22 November 2009

~Bab 18~



           "Assalamualaikum.." ucapku setelah melihat Ewan sedang duduk menantiku.Segala rinduku beberapa hari ini terubat apabila senyuman manis di wajahnya terukir.

"Waalaikumusalam. Ika. Terima kasih kerana sudi jumpa saya.." balas Ewan sambil berdiri.

"Duduk la.." anggukku lalu duduk.

"Em. Saya datang sini sebab saya nak beritahu sesuatu pada awak.." kataku memulakan ayat.

"Oh. Cakap la.." balasnya kelihatan tidak sabar.

"Err. Tapi sebelum tu. Saya nak awak bersabar dulu dengan apa yang saya nak beritahu kat awak ni.." kataku kerana pasti dia akan terkejut dengan apa yang bakal aku ceritakan nanti.

"Bersabar? Kenapa..?" tanya Ewan hairan.

"Emm. Sebenarnya Ewan. Saya dah.." aku cuba untuk berkata.

       'Hanya padamu. Ku serahkan segalanya..' deringan telefon bimbit Ewan mematikan kataku.

"Opss. Sorry! Sekejap ya!hello..ya Mak Som. Apa..?!  Okey..k Ewan balik sekarang..!" kata Ewan ketika menjawab panggilan itu. Aku hanya menanti.

"Ika. Saya minta maaf. Pak ngah saya pengsan. Saya kena balik sekarang..!" kata Ewan sambil bangun dengan segera setelah mematikan talian.

"Tapi Ewan.." aku cuba memberitahunya.

"Esok kita jumpa ya..
bye" kata Ewan ringkas lalu pergi tergesa-gesa meninggalkan aku sendirian di situ.

        Aku pulang ke rumah.Usahaku untuk menceritakan kepada Ewan gagal.
‘Entah betul ke tidak Uncle Bad pengsan’detus pantas hatiku.

.............................................................................

"Ika. Petang ni kita pergi rumah
Aunty Suri nak..?" tanya mama ketika aku sedang menyiapkan tugasan yang diberikan di ruang tamu sementara Abang Izat yang bercuti hari ini sedang duduk di atas sofa berbalas-balas mesej dengan Kak Suraya.

"Petang ni?hmm. S
orry la ma. Ika tak boleh pergi la. Sebab Ika ada hal sikit.." kataku kerana merancang untuk berjumpa dengan Ewan pada petang ini.

"Owh. Kalau macam tu mama pergi sorang la jawabnya.." balas mama sedikit hampa.

"Ala mama. Tak kan tak tahu kot. Orang bercinta. Mana ada masa.." usik Abg Izat tanpa memandang kami berdua.

"Hah. Abg Iz kan cuti hari ni ma. Mama ajak la Abg Iz. Betul tak Abang Iz..?" balasku tersenyum sinis melihat wajahnya.

"Eh!. Kita pulak. Abg Iz ada
date dengan Kak Su la petang ni.." jawab Abang Izat selamba.

"Anak mama dua orang ni..." geleng mama tersenyum sambil memulas telinga kami berdua.

.............................................................................

        Petang itu aku cuba menelefon Ewan beberapa kali tetapi gagal. Sms aku juga tidak dibalasnya. Aku cuba ke rumahnya pula dan nasibku agak baik kerana kereta Uncle Bad tidak kelihatan di halaman rumahnya.Kalau tidak, pasti aku akan berpatah balik.


'Ting! Tong!
        Kelihatan Mak Som berjalan keluar lalu membuka pintu pagar sambil menjawab salamku.

"Mak Som. Ewan ada..?" tanyaku dengan segera.

"Ewan? Ewan dah pergi
oversea.." jawabnya.

"
Oversea? Ke mana? Bila..?" tanyaku terkejut kerana aku tidak mengetahuinya.

"Katanya ke Jepun. Baru je dia bertolak semalam. Dia gantikan
Uncle Bad. Sebab Uncle Bad semalam tiba-tiba je pengsan. Sekarang Uncle Bad ada di hospital.." tambah Mak Som lagi.

"Jepun?em. Bila dia balik sini Mak Som..?"

"Dia pergi sana tak silap Mak Som. Selama dua minggu. Ika tak tahu ke..?" tanya Mak Som seakan hairan dengan pertanyaanku.

"Hmm. Tak apa la. terima kasih ya Mak Som.." ucapku lalu meninggalkan Mak Som yang dalam keadaan terpinga-pinga tanpa menjawab pertanyaannya itu.

'Ewan ke Jepun tanpa pengetahuanku?. Sebelum ni ke mana saja dia pergi pasti akulah orng yang pertama diberitahunya tapi kenapa dia tidak memberitahuku..?" tanyaku sendiri.

.............................................................................

        Kelihatan Mak Leha sedang menjual makanan bersama Reza di warung yang lebih kurang setengah kilometer dari rumahnya itu.

"Assalamualaikum.." ucapku pada Mak Leha yang kelihatan sedang sibuk melayan pelanggan-pelanggannya sementara Reza menolongnya menyediakan air minuman yang dipesan.

"Waalaikumusalam. Ika.." balasnya senyum.

"Mak cik.." aku bersalaman dengannya.

"Ika duduk la dulu. Mak cik nak layan pelanggan sekejap ya. Ika nak makan apa-apa tak..?" tanya Mak Leha.

"Emm. Tak payah la mak cik. Ika baru je lepas makan tadi. Ika datang sini pun saja je nak jenguk mak cik dengan Reza. em. Mak cik layan la pelanggan tu dulu.." kataku.

"Baik la. Ika duduk la kat sana tu dulu ya. Nanti kalau Ika nak makan apa-apa. Ika cakap ya..?" balas Mak Leha lalu meneruskan kerjanya.

        Aku mengangguk faham dan berlalu duduk di salah sebuah meja kosong yang terdapat di situ.Aku lihat perniagaan Mak Leha agak mengguntungkan sehinggakan ada orang yang memuji-muji masakannya. Aku turut membantu Mak Leha dan Reza mengemas-gemas barang niaga dan sekaligus menumpangkan mereka pulang ke rumah kerana mereka selalunya pulang dengan menaiki teksi yang sentiasa berlalu-lalang di situ.
"Ika. Boleh mak cik tanya..?" tanya Mak Leha yang duduk di sebelah tempat dudukku ketika aku sedang duduk memandu.

"Tanya apa mak cik..?" tanyaku semula sambil sesekali memandang wajahnya.

"Ika dengan Ewan. Kekasih ke kawan..?" soal Mak Leha.

"Emm.." aku terdiam sejenak.

"Ala mama ni. Kekasih la. Apa lagi.." sampuk Reza yang berada di tempat duduk belakang.

Aku hanya tersenyum.

"Emm. Ewan dah tahu pasal mak cik dengan Reza..?" tanya Mak Leha lagi.
"Err. Belum lagi mak cik. Sekarang Ika tak dapat nak beritahu dia lagi sebab dia kena pergi Jepun pula. Ada urusan selama dua minggu. Tapi Ika akan beritahu dia lepas dia balik sini nanti ya mak cik.." jawabku.

        Mak Leha hanya mengangguk perlahan. Mungkin tidak sabar untuk bertemu dengan anaknya itu.

        Aku diminta makan terlebih dahulu di rumah mereka sebelum pulang. Lauk ikan keli masak sambal masakkan Mak Leha sedap sekali.Mak Leha juga sempat menceritakan kepadaku mengenai zaman Ewan kanak-kanak dahulu yang sememangnya kelakar.

        Sepanjang cutiku bermula,aku hanya pergi melawat Mak Leha dan Reza beberapa kali di samping menolong mereka di warung. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers