15 November 2009

~Bab 7~



          Kami tiba di rumah Aunty Suri yang agak mewah juga. Kelihatan dua buah kereta mewah di halamannya.

'Ting! Tong!'
Aku menekan loceng pintu pagar rumahnya itu.

"Assalamualaikum.." aku dan mama memberi salam setelah melihat seorang wanita yang kelihatan cantik dan bergaya keluar dari rumah itu.
"Waalaikumusalam. La Murni. Lama tak jumpa kau..  Rindunya.." kata Aunty Suri sejurus selepas membuka pintu pagar automatiknya dibuka.Dia segera memeluk mama seperti seseorang yang terlalu merindui sahabat lama.
"Suri. Aku pun rindu sangat-sangat kat kau. Kau nampak lain sangat. Makin cantik aku tengok.”

"Tak ada la. Aku tetap Suri yang dulu la Murni. Eh..ni..Ika kan?" tanya Aunty Suri apabila terpandangku sambil meleraikan pelukannya.

"Ya. Aunty apa khabar..?" tanyaku lantas bersalaman dengan Aunty Suri.

"Baik. La dah besar panjang rupanya anak dara kau ni.. emm. Marilah masuk Murni. Mari masuk Ika.." jemput Aunty Suri tersenyum.

        Aku dan mama masuk ke dalam rumahnya yang serba baru itu. Semuanya kelihatan masih baru termasuk perabot-perabotnya yang tidak tersusun rapi lagi.Terdapat juga beberapa buah kotak besar yang terletak di atas lantai.
"Maaf la. Rumah aunty ni berselerak sikit. Barang-barang ni pun baru je lori hantar kelmarin. Tak sempat aunty nak kemas..em. Duduk la dulu Murni,Ika. Nanti aunty buatkan air ya.."

"La. Tak payah la susah-susah Suri. Kami berdua ni baru je minum tadi kat rumah. Ni kami ada bawa buah tangan sikit untuk kau.." kata mama sambil menghulurkan bungkusan yang dipegangnya dari tadi lagi sebelum kami berdua duduk.

"Owh. Terima kasih la Murni. Buat susah-susah je em. Tunggu ya. Sekejap je. Kita kan nak borak lama ni.." kata
Aunty Suri segera berlalu ke belakang dan muncul semula selepas beberapa minit sambil memegang talam yang berisi gelas air minuman sejuk.

"Jemput la minum Murni. Ika..hmm..Ika. Sekarang ni buat apa?
Still study ke..?" tanya Aunty Suri sambil menghidangkan minuman itu di atas meja tamu.Matanya memandang ke arahku manis.

"Ya
aunty. Ika baru je sambung study kat UITM. Ika ambil course undang-undang.." jawabku.

"Owh..
I see. Bagus la dekat-dekat sini je..Murni,dah besar anak kau ni ya. Dulu kecil-kecil suka sangat main dengan Rizal..lari sana sini. Penat kita marah tapi budak-budak. Tau je la kan mereka ni.." kata Aunty Suri memandang mama pula.
"A'ah. Sebut pasal Rizal. Dia mana? Dari tadi aku tak nampak batang hidung anak jantan kau tu pun.." tanya mama sambil melihat sekeliling ruangan rumah.

"Ada kat atas. S
till tidur. Penat agaknya. Kami kan baru je balik sini semalam.."

"Owh.. Mesti dah besar kan..?" kata mama tersenyum.

"Mesti la. Dia kan tua tiga tahun dari Ika ni.." balas
Aunty Suri sekilas memandangku.
"A'ah. Iya tak ya. Sama la dengan umur Izat. Anak aku yang lagi satu tu.." angguk mama.

       
Mama dan
Aunty Suri berbual panjang mengenai butik dan kehidupannya di Kuala Lumpur selama sepuluh tahun itu.Dia juga merancang akan terus menetap di sini bersama dengan anaknya itu kerana dia bakal membuka sebuah lagi cawangan butiknya.Aku hanya menjawab apabila ditanya olehnya.
.............................................................................

"
Aunty. Bilik air kat mana..?" tanyaku.

"Bilik air?Kat sana tu. Ika jalan terus lepas tu belok kiri ya.." jawab
Aunty Suri sambil menunding ke arah suatu penjuru.

"Okey. Terima kasih.." ucapku lalu meminta diri untuk ke bilik air sebentar.

        Aku berjalan mengikut arah yang ditunjukkan
Aunty Suri.Bilik airnya yang bersih dan berkilat serta baunya yang juga mengharumkan membuat aku terasa segar.Tiba-tiba..
"Aaahhhhh..!!"

       
Jeritku kuat apabila terlihat seorang lelaki yang hanya memakai tuala dari paras pusat hingga ke lutut berada di situ menghadap cermin sambil mencukur dagunya yang diletakkan krim. Aku segera memalingkan mukaku ke belakang.

"Awak ni siapa..?!" tanya lelaki itu setelah memeluk tubuhnya yang juga agak terkejut melihatku.

"Sa..sa..saya.." aku gagap.

"Macamana awak boleh masuk kat sini..?!" tanya lelaki itu lagi.

"Ika. Ika tak apa-apa ke sayang..?" tanya mama yang kelihatan kerisauan bergegas mendapatkanku bersama
Aunty Suri.

"La illa hailallah. Rizal?!. Apa Rizal buat kat sini hah?" tanya
Aunty Suri terkejut melihat lelaki itu.

"Rizal tengah
shaving la mama. Tiba-tiba je perempuan ni masuk sini.." jelas Rizal sambil memandangku.

"La. Apasal tak guna bilik air kat atas tu je..?"

"Air kat atas sejuk la mama. Sini ada
heater shower.." jelasnya lagi.

"Em..Ika. Maaf la ya. Ni anak
aunty..Rizal" Aunty Suri memperkenalkan Rizal kepadaku.

"Owh.." anggukku faham.

       
Rupa-rupanya lelaki itu ialah Rizal,anak tunggal
Aunty Suri dan Uncle Zali serta teman sepermainanku sewaktu kecil dahulu. Wajahnya memang banyak berubah sampaikan aku sendiri pun sudah tidak mengenalinya lagi.

"La. Rizal ke? Dah besar ya.." celah mama apabila melihat Rizal.

"Rizal. Ni
Aunty Murni. Mama Ika. Yang mama cakap semalam tu.." Aunty Suri memperkenalkan pula mama kepada anaknya.

"Owh. Apa khabar
aunty..?" tanya Rizal sambil cuba menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mama tapi ditepis perlahan oleh Aunty Suri dengar riak wajah geramnya.

"Dah dah. Pergi nak atas. Apa ni? Tak malu ke pakai macam ni kat depan orang perempuan? Ada hati nak salam pula."
Aku dan mama hanya tersenyum kelakar.
"Owh. Okey la aunty. Rizal naik atas dulu ya.." Rizal berlalu pergi dan sempat memandang ke arahku.Aku lantas menunduk.Terasa malu yang amat.

"Ika. Masuk la.." pinta
Aunty Suri apabila melihat aku yang masih lagi dalam keadaan terkejut.Aku lantas masuk ke dalam bilik air tanpa banyak bicara lagi.

.............................................................................

        Selepas sahaja aku keluar dari bilik air,aku terlihat
Aunty Suri sedang sibuk menghidangkan makanan di atas meja makan sambil dibantu oleh mama.

"Ika. Duduk la. Hari ni
aunty masak yang simple simple je. Aunty tak sempat nak pergi beli barang-barang dapur dengan Rizal semalam.." jemput Aunty Suri.

"Tak apa
aunty.." gelengku lalu duduk.

"Yang mama kamu ni. A
unty dah suruh dia duduk tadi tapi nak juga tolong aunty kat dapur tu.." katanya lagi tersenyum setelah memandang mama yang sedang menyediakan pinggan-mangkuk.

"Sekali sekala Suri. Bukan selalu aku dapat tolong kau ni ha.."

"Mama,Rizal nak keluar pergi kedai kejap ya!" kata Rizal sambil menuruni tangga.Dia telah bersiap-siap seperti mahu ke suatu tempat dan sempat memandang ke arahku.

"Rizal. Ala nanti-nanti la pergi kedai tu. Mari la duduk dulu makan dengan
Aunty Murni dengan Ika ni ha. Rizal kan dah lama tak jumpa mereka berdua ni.." pinta Aunty Suri dengan nada lembut.

"Em. Okey la.." angguk Rizal seakan menurut kata lalu menghampiri meja makan.

"Rizal kerja apa sekarang ni..?" tanya mama setelah melihat Rizal duduk di kerusi yang terletak berhadapan denganku.
"Dulu masa dekat KL. Rizal kerja di Syarikat Efa Holding, syarikat bahan binaan sebagai penolong ketua eksekutif pemasaran. Tapi Rizal dah minta tukarkan ke cawangan sini. Esok dah mula start kerja.." jawab Rizal tersenyum. Senyumannya yang manis boleh membuatkan wanita yang memandangnya terpukau seketika.

"Owh. Bagus la tu.." angguk mama faham.

"Ika..?" tanya Rizal sambil merenung tajam ke arahku membuatkan aku tiba-tiba tersedak dari menjamah mee goreng.Aku minum air dengan segera.Mereka hanya tersenyum melihat gelagatku itu.

"Err. Saya. Saya masih belajar. Kat UITM.." jawabku perlahan.

"Owh. Ambil
course apa..?"

"Undang-undang.."
"Undang-undang?em. Kiranya lepas grad nanti. Kerja lawyer la ni..?"

"A'ah. Macam tu la.." aku mengangguk.

"Tapi jangan jadi
'loyer buruk' sudah la ya.." gurau Rizal sambil ketawa kecil.

Aku hanya terdiam malu.

"Rizal. Apa ni? Kesian Ika. Tak baik tau.." tegur
Aunty Suri sambil menampar perlahan bahu Rizal.

"Tak ada la ma. Ika,saya minta maaf k. Saya gurau je tadi tu.." kata Rizal tersenyum.

"Em. I
t's okay.." balasku.

"Em. Nanti kalau ada apa-apa kes boleh la kita minta tolong kat Ika kan ma..?" tambahnya lagi sambil memandang
Aunty Suri.

"Ika. Rizal ni memang dari dulu perangai dia macam ni tau! Suka sangat bergurau dengan orang.." terang
Aunty Suri tersenyum.

"Owh ya ke Suri? Sama la dengan Izat. Suka sangat bergurau dengan Ika ni ha.." sampuk mama tertawa kecil.

"Budak-budak. Biasa la Murni oii.."
.............................................................................

     Selepas sahaja makan bersama,Aunty Suri mengajak mama masuk ke dalam bilik tidurnya untuk menunjukkan album pakaian pengantin yang bakal dijual di butik barunya itu nanti.

"Ika. Ika pergi la borak-borak dulu dengan Rizal kat depan tu. Kamu berdua kan dah lama tak jumpa. Mesti banyak yang nak diceritakan.." pinta Aunty Suri tersenyum.

Aku hanya mengangguk faham.

        Aku segera pergi ke ruang tamu lalu duduk di atas sofa.Rizal pula sedang asyik makan makanan ringan yang terdapat di atas meja ruang tamu di hadapannya sambil menonton televisyen.
"Nak..?" tanya Rizal sambil menunjukkan Tweeties yang dipegangnya kepadaku manakala mulutnya ligat mengunyah.

"No thank's.." gelengku kerana aku sudah kenyang selepas makan bersama dengan mereka sebentar tadi.

"Dah lama juga kita tak jumpa kan? Dulu. Awak buas sangat. Lari sana lari sini. Tapi sekarang ni dah jadi pendiam.." sindir Rizal yang membuatkan aku tersenyum.

        Memang dulu aku boleh dikategorikan seorang kanak-kanak yang agak 'buas' atau diertikan sebagai nakal tetapi sekarang mungkin kerana kematangan telah membuat aku berubah menjadi seorang yang agak pendiam.
"Emm. Awak pun apa kurangnya.  Saya ingat lagi masa birthday awak yang ke enam tahun tu. Belum tiup lilin lagi. Awak dah potong kek. Lepas tu makan. Habis kotor baju awak.. Aunty Suri naik pening dengan perangai awak tu.Tak dengar cakap la katakan.." balasku bersahaja kerana perangai Rizal juga hampir serupa denganku.Dua kali lima.

"Yela. Tapi saya tak macam awak. Lagi buas dari saya.." kata Rizal lagi yang tidak mahu mengalah.

"Yela tu..emm. S
o.. how's live in KL? Saya dengar kata hidup kat sana best lagi dari sini. Betul ke..?" aku semakin berani bertanya.

"Em. Boleh la. Sana ada banyak kawan. Bangunan dia pun besar-besar.
and penuh sesak!" jawab Rizal dengan mimikkan mukanya yang membuat aku tersenyum lucu.
"Cinta ini kadang kadang tak ada logika.." tiba-tiba telefon bimbitku berdering mematikan perbualanku dengan Rizal itu.

"
Excuse me.." kataku sekilas memandang Rizal lalu bangun dan pergi ke suatu penjuru untuk menjawab panggilan telefon daripada Ewan itu kerana terasa segan juga untuk menjawab di hadapannya.

"Hello..?" aku menjawab sambil diperhatikan Rizal dari jauh.

"
Hello Ika. Hari ni awak free tak? Saya nak ajak awak keluar makan kat satu tempat special tau. Nasi goreng kampung dia memang sedap la.." tanya Ewan kerana itulah makanan kesukaannya.

"Owh..emm.. Saya ada kat rumah kawan lama mama saya ni. Tapi nanti kalau saya
free saya call awak k..?" jawabku perlahan.

"Okey saya tunggu ya..bye.. assalamualaikum..?" balasnya lembut.

"
Bye. Waalaikumusalam.." balasku pula
Talian dimatikan.

        Aku kembali duduk di tempat tadi.

"Pakwe ke yang
call..?" tanya Rizal bersahaja sementara matanya memandang peti televisyen.

"Hem.." aku mengangguk tersenyum.

"Nama apa..?"

"Ewan.."

"Owh Ewan..
still study..?"

"Hem. Belajar kat U yang sama tapi dia
senior.." jelasku.

"Emm. Macamana boleh kenal..?" tanyanya lagi.

"Okey la Suri. Aku dah lambat ni. Nanti kalau ada masa datang la rumah aku pula dengan Rizal ya. Boleh jumpa Iskandar dengan Izat.." kata mama sambil bersalaman dengan
Aunty Suri yang memberhentikan perbualan kami berdua itu.

        Aku lantas bangun menghampiri mereka tanpa menjawab pertanyaan Rizal itu.

"Insyaallah. Nanti aku singgah. Kau pun datang la butik aku tu bila dah buka nanti ya. Ajak si Ika ni sekali..Ika ya. Mana la tahu kot-kot Ika ni yang nak naik pelamin ke.." usik
Aunty Suri sambil memandangku.
Aku mengangguk tersenyum lalu bersalaman dengannya.

"Baik la Rizal. A
unty dah nak balik ni. Jaga mama kamu ni elok-elok ya. Kamu kan satu-satunya hero dalam rumah ni.." pesan mama kepada Rizal yang turut bangun menghampiri kami bertiga.
"Okey aunty.." jawab Rizal sambil bersalaman dengan mama.

        Kami berdua pulang ke rumah.Setelah sampai ke rumah, aku segera menelefon Ewan bersetuju untuk keluar makan bersama dengannya seperti biasa.Kami jalan-jalan pusing bandar, tengok wayang dan macam-macam lagi seperti pasangan kekasih lain tetapi dengan cara kami yang tersendiri bukan berpegang-pegangan tangan di khayalak ramai seperti yang selalu keluar di badan-badan akhbar yang hanya MELANGGAR BATAS-BATAS dalam Islam dan MERUNTUHKAN AKHLAK sebagai seorang umat Islam sahaja.      

2 ulasan:

  1. hyep..
    blog walking..
    keep writing..(^_^)
    anyway,
    pe tajuk cite ni eh??

    BalasPadam
  2. tq... ~Seharum Cinta Sejati~ (^^)y

    BalasPadam

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers