25 November 2009

~Bab 22~

        Aku cuba buka mata.Kelihatan tempat yang agak berselerak dengan daun-daun kering dan ditutupi oleh sebahagian sarang labah-labah di dinding papan sekelilingku.

"
Well well well. Cik Azrika Iskandar. Dah sedar yA..?" tiba-tiba muncul satu suara dari arah hadapanku membuatkan aku mengangkat mukaku perlahan-lahan.Aku terlihat Uncle Bad berdiri bersama-sama dengan dua tiga orang lelaki seperti orang suruhannya yang sedang memandangku tajam.
"Uncle. Uncle Bad? Kat mana Ika ni? Mana mama dengan adik Ewan..?" tanyaku setelah sedar aku didudukkan di atas sebuah kerusi.Aku cuba meronta-ronta tapi tangan dan kakiku telah diikat ketat pada kerusi tersebut.
"Mama dengan adik Ewan?emm. You mean. Mak Leha dengan Reza..?" tanyanya semula dengan ketawa kecil seakan menyindir.

"
Uncle. Mana mereka uncle?. Mana mereka..?" tanyaku lagi.

"Okey. W
ait the minutes ya .Bob. Kau bawa mereka berdua tu keluar.." perintah Uncle Bad terhadap konco yang berada di sebelah kanannya.
"Baik bos!" angguk Bob dengan patuh lalu masuk ke dalam sebuah bilik yang berhampiran dengan tempatku.Selepas itu,Bob membawa keluar Mak Leha dan Reza yang juga diikat ketat tangan mereka.

"Ika..!" panggil Mak Leha dan Reza serentak.

"Mak cik..Reza..!" balasku mengalirkan air mata gembira kerana mereka masih dalam keadaan yang selamat dan tidak diapa-apakan oleh
Uncle Bad.

Suasana riuh seketika.

"Ehmm. S
o sad. Uncle pernah cakap pada Ika dulu kan?. Jangan dekat dengan Ewan lagi. Tapi Ika degil and sekarang. Ika cuba nak main-main dengan uncle pula ya.." kata Uncle Bad yang kelihatan bengis.

"
Uncle. Lepaskan mereka uncle. Mereka tak tahu apa-apa uncle. Lepaskan mereka. Kenapa uncle buat semua ni..?" aku merayu.

"Kau nak tahu sebab apa aku buat semua ni hah?sebab harta!. Aku buat semua ni sebab harta!. Tak lama lagi aku akan dapat harta kekayaan Sulaiman yang aku tunggu-tunggu selama ni.." jawab
Uncle Bad tertawa besar seperti telah menjuarai suatu pertandingan yang mempertaruhkan duit sebagai hadiahnya.

"Tu bukan kekayaan
uncle!. Ewan yang berhak ke atas harta tu semua!.."

"
Yes your right! Ewan akan dapat harta tu semua bila umur dia 23 tahun. I have a plan. Uncle akan pujuk dia supaya pindahkan semua harta tu ke tangan uncle and then. Uncle akan bunuh dia perlahan-lahan sama macamana uncle bunuh papa dia dulu.." balas Uncle Bad yang masih tidak henti-henti ketawa.

"Apa?!. U
ncle. Uncle bunuh papa Ewan..?" tanyaku tersentap.
"Tergamak kau Bad!. Aku ingatkan kau adik yang baik. Tapi kau sebenarnya lebih teruk dari binatang..! Sanggup kau bunuh Bakar?  Abang kau sendiri. Kau tipu aku!" teriak Mak Leha yang cuba menghampiri Uncle Bad seakan ingin mencakar mukanya tapi pantas dihalang orang suruhannya itu.

"Leha Leha. Kau tu yang bodoh. Kau percaya aku bulat-bulat.  Aku tipu kau pun kau tak sedar. Abang konon. Apa yang aku nak semua dia yang dapat dulu. Aku sakit hati bila tengok kau dengan Bakar bahagia tapi aku?! anak dengan bini aku dah tinggalkan aku dan sekarang tiba masanya aku dapat balik apa yang menjadi hak aku selama ni..!" kata
Uncle Bad lagi dengan kasar sambil memandang Mak Leha tajam.
"Uncle. Sampai hati uncle lakukan ni semua. Ewan dah anggap uncle macam papa dia sendiri tau tak..?" kataku lagi sambil menangis menagih simpati darinya tetapi hampa.
"Aku peduli apa ah?! Bertahun-tahun aku tunggu masa ni. Kau ingat senang ke hah nak aku lupakan apa yang dah aku rancang ni..?" balasnya seakan marah.

"Bad. Cukup la Bad. Cukup la apa yang kau dah buat selama ni Bad. Serah la diri kau pada polis Bad. Sebelum semuanya terlambat Bad.." pinta Mak Leha seakan merayu.
"Kau nak aku serahkan diri pada polis?. Jangan harap la Leha. Jangan harap. Ika, kau cakap kat aku sekarang!. Mana pendrive tu?! Dah lama aku cari benda tu. Mana kau letak hah..?!" desak Uncle Bad sambil menarik kasar tudungku.
"Pendrive? Ika tak kan bagi uncle!. Ika tak kan bagi!. Benda tu la satu-satunya bukti yang dapat buat uncle meringkuk dalam penjara atas apa yang dah uncle buat selama ni!" jeritku geram sambil memandangnya tajam.

"Apa? Kau tak nak bagi ya? Okey!..atau. Kau nak salah seorang kat depan mata kau ni. Mampus!!" gertak
Uncle Bad sambil melepaskan tudungku.Dia memegang pula bahu Mak Leha dengan kasar membuatkannya terlutut menghadapku dan mengeluarkan pisau lipat yang tajam dari poket seluarnya lalu dihalakan dekat dengan leher wanita tua itu.

"Kau cakap sekarang Ika! Mana benda tu? Atau kau nak aku kelar leher perempuan tua ni kat depan mata kau?!" sentak
Uncle Bad memandangku tajam.

"Mama!hey.! Lepaskan mama aku la bodoh!.." jerit Reza yang masih meronta-ronta cuba melawan tapi dipegang erat oleh konco-konco
Uncle Bad itu.
"Jangan..!!!" jeritku terkejut dengan tindakan drastik Uncle Bad itu.
"Jangan bergerak!kami polis!. Letakkan senjata kamu semua!" dengan tiba-tiba beberapa orang pegawai polis datang menyerbu masuk sambil mengacukan pistol tepat ke arah mereka.
        Uncle Bad dan konco-konconya yang terkejut lari meninggalkan kami menggunakan pintu belakang tapi dengan ketangkasan dan kecekapan pihak polis,mereka semua berjaya ditangkap walaupun adegan tembak-menembak tetap berlaku yang telah menyebabkan salah seorang daripada konco Uncle Bad yang cuba melarikan diri ditembak di bahagian kaki.
.............................................................................

"Ika. Kau okey..?" tanya Hana yang kelihatan risau berlari mendapatkanku lalu cuba membuka lilitan tali di tanganku.

"Hana? Terima kasih Hana..." ucapku lega apabila melihat Hana dan memeluknya seketika setelah ikatanku dilepaskan.

"Ika. Relax k..!" balas Hana cuba mententeramkanku.

        Aku segera meleraikan pelukannya dan berlari ke arah Mak Leha yang masih mengerang kesakitan akibat ditolak kasar oleh
Uncle Bad tadi itu.

"Mak cik..." panggilku sambil melutut dan segera membuka ikatannya Mak Leha manakala Hana membuka ikatannya Reza.

"Ika.." balasnya lalu memelukku.

"Sabar ya mak cik. Semuanya dah berakhir sekarang ni.." kataku sambil mengusap-gusap perlahan belakang badannya.

"Terima kasih Ika. Terima kasih..." balas Mak Leha menangis gembira.

"Ika..." panggil seseorang dengan nada perlahan yang tiba-tiba muncul di hadapanku.

"Ewan..?" aku terkejut melihat Ewan sedang berdiri tegak di hadapanku.Aku segera meleraikan pelukan Mak Leha dan bangun memandangnya sayu.

"Ika. Akuu dah beritahu semuanya pada Ewan. Tentang
Uncle Bad dengan Rizal.." celah Hana yang membuatkan aku mengerti kehadiran Ewan di sini.

"Ika. Maafkan saya. Saya minta maaf. Saya.." kata Ewan jelas terpancar sejuta kekesalan di wajahnya.

"Ewan.." panggil Mak Leha pula sambil cuba bangun. Aku segera membantu memimpinnya bangun.

"Mama..?" balas Ewan terkejut setelah mengalihkan pandangannya kepada Mak Leha.
"Ewan. Ewan anak mama. Dah besar. Mama. Mama rindu Ewan.." kata Mak Leha yang lantas memeluk erat Ewan dan mengucup pipinya berkali-kali.Mereka berdua menangis kegembiraan kerana akhirnya bertemu setelah sekian lama terpisah.

"Mama. Ewan pun rindu mama. Ewan rindu sangat-sangat kat mama..." balas Ewan dengan pelukan seorang anak yang seakan sudah lama dahagakan kasih sayang dari ibunya.

"Ewan. Ni. Ni Reza adik kamu.." kata Mak Leha sambil menunjukkan Reza yang berada di sebelahnya tersenyum senang hati.

"Abang.." Reza menghulur tangan untuk bersalam.

"Reza?" Ewan membalasnya pula dengan pelukan sayang seorang abang.

       'Alhamdulilah..' aku mengucap syukur kepada ALLAH S.W.T. di dalam hati sambil menarik nafas panjang.

        Aku gembira dan lega kerana akhirnya Ewan bertemu juga dengan Mak Leha dan Reza.Kami segera dibawa ke balai polis untuk melaporkan kejadian itu.Mak Leha pula segera dibawa ke hospital untuk dirawat akibat kecederaan luar yang dialaminya itu.Kata Hana, dia telah berikan pendrive itu kepada pihak polis selepas sahaja aku pergi meninggalkannya dan rupa-rupanya Rizal yang telah membuat laporan polis tentang perkara ini dari awal lagi sebab itu pihak polis dapat mengetahui tempat di mana aku berada kerana mereka telah lama mengintip setiap gerak-geriku. Mama,papa dan Abang Izat yang sedang menanti ketibaanku di hadapan pintu balai polis memeluk erat tubuhku.Mereka juga sudah diberitahu oleh Hana tentang apa sebenarnya yang telah terjadi.Aku menceritakan kepada mereka kembali tentang kejadian tadi yang hampir meragut banyak nyawa itu setelah kami sekeluarga pulang ke rumah. Aku juga sempat ke rumah Rizal untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas pertolongannya itu dan juga memohon maaf di atas kedegilanku untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers