15 November 2009

~Bab 8~



         " Awak. Awak nak dengar soalan IQ tak..?" tanyaku ketika kami berdua duduk di sebuah kafe yang hanya minum untuk menghilangkan rasa dahaga.

"Em. Boleh juga. Apa dia..?" jawab Ewan yang mula menunjukkan rasa minat.

"K.. Macamana nak masukkan seekor gajah ke dalam sebuah peti sejuk..?" tanyaku.

"Emm.. Gajah? emm..macammana ya? Kita potong gajah tu kecil-kecil and then kita masukkanlah ke dalam peti sejuk tu. Betul tak awak..?" tanya Ewan sambil memikirkan jawapannya.

"Salah.." gelengku tersenyum manja melihat gelagatnya itu.
"Salah?lor. Habis apa jawapan dia ya? Boleh ke kita masukkan gajah ke dalam peti sejuk..?" tanya Ewan setelah gagal berfikir.

"Em. Jawapan dia. Kita buka la peti sejuk tu. Masukkanlah gajah tu
and tutup!" jawabku bersahaja.

"La. Yang tu je..?" tanyanya.

"Ada lagi la..em. Macamana pula dengan zirafah..?"

"Ha saya tahu! Sama la dengan gajah tadi kan? Buka peti sejuk,masukkan zirafah
and tutup. Betul kan..?" teka Ewan dengan nada gembira.

"Okey betul betul..em..k!Pada satu hari raja singa adakan majlis hari jadi dia
and dia jemput semua binatang datang ke majlis tu. Tapi ada binatang yang tak datang. Rasa-rasa awak la kan. Kenapa..?"

"Sebab. Binatang tu takut nanti singa tu makan mereka kot..?" Ewan cuba menjawab sambil jarinya mengusap-gusap dagu.

"Salah. Kan tadi awak dah masukkan gajah dengan zirafah ke dalam peti sejuk. S
o macamana binatang tu nak pergi..?"

"Owh. N
ow I get'it. So saya la puncanya binatang tu tak dapat pergi majlis tu..?" kata Ewan setelah faham dengan jawapan yang aku berikan itu.

"
Exactly!.." balasku ringkas.

Aku dan Ewan tertawa kecil.
“Awak ni memang genius la..” kata Ewan tersenyum.
“Terima kasih terima kasih..emm. Awak. Boleh saya tanya satu soalan tak..?" tanyaku sambil merenung mata Ewan yang kelihatan anak matanya berwarna coklat itu.

"Boleh. Tanya la. Awak nak tanya berapa pun saya tak kisah.." jawab Ewan yang juga turut membalas renunganku itu.

"Satu je..err. Kenapa awak suka saya?yela. Kat luar sana tu kan banyak lagi perempuan yang cantik-cantik. Awak pula
handsome at the same time smart,intelligent.. tapi..kenapa saya yang awak pilih ek..?" tanyaku teragak-agak.

"Awak nak tahu kenapa..?" tanya Ewan pula.

Aku hanya mengangguk tanda mahu.

"Betul ni? Tak menyesal..?" guraunya.

"Ee..Awak ni. Betul la. Main-main pula.." balasku dengan nada geram.

"K. Sebab. Awak tak cantik.."

"Ahh..?" balasku pelik.

"Saya gurau je la.." balasnya tertawa kecil.

"Ehm. Awak ni..?" aku memasamkan muka.

"Sorry sorry. Okey. Serius serius. Saya suka awak sebab awak la wanita pertama yang berjaya mengetuk pintu hati saya setelah bertahun-tahun saya melupakan cinta. Ika, saya nak awak tahu. Saya tak pernah pandang kecantikkan seseorang tu berdasarkan rupa dia tapi dari hati dia. Awak seorang yang cheerful,happy good lucky.. yang buat saya happy selalu..  Awak buat saya selalu tersenyum. Saya bahagia bila bersama dengan awak. Awak tak macam perempuan lain. Yang ingin bersama saya hanya semata-mata kerana harta saya. Awak berbeza dari perempuan yang saya pernah kenal sebelum ni. Sejak pertama kali saya jumpa awak. Saya dapat rasakan sesuatu yang aneh dan baru saya tahu. Itulah cinta pandang pertama yang saya cari selama ni.." jelas Ewan serius yang membuat aku benar-benar tersentuh dengan kata-katanya itu.
"Terima kasih awak. Terima kasih kerana sudi jawab soalan saya tu.." ucapku ikhlas setelah tahu kenapa Ewan memilihku tidak wanita lain.

"Kasih diterima. Saya pun nak ucapkan terima kasih pada awak kerana sudi mencintai saya dan menerima saya seadanya. Saya janji saya akan mencintai awak dengan sepenuh hati saya..
I promise k..!" ikrar Ewan.

Aku hanya tersenyum manis.

"Em..
anyway. Saya ada cerita pasal awak kat pak ngah saya tau! and kalau ada masa nanti. Dia nak saya bawa awak jumpa dengan dia.." tambah Ewan lagi.
"Really..?" tanyaku inginkan kepastian.
"Yes.." angguknya tersenyum.
"Emm. Pak ngah awak yang nama Badrul tu ke..?" soalku kerana Ewan pernah bercerita kepadaku yang kini dia tinggal bersama pak ngahnya yang bernama Badrul atau dipanggil Uncle Bad sejak kematian ibu dan adiknya lagi.

"Yup. S
o macamana? Boleh..?" tanya Ewan.

"Awak ni. Kita kan baru je kenal. Saya nak kenal awak dulu. Baru saya boleh kenal dengan pak ngah awak tu. Boleh tu memang la boleh. Tapi bukan sekarang k..?" jawabku.

"Okey. Saya tak kisah. Asalkan awak setuju nak jumpa pak ngah saya. Tu je.." aku hanya tersenyum senang dengan sikap memahaminya itu.
.............................................................................
              Selepas sahaja habis kami berbual,Ewan menghantar aku pulang.Kebetulan ketika itu mama sedang menyiram pokok bunganya seperti biasa.

"Esok kita jumpa kat kampus k!emm. Kirim salam saya kat mama awak tu ya.." kata Ewan sambil menunding jarinya ke arah mama yang sedang tersenyum manis memerhatikan kami berdua sejurus selepas aku keluar dari perut keretanya.

"Okey. B
ye.." anggukku faham.

"Siapa lelaki tu? Teman lelaki Ika ya..?" teka mama tersenyum ketika aku mahu menutup pintu pagar.

"Ewan nama dia ma. Dia kirim salam.." jawabku setelah memandang wajah mama.

"Waalaikumusalam..owh Ewan. Jadi tu la lelaki yang selalu keluar makan dengan anak dara mama ni ya? Kenapa tak ajak dia masuk tadi? Boleh mama buatkan air.." tanya mama lagi membuatkan aku tersenyum.

"Dia. Ada kerja la mama..err..ma. Ika masuk dalam dulu ek!" kataku selepas bersalaman dengannya.

.............................................................................
      Malam itu aku menyiapkan tugasan yang perlu dibentangkan esok di ruang tamu sambil menonton televisyen.

"Abang. Petang tadi ada seorang lelaki hantar Ika balik tau! Ewan nama dia. Tengok macam baik je budak tu.." kata mama ketika papa sedang sibuk menaip sesuatu di komputer riba untuk menyiapkan tugasan kerjanya.

"Ewan? Siapa tu Ika? Tak pernah cerita kat papa pun.  
Boyfriend Ika ke..?" tanya papa membuatkan aku tersenyum sendiri kerana rahsiaku sudah terbongkar.
"Hmm. A’ah pa. Dia masih belajar sama kampus dengan Ika. Tapi dia senior.." jawabku perlahan.

"Owh..macamana boleh kenal..?"

"Err..Ika sebenarnya tak tahu macamana nak cerita kat papa. Tapi dia baik orangnya pa. Dia selalu tolong Ika dalam study.." jawabku sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal itu.
  
"Em. Bagus la kalau macam tu tapi jangan sampai lupakan pelajaran sudah la ya.." pesan papa.

"Ika tak lupa la pa.." balasku tersenyum faham.
"Ewan? Handsome tak mama budak tu..?" tanya Abg Izat yang sedang berbalas mesej dengan Kak Suraya di atas sofa.

"Emm. H
andsome la juga.." angguk mama tersenyum.

"Ya ke? Tapi Iz tahu. Iz lagi
handsome kan mama kan..?"

"Abang Iz ni..!" mereka hanya tersenyum dengan mimikan mukaku.

"Nanti. Ika ajak la dia datang rumah ya? Boleh la kami kenal-kenal dengan dia. Macamana bang..?" tanya mama sambil mengalihkan pandangannya kepada papa. Mama kelihatan mula merestui hubunganku itu.

"Ha.  Betul tu Ika. Boleh juga papa kenal dengan orang yang berjaya buat anak papa ni jatuh hati.." gurau papa pula.

"Insyaallah ma..pa.." anggukku tersenyum.

"Oh ya. Apa cerita Suri? Awak dah pergi melawat dia ke pagi tadi..?" tanya papa kalih pandang mama pula.

"Asytafirullahalazim. Saya lupa la nak beritahu abang. Saya dah pergi dah melawat dia pagi tadi dengan Ika. Dia sihat je. Dia kirim salam kat abang dengan Iz. Sekarang makin cantik lagi saya tengok dia. Sampai tak kenal saya dibuatnya bang.." jawab mama dengan nada gembira.

"Waalaikumusalam.." jawab papa dengan Abang Izat serentak.

"Em. Abang ingat tak Rizal..?" tanya mama.

"Rizal?ha anak tunggal Suri tu. Yang dulu selalu sangat kena marah dengan Suri sebab suka melawan tu. Macamana boleh tak ingat.." jawab papa sambil ketawa kecil.
"A'ah bang. Sekarang dia dah dengar cakap. Tak macam dulu. Dia sekarang sama tinggi dengan Iz ni ha. Kacak jugak saya tengok budak tu bang.." tambah mama lagi yang turut tertawa kecil sambil memandang Abang Izat.

"Ya ke ma..?" tanya Abang Izat memandang mama.

"A'ah Iz. Nanti kalau dia datang sini. Iz jumpa la dengan dia ya.."

"Okey.." balasnya tersenyum faham.

        Aku hanya mendengar mereka berbual sambil meneruskan kerjaku yang masih banyak lagi itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers