21 November 2009

~Bab 16~



        "Eh!. Apa pulak ni..?" kataku sendirian yang tiba-tiba muka surat yang ke 100 terselit pendrive yang nipis berukuran 4 gigabyte(gb) mengejutkan aku yang sedang menumpukan perhatian pada bacaanku itu.Aku segera mengambil pendrive itu dan memasangnya pada komputer ribaku.

        Selepas aku memasangnya,terpapar sebuah folder yang tertulis 'Untuk Ewan dari papa..' Jariku pantas mengklik 'Open' pada senarai.Kelihatan video yang terpampang wajah seorang lelaki tua yang berpakaian kemas bersama dengan tali leher dan tidak silap aku itu ialah papanya Ewan yang sedang duduk berlatar belakangkan bilik pejabat memandang tepat ke hadapan skrin.

"Ewan. Pasti Ewan terkejut bila tengok video ni. Sebenarnya Ewan. Mama dan adik Ewan, Reza masih hidup. Uncle Bad la dalang semua ni. Papa dapat tahu muslihat Uncle Bad setelah bertahun-tahun ni. Papa tak sangka. Satu-satunya adik papa yang papa percaya.. yang papa sayang. Sanggup tipu papa. Uncle Bad kata mama dan Reza meninggal dunia akibat nahas kapal terbang padahal mereka masih hidup. Ewan,papa tahu bila kamu dah dapat pendrive ni maknanya papa dah tak ada lagi di dunia ni. Papa harap Ewan dapat cari mama dengan Reza. Papa dapat tahu mereka ada di Kampung Melur. Cari la mereka di sana Ewan. Sebab papa rasa. Papa dah tak sempat cari mereka lagi. Selamatkan la mereka dari Uncle Bad. Katakan pada mereka. Papa sangat rindukan mereka berdua. Ewan, tegakkanlah keadilan untuk papa,mama dan juga adik kamu. Dan jadi la anak yang baik. Jaga la mereka sebaik mungkin. Papa sayangkan kamu semua. Selamat tinggal.." kata papa Ewan dengan nada sedih dan terkilan.

       
Terbeliak mataku dan pada masa yang sama aku terlopong sehingga tidak terkata.Rupa-rupanya mama dan adik Ewan yang disangkakan meninggal dunia akibat nahas kapal terbang 11 tahun yang lalu masih hidup dan
Uncle Bad yang telah merancang semua ini. Aku segera mengeluarkan pendrive itu lalu tergesa-gesa keluar memandu kereta ke rumah Hana kerana Hana sahaja yang dapat membantuku.Fikirku.

'Ting! Tong!'
        Aku menekan butang loceng rumah Hana berkali-kali setelah aku tiba di rumahnya.

"Assalamualaikum Hana.." aku memberi salam ketika melihat Hana keluar dari perut rumahnya.
"Waalaikumusalam. Hey Ika. Ada apa ni? Kenapa tak call dulu nak datang.?" tanya Hana sambil menekan alat kawalan jauh pintu pagar automatik di tangannya.Aku segera berlari mendapatkannya.

"Hana. Kau kena tolong aku! Kau kena tolong aku..!" kataku cemas sambil memegang erat kedua-dua belah tangannya.

"Ika. C
alm down okay!. Kenapa ni?err..mari kita masuk dalam dulu la ya.." ajak Hana yang dalam kehairanan sambil memandang sekeliling.

        Aku memasang semula
pendrive itu pada komputer riba Hana setelah diajak masuk ke dalam bilik tidurnya kerana mama dan papanya ada di rumah.Aku tidak mahu hal ini diketahui oleh sesiapa kecuali Hana, sahabat baikku.

.............................................................................

"Jadi. Papa Ewan nak bagi pendrive ni kat dia supaya Ewan tahu yang mama dan adik dia masih hidup. Macam tu..?" soal Hana setelah menonton video itu.
"Aku rasa pun macam tu la Hana. Aku tak sangka. Uncle Bad yang aku sangka baik selama ni sanggup lakukan ni semua pada keluarga Ewan.." anggukku yang juga turut berfikir begitu tadi.

"Tapi pelik. Kenapa
Uncle Bad buat semua ni ah? Apa motif dia..?" tanya Hana pelik.

"Aku sendiri pun tak tahu.."gelengku tidak tahu motif sebenar
Uncle Bad melakukan semua ini.

"
So. Bila kau nak beritahu Ewan tentang perkara ni..?" tanya Hana lagi.

"Aku rasa buat masa sekarang ni. Kita jangan beritahu dia apa-apa lagi tentang ni boleh ya? Aku nak
try cari mama dengan adik dia dulu. Aku tahu kalau aku beritahu dia sekarang. Pasti pak ngah dia tu dapat tahu and aku tak boleh bayangkan Hana. Apa yang pak ngah dia akan buat pada mereka nanti. Lagipun aku dah janji dengan pak ngah dia yang aku akan.." kataku yang tiba-tiba tersasul mengenai pertemuanku dengan Uncle Bad tempoh hari.

"Janji? Kau janji apa dengan
Uncle Bad tu..?" tanya Hana pelik kerana aku tidak menghabiskan kata-kataku itu.

"Emm. Aku.." aku jadi gagap.

"Ika. Aku ni kawan kau k. Lebih baik kau beritahu aku sekarang. Apa yang sebenarnya berlaku? Apa yang dah kau janji dengan pak ngah Ewan tu hah..?!" desak Hana.

"
Okay fine!. Uncle Bad ada jumpa aku dua tiga hari lepas. Dia nak aku jauhi Ewan.." kataku mengalah dengan desakan Hana itu.

"
What? Tapi kenapa? Hari tu..kau kan beritahu aku yang dia tak ada problem dengan hubungan korang berdua ni. Siap jemput datang rumah lagi. Ni apasal pula tiba-tiba halang kau kawan dengan Ewan ni..?" tanya Hana yang kelihatan begitu terkejut dan marah.
"Dia cakap aku dengan Ewan tak sesuai. Lagipun dia dah ada calon yang lebih layak untuk Ewan.." tambahku lagi.

"Siapa..?"

"Zila.." jawabku perlahan.

"Zila? Minah tu..?" tanyanya inginkan kepastian.

"Hem.." anggukku mengerti maksud Hana.

"Oh my God..eee. Geramnya aku. Macamana la dia boleh pilih si minah gedik tu? Dia ingat dia tu orang kaya. Dia boleh cakap ikut sedap mulut dia je.  Ish..Habis.. Ewan tahu..?" tanya Hana yang jelas begitu marah dengan perbuatan Uncle Bad itu.
"Tak. Biar la. Lagipun aku memang tak sesuai pun dengan Ewan tu. Dia anak orang kaya.Siapa la aku ni Hana. Nak bercinta dengan dia pula. Macam enggang dengan pipit kan?"
"Ish. Tak baik kau cakap macam tu Ika..hmm. Jadi sebab ni la kau asyik jauhkan diri dari dia? Sampai dia call pun kau tak angkat..?"soal Hana.

Aku hanya mengangguk perlahan.

"
So. Kau nak aku teman ke pergi. Apa nama tempat mama dengan adik Ewan tinggal tu..?" tanya Hana sekali lagi.

"Kampung Melur..em. Tak payah la. Tapi aku nak kau tolong
something la.." kataku yang mula menyusun strategi.

"Apa dia..?"
"Aku nak kau tolong carikan data-data mengenai Uncle Bad sepanjang dia kerja kat Syarikat Mewah Holding tu. Sebab kalau aku yang cari maybe dia akan perasan. Yela dia kan kenal aku. Lagipun kau kan pernah kata yang papa kau pernah jalankan urusniaga dengan syarikat tu dulu kan..?" jawabku.

"Hem.. Okey
!..I will try.." angguk Hana setuju.

"Aku pergi sana
just nak tahu kenapa Uncle Bad buat family Ewan macam tu..and at the same time. Aku juga nak temukan mereka semula. Ewan pasti gembira bila dah dapat jumpa dengan mereka nanti.." kataku dengan harapan yang menggunung.

"
That's a good idea. Tapi kau kena hati-hati okey!" pesan Hana yang kelihatan risau.

"Okey. T
hank’s. Kau jangan risau k!" balasku tersenyum faham.
       
        Aku pulang setelah berbincang dengan Hana.Aku telah buat keputusan, esok pagi aku akan segera bertolak ke Kampung Melur untuk mencari keluarga Ewan itu.Aku terpaksa ponteng kuliah sehari dan yang paling menghampakan aku juga terpaksa berbohong kepada keluargaku. Ini kerana aku tidak mahu melibatkan sesiapa dalam masalah Ewan terutamanya mama.
.............................................................................
"Ika sayang. Kenapa makan gelojoh ni..?" tanya mama hairan melihat aku tergesa-gesa bersarapan pagi.

"Ahh? Owh. Tak ada apa-apa ma. Ika cuma takut terlewat masuk kelas je ni.." kataku sambil memperlahankan jamahanku.

"Terlewat masuk kelas? Sekarang baru pukul 7. Kelas Ika
start pukul 9 kan?" tanya mama lagi sekilas memandang jam yang tergantung di dinding.Aneh.

"Em. Sebenarnya Ika nak singgah
library kejap nanti. Nak cari maklumat sikit untuk tugasan Ika yang baru.." jawabku berhati-hati agar mama tidak mengesyaki sesuatu.
"Owh..em. Bila Ika start cuti semester..?" soal mama sambil mengelap meja dapur.
"Ika start cuti minggu depan..err. Ma. Maybe petang ni Ika tak balik makan kot sebab Hana ajak makan kat rumah dia.." kataku tanpa memandang wajah mama. Agak sukar juga untuk aku membohonginya.

"Okey. Tapi jangan balik lewat sangat tau! Nanti papa marah pula. Tak pasal-pasal nanti mama pula yang kena.." pesan mama.

"Okey ma. Ika
promise..em..ma. Tolong bekalkan Ika roti bakar ni. Sedap la.." pintaku sambil mengunyah roti bakar yang disaluti sardin buatan mama itu.

"Hem. Kejap. Mama ambilkan bekas ya..!?" angguk mama tersenyum manis sambil berlalu ke dapur dan mengambil bekas kosong sebelum muncul semula.

"Ika nak banyak ke sikit ni..?" tanya mama sambil memasukkan beberapa keping roti bakar ke dalam bekas tersebut.

"Em. Bagi la dua tiga keping.." jawabku sambil memandangnya.

"Em. Nah.." balas mama sambil menghulurkan bekas itu kepadaku.

"Okey. T
hanks ma. Ika pergi dulu ya." kataku lalu bangun ingin bersalaman dengan mama.

"Okey la. Bawa kereta tu elok-elok tau. Baca doa dulu.." pesan mama.

"Okey. Sayang mama..
bye.."
"Bye.." balasnya.
Aku memulakan perjalananku ke Kampung Melur yang lebih kurang setengah jam juga perjalanan dari rumahku. Kampung itu agak pendalaman sedikit dan rumahnya yang berselerak membuatkan misi aku mencari ibu Ewan dan Reza bertambah sukar.Aku sempat makan roti bakar yang dibekalkan mama itu di dalam kereta sementara meneruskan misiku.

.............................................................................

"Assalamualaikum pak cik.." aku memberi salam ketika terlihat seorang lelaki tua yang kebetulan lalu di situ.

"Waalaikumusalam..ya saya.." jawab pak cik selepas mengalihkan pandangannya kepadaku.

"Pak cik. Saya nak tanya. Kat sini ada tak seorang mak cik yang tinggal dengan anak dia yang nama Reza..?" tanyaku dengan penuh sopan. Ini masuk kali kelima aku bertanya pada seseorang yang tidak dikenali tentang mereka berdua.

"Reza? Kat sini ada banyak orang yang nama Reza. Anak ni ada alamatnya?" tanya pak cik itu.

"Em. Saya tak ada alamatnya pak cik. Tapi yang saya tahu. Dia tinggal dengan ibu dia yang nama. Zaleha Johari.." tambahku lagi.

"Zaleha?Owh. Orang kat sini panggil dia Mak Leha..ya memang dia ada anak nama Reza. Dia ada buka warung kopi kat hujung kampung sana tu. Tapi hari ni dia tutup. Dengar kata dia tak beberapa sihat..” angguknya sambil menunding ke arah sesuatu.

"Warung kopi?em. Boleh saya tahu kat mana rumah dia..?" soalku dengan nada gembira.

"Anak jalan terus. Kat hujung sana tu. Ada satu lorong. Tepi lorong tu ada sungai kecil. Dekat situ la rumah Mak Leha. Yang ada pokok mempelam.." kata pak cik itu sambil menunding jarinya ke arah suatu tempat.

"Okey. Terima kasih banyak-banyak ya pak cik.."
       
        Aku segera memandu pergi ke arah yang diberitahu oleh pak cik tadi itu.Kelihatan rumah papan yang agak usang dan reput dimakan anai-anai.Terdapat juga sebatang pokok mempelam di hadapan rumah itu seperti yang dikatakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers