temankan Ewan malam ni..?” tanya Datin Leha sekali lagi setelah semua rakan sepejabat Ewan yang melawatnya sudah pulang termasuk mama dan papa.

        Aku hanya mengangguk.Aku telah memberitahu mama dan yang lain,aku akan menemani Ewan pada malam itu.

“Emm. Akak. Ni Reza ada beli makanan sikit kat kantin bawah tadi. Nanti kalau akak lapar akak makan la ya..” pesan Reza sambil meletakkan bungkusan yang dipegangnya di atas meja di tepi katilnya Ewan.

“Kami pergi dulu ya Ika..” kata Datin Leha sambil memegang bahuku.

“Terima kasih mak cik. Reza..” anggukku dan membiarkan mereka berlalu pergi.
        Aku makan makanan yang dibeli Reza itu walaupun pada mulanya tiada selera kerana memikirkan keadaan Ewan itu tetapi aku tidak mahu membazir.Selepas sahaja selesai makan, aku duduk di samping Ewan dan memerhati wajahnya dalam keadaan sedih dan sebak.

“Ewan. Awak tahu tak?. Saya gembira sangat bila awak lamar saya hari tu. Saya rasa saya la wanita yang paling bahagia saat tu. Lagi dua bulan kita nak kahwin. Baju kita pun dah tempah tadi kan?. Mama pun dah nak siapkan kad jemputan kahwin kita. Awak. Buka la mata. Nanti kita boleh tengok sama-sama. Lepas tu kita boleh tolong mama edar kad. Beli barang-barang kahwin.  Ewan,awak pernah tanya saya kan?. Apa hajat saya masa tiup lilin hari tu. Hajat saya masa tu. Saya harap sangat. Cinta kita ni akan kekal hingga ke akhir hayat kita berdua. Ewan. Saya tak sanggup kehilangan awak lagi. Cukup la. Cukup la lima tahun saya menunggu awak Ewan. Saya cintakan awak. Saya betul-betul cintakan awak…” kataku ikhlas sambil mengenggam erat tangannya dengan iringan air mata. Aku tidak sedar entah bila aku tertidur di sampingnya.

.............................................................................
        Aku dikejutkan oleh jururawat yang merawat Ewan.Aku lantas pulang ke rumah dan bersiap sedia untuk ke tempat kerja. Aku masuk agak lewat ke pejabat pada hari itu kerana perlu pergi ke balai polis pula untuk membuat laporan dan memberikan maklumat kepada pihak polis tentang nombor plat kereta yang melanggar Ewan itu agar memudahkan pihak polis menjejaki mereka nanti.Aku juga telah memaklumkan kepada majikanku tentang kejadian itu.

.............................................................................
“Cik Ika. Saya dengar Tuan Halim kata. Cik Ika hampir dilanggar kereta kelmarin. Betul ke..?” tanya Bakri sebelum aku masuk ke dalam bilik pejabatku.

“Hem. Tapi. Tunang saya yang kena langgar..” anggukku yang masih tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih dan hiba.

“Owh. Macamana keadaan dia sekarang..?” tanyanya lagi.

“Dia masih koma. A
nyway. Macamana pula dengan Puan Amalina? Dia dah sedar..?”

“Dia dah sedarkan diri Cik Ika. Baru je pagi tadi..” angguknya tersenyum.

“Alhamdulilah. Apa kata polis..?” tanyaku sedikit lega.
“Polis masih mengambil keterangan dia. Tapi dari apa yang saya tahu. Ni memang kes langgar lari and kemungkinan besar. Dirancang..”

“Dirancang? Maksud awak. Ada orang yang merancang semua ni..?” tekaku.

“Ya Cik Ika. Tapi pihak polis masih menyiasat dalang sebenar bagi kes ni. Buat sementara tu juga. Puan Amalina akan berada di bawah pemerhatian mereka kerana takut sekiranya perkara seperti ini berulang lagi..”

“Hmm. O
ne more thing. Awak dah siasat pembantu rumah Cik Mastura tu?”

“Dah Cik Ika. Rupanya dia tahu banyak tentang Cik Mastura dari apa yang kita sangka
and saya rasa dia boleh jadi saksi kita untuk kes ni. So lusa ni saya dah suruh dia datang ke sini untuk beri lebih maklumat lagi mengenai Cik Mastura pada kita..” jelas Bakri.

“Hem. Okey. Bagus la kalau macam tu. Kita dah boleh siap sedia untuk pembentangan minggu depan. Awak siapkan
proposal dengan bahan bukti and don’t forget to inform Puan Amalina k..?” pesanku.

“Baik Cik Ika..” angguknya faham.


        Aku melakukan kerjaku tapi entah mengapa fikiranku hanya melayang ke hospital tempat Ewan dirawat.Aku berharap Ewan cepat sedar dari komanya itu.Setiap malam aku akan menunaikan solat sunat hajat, berhajat dan berdoa agar Ewan selamat sedar dan sembuh dari kesakitan yang dialaminya itu.Setiap petang juga selepas pulang dari tempat kerja,aku akan singgah sebentar di hospital melawat Ewan.Aku juga akan bermalam di sana sekiranya aku cuti.

1 ulasan:

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers