28 November 2009

~Bab 28~



   “Hmm. Kenapa awak tak beritahu saya tentang Zila..?” soalku semasa aku dan Ewan sedang makan malam bersama di sebuah restoran pilihanku.

“Zila? Kan saya dah beritahu awak dulu yang dia....” kata Ewan setelah wajahnya berubah.

“Cuba nak awak kembali pada dia..?” aku mencelah sebelum Ewan sempat menghabiskan kata-katanya itu.

“Ika. Dia ada datang jumpa awak ke..?” tanya Ewan hairan setelah berhenti menjamah makanannya dan memandangku.

“Ewan. Kenapa awak perlu berahsia dengan saya tentang Zila?Kenapa awak tak terus terang je kat saya yang Zila tu nak awak kembali semula pada dia..?”

“Saya. Saya minta maaf. Sebenarnya. Saya tak nak awak
jealous Ika. Saya tak nak awak pula yang salah faham macamana saya pernah salah faham tentang awak dulu. Saya dah lama lupakan dia Ika.  Saya dah anggap dia partner syarikat saya je sekarang ni. Ika. Percayalah..” jelas Ewan jujur.

“Saya percayakan awak Ewan. Awak tak perlu risau tentang tu..” kataku yang sememangnya meletakkan KEPERCAYAAN tiang utama dalam sesuatu perhubungan.

“Terima kasih Ika..err. Apa yang Zila cakap kat awak..?” soalnya seakan ingin tahu.

“Emm…. Ada la. Rahsia!..” sindirku tersenyum.

“Okey okey. Ika,saya janji. Saya tak akan berahsia lagi dengan awak lepas ni. Okey..?” ikrar Ewan.

“Hmm. Kalau awak mungkir janji juga..?”

“Err. Saya....” Ewan cuba berkata.

“Potong jari? Potong tangan?Kaki..?” celahku tertawa lucu.

“Ika. Awak main-mainkan saya ya..?”

“Padan muka! Berahsia la lagi..”

        Aku bertambah lega kerana semuanya telah jelas kini. Aku harap Ewan akan berpegang teguh pada JANJInya itu.

.............................................................................

        “Ika. B
irthday Ika lusa kan? So papa ingat nak buat jamuan hari jadi kat Ika la. Dah lama papa tak buat. Dulu last masa buat. Umur Ika baru 7 tahun..” kata papa ketika aku dan mama sedang asyik menonton televisyen bersama.
“Jamuan? em. Ika ikut je. Tapi kalau tak buat pun tak apa. Ika tak kisah pa..” gelengku.

“Em. Bagus juga cadangan abang tu. Ika. Kita buat la ya. Kita buat biasa-biasa je. Nanti boleh la ajak Ewan dengan
family dia datang sini. Boleh kami kenal-kenal dengan bakal besan kami tu..” pesan mama.

“Mama ni. Okey la. Nanti Ika beritahu dia ya..” anggukku tersenyum.

“Err. Kalau macam tu. Nanti awak jangan lupa beritahu kat Iz dengan Su. Boleh suruh mereka balik. Lagipun lusa kan mereka cuti..” pesan papa sambil memandang mama.

“A’ah. Ya tak iya la bang..em. Esok la saya
call mereka yA..”
.............................................................................
        “Cik Ika. Ini maklumat mengenai wanita yang disebut Puan Amalina tempoh hari. Namanya Nur Mastura Dailani. Dia berkerja sebagai staf di Syarikat Tahir Holding tapi dinaikkan pangkat sebagai setiausaha Datuk Tahir sejak lima bulan yang lalu. Ni dokumen lanjut mengenai dia..” kata Bakri setelah aku menjemputnya duduk.Fail ditangannya diserahkan fail kepadaku.

“Okey. Terima kasih Bakri. Kalau macam tu petang nanti kita kena pergi ke rumah dia ya. Untuk ambil keterangan dia pula..” balasku sambil meneliti fail itu.

“Baik Cik Ika..” angguknya faham.
.............................................................................

“Awak. Esok malam papa dengan mama saya ajak awak dengan family awak datang rumah. Mereka nak buat jamuan sikit untuk saya..” kataku setelah Ewan menjemputku makan tengah hari di tempat biasa.

“Owh. Okey. Nanti saya cakap kat mama dengan Reza. S
ure mereka nak datang punya la.. err. So. Awak nak hadiah apa? Cakap je, nanti saya belikan..” balas Ewan tersenyum.

“Hmm. Betul ni? Apa je..?” tanyaku inginkan kepastian.

Yes. Anything for you..”

“Hem. Okey kalau macam tu. Saya nak sebuah rumah banglo tiga tingkat yang siap ada
swimming pool tu. Kereta yang paling mahal like Mercedes..and then..apa lagi ya..?” usikku sambil berfikir.

“Betul ke awak nak ni...?” tanya Ewan tersenyum kerana dia tahu perangai sebenarku yang tidak suka meminta-minta.

“Saya gurau je la awak ni. Saya
just nak awak datang dengan selamat. Tu je k..” jawabku tertawa kecil.

“Saya sentiasa selamat bersama dengan awak Cik Azrika Iskandar..” tambahnya membuatkan aku tersenyum gembira.
.............................................................................
     Selepas aku kembali semula ke pejabat,aku dan Bakri terpaksa pergi pula ke sebuah rumah yang agak mewah dengan kolam renangnya untuk melaksanakan tugas kami yang seterusnya.

‘Ting! Tong!’
         Aku tekan butang loceng yang terdapat di situ sementara Bakri hanya memerhati.

“Ya ibu. Ibu ni cari siapa..?” tanya seorang wanita lagak seperti pembantu rumah yang muncul ke halaman. Mungkin dari Indonesia kerana loghatnya dari orang sana.

“Saya Ika. Ni Encik Bakri. Boleh kami berjumpa dengan Cik Nur Mastura Dailani..?” tanyaku.
“Siapa tu bibik..?” tiba-tiba tanya seorang wanita yang cantik dan agak seksi dengan memakai skirt pendeknya muncul di muka pintu utama dengan muka yang agak serius.

“Cik Mas. Mereka berdua ni mahu ketemu sama Cik Mas..” jawabnya sopan setelah memandang majikannya itu.

“Owh. Panggil mereka masuk dalam..” arah Mastura sekilas melihat kami berdua.

“Baik Cik Mas. Silakan masuk ibu..bapak..” jemputnya selepas memandang kami berdua semula sambil membuka pintu pagar.

        Kami melangkah masuk ke dalam rumah yang agak mewah itu. Perabot-perabotnya juga cukup membuktikan tuan rumahnya mungkin dari kalangan orang yang berada.

“Bibik. Pergi buatkan air..” arah Mastura yang sedang duduk di atas sofa kepada pembantunya itu.

“Baik Cik Mas!” angguknya patuh dan berlalu ke dapur dengan segera.

“Em. Silakan duduk cik…?” tanya Mastura memandangku dengan sombong.

“Ika. Ni penolong saya Encik Bakri. Kami berdua ni dari firma guaman Ombak Holding. Kami datang ni nak tanya Cik Mas mengenai kematian Datuk Tahir. Tentu Cik Mas kenal kan..?” tanyaku sambil duduk.

“Ya. Saya kenal. Dia bos tempat saya kerja. S
o apa kena-mengenanya kes ni dengan saya..?”

“Err. Sebenarnya ada saksi yang nampak Cik Mas bersama dengan mangsa pada malam kejadian iaitu di rumah mangsa sendiri..” jawabku.

“Siapa..?” tanyanya dengan tiba-tiba setelah wajahnya kelihatan sedikit berubah.

“Itu terpaksa saya simpan sebagai maklumat rahsia kami.Harap Cik Mas faham. ”

“Owh..err..ya. Dia ajak saya ke rumah dia pada malam tu. Katanya ada jamuan makan malam..” balas Mastura dengan lagaknya.

“Jamuan?. Setahu saya. Tak ada jamuan pada malam tu..” balasku pelik.

Yes. Because he lies to me. Nasib baik saya dapat selamatkan diri..” tambah Mastura lagi.Seakan mengeluh kecil.

“Selamatkan diri? Maksud Cik Mas...?” tanyaku lagi.

“Sebenarnya. Dia cuba ajak saya masuk bilik. Tapi saya tolak dan pergi dari situ. Saya tak sangka pula dia gatal orangnya. Tak padan dengan tua..” jawabnya dengan nada sedikit marah.

“Owh. Kenapa Cik Mas tak buat laporan polis je lepas kejadian tu..?” soalku yang mula sangsi dengan keterangan yang diberikannya itu.

“Err. Sebab saya takut. Takut kalau saya diberhentikan kerja. Lepas tu saya dapat tahu pula yang pada malam tu juga dia dibunuh isteri dia. Datin Sahara kan..?”

“Hem..ya.. Lagi satu. Setahu saya Cik Mas hanya setiausaha je kan kat syarikat tu. Tapi saya tengok rumah Cik Mas ni agak mewah..” kataku sambil memerhatikan sekeliling rumahnya.

“Owh. f
amily saya yang bagi. Semua barang ni di import dari London. Cantik kan buatan dia?” jawabnya sombong.

“Em. Family Cik Mas kerja apa ya.?” soalku lagi.
        Kelihatan pembantu rumah Mastura itu datang menghidangkan minuman di atas meja tamu.

Import and eksport bussiness. Sekarang mereka ada di UK..” jawabnya sambil menunjukkan suatu reaksi kepada pembantunya agar beredar dengan segera.

“Err. Jemput la minum dulu..” jemput Mastura sekilas  memandang aku dan Bakri. Sambil tangannya mengangkat cawannya.

“Terima kasih..” jawabku lalu mengambil air yang dihidangkan itu. Begitu juga dengan Bakri.

        Aku meneruskan pertanyaanku lagi manakala Bakri mencatat.

“Okey la Cik Mas..itu saja la yang saya nak tanya tapi saya harap sekiranya pihak kami memerlukan bantuan Cik Mas lagi. Harap Cik Mas sudi beri kerjasama ya..” kataku lalu bangun bersama Bakri setelah kami selesai bertanyakan beberapa soalan lagi.

Okay. I will try my best..” balasnya yang juga turut bangun.Kami bersalaman.

Aku dan Bakri masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.
.............................................................................

        “Bakri. Saya rasa kan. Ada something yang tak kena la dengan keterangan Cik Mas tadi tu. How about you..?” tanyaku sambil memandu.Sekilas memandang Bakri.

“Yela Cik Ika. Saya pun rasa macam tu juga tadi. Dia macam sembunyikan sesuatu..” angguk Bakri setuju.

“Emm. Awak ada nampak pembantu rumah dia tadi tu?”
“Bibik tu? Ada. Kenapa Cik Ika..?” tanyanya hairan.

“Saya nak awak siasat dia. Tanya kalau-kalau dia tahu tentang majikan dia tu tapi ingat!  Jangan sampai Cik Mas tahu
and saya nak awak jumpa dengan Tuan Amri. Beritahu dia pasal hal ni..” arahku.

“Baik Cik Ika..”

Anyway Bakri. Before I forget. Malam esok jemput la datang rumah saya. Family saya adakan jamuan makan malam sikit untuk sambut birthday saya esok and by the way,jangan lupa pula ajak tunang awak sekali tu ya..”

“Okey. Insyallah Cik Ika..” balasnya tersenyum malu..

2 ulasan:

  1. good job
    saya cadangkan awak disable copy and paste supaya orang tak boleh nak ciplak karya awak ni.tengok kat web ni ada step dia.ikut je.
    http://hanatrg.blogspot.com/search/label/Bloggers

    BalasPadam
  2. Aku~ Terima kasih diatas nasihat awak tu ye...Baik
    ! sy akan wat,.. ~_~

    BalasPadam

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers