25 November 2009

~Bab 21~

   "Assalamualaikum mama.." ucapku ketika melihat mama sedang duduk kaku di atas sofa lalu kami segera menghampirinya.

"Waalaikumusalam. Ika.." balas mama lalu bangun.

"Aunty.." kata Hana bersalaman dengan mama selepasku.

"Mama. Apa yang dah berlaku ni..?" soalku segera sambil memerhati keadaan di sekelilingku.

"Mama tak tahu Ika. Tadi mama pergi butik
Aunty Suri. Lepas mama balik je. Mama tengok semua barang berselerak macam ni.." jelas mama yang kelihatan masih dalam keadaan terkejut. Mungkin kerana ini pertama kalinya rumah kami dimasuki pencuri setelah bertahun-tahun kami menetap di sini.

"Mama dah beritahu papa dengan Abg Iz..?" tanyaku.

"Dah. Sekarang papa dengan Abg Iz pergi buat
report polis. Ika..Ika try tengok kat bilik. Mana tahu ada barang Ika yang hilang ke.." pinta mama.

"Hem. Okey. Ika naik bilik kejap k. Jom Hana!.." anggukku faham.Aku segera pergi masuk ke dalam bilik tidurku bersama dengan Hana di tingkat atas.
       
        Bilik tidurku juga berselerak seperti digeledah oleh seseorang yang sedang dalam kerasukan makhluk halus. Aku segera mencari kalau ada barangku yang hilang. Ternyata tiada yang hilang. Aku menjadi bertambah pelik kerana barang kemas yang mama hadiahkan sempena hari jadiku tahun lepas masih ada dalam laci simpananku cuma kelihatan berselerak sedikit seperti disentuh oleh seseorang walaupun ia tiada kunci khas.
"Ika. Macamana? Ada benda kau yang hilang tak..?" tanya Hana yang duduk di atas katil hanya memerhatikanku.

"Tak ada.." gelengku.

"Ika..!Ika..!" panggil mama dari tingkat bawah.

"Ika. Tu mama kau panggil.." kata Hana membuatkan aku bergegas turun ke tingkat bawah.

"Ya mama.." kataku setelah turun bersama dengan Hana.

"Ika. Papa dengan Abg Iz dah balik.." kata mama.

        Aku melihat papa dan Abang Izat bersama dengan tiga orang pegawai polis masuk ke dalam rumahku dan lantas melakukan siasatan.
Sehingga lima belas minit berlalu..

"Ika. Aku balik dulu la dah lewat ni. Nanti mama aku risau pula . Nanti kalau ada apa-apa jangan lupa call aku ya.." pesan Hana dan aku hanya mengangguk faham.
       
        Selepas hampir setengah jam pihak polis meneliti dan menanyakan kami sekiranya ada benda-benda yang hilang.Kami cuma menjawab dan hanya duduk memerhatikan tingkah laku mereka.
.............................................................................

"Emm. Encik Iskandar. Kami dah siasat dan kami dapati tak ada apa-apa barang yang hilang seperti kata isteri dan anak encik berdua ni.. err..Encik Iskandar ada musuh..?" soal salah seorang pegawai polis itu kepada papa setelah duduk di atas sofa manakala yang lain masih menyiasat.

"Musuh? Saya tak ada musuh tuan.." geleng papa.

"Em. Saya rasa. Mungkin orang yang geledah rumah encik ni. Ingin cari sesuatu.." tambahnya lagi.

"Sesuatu? Maksud tuan..?" tanya papa hairan yang membuatkan aku semakin mengfokus pada perbualan mereka berdua itu begitu juga dengan mama dan Abang Izat.

"Macam ni Encik Iskandar. Ini cuma andaian saya entah la betul ke tak. Mungkin sesuatu yang bagi orang ni sangat berharga daripada barang kemas. Sebab barang kemas isteri dan anak perempuan encik tak ada yang hilang kan?.." katanya lagi membuatkan papa mengangguk setuju dengan andaiannya itu.
        Aku memikir sejenak.Benar juga andaian pegawai polis itu.Aku memikirkan apalah benda yang berharga itu. Persoalanku masih tidak terjawab.Kami sekeluarga mengemas kembali barang-barang yang berselerak setelah siasatan yang dijalankan selesai.
.............................................................................
“Emm.. Apa ya benda yang berharga sangat tu..?” tanya Hana sambil berfikir segala kemungkinan selepas aku memberitahu Hana tentang andaian pegawai polis itu semasa kami rehat bersama di kafeteria.
“Entah la Hana. Aku pun dah naik buntu sekarang ni. Siapa la punya angkara ni..?” balasku yang masih tidak menemui jawapan untuk soalan itu lagi.
“Hmm. Maybe.Uncle Bad..?” teka Hana sambil merenungku.
Uncle Bad? Tak mungkin la. Buat apa dia nak geledah rumah aku tu? Bukannya ada apa-apa pun..” balasku bersahaja.
“Ika. Pendrive tu..” tambah Hana membuatkan aku memikir sejenak.
Pendrive? Hana. Pendrive tu..” balasku yang terkejut apabila terdengar perkataan itu disebut.
“Mana kau letak pendrive tu..?” soal Hana serius.
“Aku letak dalam.. Loker!!” kataku lantas bangun dan berlari ke bahagian loker.
“Ika. Tunggu..!” jerit Hana sambil mengejarku.
     Aku segera membuka lokerku dan melihat pendrive itu masih ada di situ tanpa ada yang menyentuh.Aku mengambilnya.
“Hana. Pendrive ni...” kataku sambil menunjukkan benda itu pada Hana yang kelihatan tercunggap-cunggap memandangku.
“Fuh! Ada pun. Ingatkan dah hilang tadi. Kau ni buat aku suspend je tau!” balas Hana lega sambil mengurut-urut dadanya perlahan.
“Kalau Uncle Badlah yang cari pendrive ni. Maksudnya..”
“Maksudnya apa..?” tanya Hana hairan.
“Mak Leha dengan Reza..”jawabku sambil memandangnya.
“Apa?” tanya Hana yang masih tidak mengerti maksudku itu.
“Hana. Aku rasa. Uncle Bad dah upah orang untuk cari pendrive ni la and dia dah tahu apa yang ada dalam pendrive ni. Maknanya juga. Mak Leha dengan Reza dalam bahaya..!” terangku agar Hana faham dengan maksudku itu.
“Ika. Kalau macam ni. Kau kena report polis..” cadang Hana semakin serius.
“Hana. Aku dah tak ada masa lagi sekarang ni. Aku kena pergi rumah mereka sekarang ni juga sebelum terlambat..” balasku.
“Tapi Ika..” Hana cuba melarang.
“Kau simpan la pendrive ni dulu. Aku terpaksa pergi sekarang k. bye!” pesanku selepas menghulurkan pendrive itu kepada Hana lalu pergi meninggalkannya walaupun aku cuba dihalangnya lagi.
.............................................................................
    Aku tiba di rumah Mak Leha dan Reza setelah mendapati warung mereka berdua tutup.

"Assalamualaikum. Assalamualaikum.." panggilan salamku tidak dijawab.Aku terlihat pintu rumah utama dikunci dengan anak mangga.Aku terpandang seorang wanita dalam lingkungan 40-an yang sedang asyik menyidai baju yang basah di balik jemuran. Aku segera menghampirinya untuk bertanya.

"Mak cik. Boleh saya tanya. Mak Leha yang tinggal kat sini pergi mana? Sebab tadi saya dah pergi warung dia tapi tutup." tanyaku setelah dia menjawab salamku.
"Mak Leha? Tadi pagi. Mak cik ada nampak ada sebuah kereta datang ambil mereka.." jawab mak cik itu selepas bersalaman denganku.
"Mereka? Maksud mak cik. Dia pergi dengan Reza..?"

"Ya. Mak cik sempat tanya dia. Dia kata mereka tu semua nak bawa dia tengok anak dia yang dah lama hilang tu.."

        Aku menjadi semakin risau..
Adakah Uncle Bad telah menculik mereka berdua..? Aku berteka-teki di dalam hati.

"Owh. Tak apa la mak cik. Terima kasih ya.." kataku lalu bersalaman sekali lagi dengannya.
.............................................................................
     Aku segera berlalu naik ke dalam perut kereta dan memikirkan apa yang harus aku lakukan sekarang.

'Cinta ini kadang kadang tak ada logika..berisi sebuah..." deringan telefon bimbitku mematikan fikiranku.

"Hello..." aku menjawab.

"Cik Azrika Iskandar.  Awak cari Mak Leha dengan Reza kan..?" tanya seorang lelaki yang kedengaran suara bengisnya.

"Siapa ni? Mereka ada kat mana?apa yang awak dah buat pada mereka hah..?!!" tanyaku segera seakan menjerit.
"Mereka ada dengan saya. Cik Ika jangan risau. Mereka masih dalam keadaan yang selamat. Tapi kalau Cik Ika nak mereka lebih selamat. Jangan laporkan pada polis. ingat!kalau Cik Ika ingkar. Cik Ika tahu kan apa akibatnya.." tegas lelaki itu memberi amaran kepadaku.

"Baik. Saya tahu.." balasku menuruti kemahuannya itu.
"Saya tahu awak ada di mana sekarang ni Cik Ika dan saya nak awak pandu kereta awak tu ke Jalan Bukit Lima di hujung kampung ni. Ingat!. Jangan sesekali cuba nak matikan talian. Kalau tak. Nahas saya kerjakan mereka berdua ni..!" arah lelaki itu dengan suara kasar.
     Aku lantas memandu ke arah yang dikatakannya tanpa banyak soal lagi kerana aku tahu aku sedang diperhatikan oleh mereka sehinggalah aku tiba di suatu tempat yang agak sunyi. Kelihatan sebuah rumah kampung lama yang mungkin ditinggalkan penghuninya. Tempat yang sunyi daripada bandar itu membuatkan aku tahu kenapa mereka memilih tempat sebegini untuk dijadikan markas penculikan.
.............................................................................
"Saya dah sampai.." kataku tenang lalu keluar dari perut kereta.Aku memerhati keadaan sekeliling tapi tiada kedengaran suara lelaki itu lagi di dalam talian.

"Hello! Hello!.." jeritku beberapa kali.Tiba-tiba seseorang cuba menutup mulutku dengan sehelai kain dari arah belakang setelah merampas telefon bimbit yang dipegang di tangan kananku. Orang itu memegangku erat sehingga aku meronta-ronta minta dilepaskan namun aku menjadi semakin tidak terdaya lagi untuk melawan kerana mula merasa pening dan terasa seperti dipikul oleh seseorang.Aku tidak sedarkan diri.Aku lihat di sekelilingku menjadi semakin gelap-gelita. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers