13 November 2009

~Bab 3~



        "Hai. Masih ingat kami lagi?" tanya Hana tersenyum sinis kepada lelaki itu yang tiba-tiba terkejut dengan kehadiran kami berdua. Dia segera meletakkan buku yang dipegangnya ke tempat asal.

"Oh. Awak berdua ni. Siapa..?" tanya lelaki itu pula yang kelihatan hairan.

"Tengok Ika. Senang je kan dia lupakan kita. Dah la langgar kau. Ni buat-buat tak kenal pula. Lelaki-lelaki.." geleng Hana sambil bercekak pinggang sebelah.

"Saya minta maaf. Saya memang tak kenal cik berdua ni. Kita pernah berjumpa ke sebelum ni..?" tanya lelaki itu lagi yang membuatkan aku merasa aneh.

"Ewah ewah. Dah la hari tu kau langgar kawan aku ni. Lepas tu tinggal je dia macam tu. Sekarang kau cakap tak kenal pula!.. Ni dah melampau ni.." bentak Hana yang membuatkan ada mata yang berada di dalam kedai itu memandang ke arah kami bertiga.

"Saya memang tak kenal cik berdua ni. Langgar orang? Saya tak pernah langgar orang la" Lelaki itu masih menafikannya.

"Hana. Sudah la. Maaf ya encik. Kawan saya ni silap orang.." celahku yang mahu meleraikannya walaupun aku sendiri sangsi dengan kata-katanya itu.

"Silap orang? Hey Ika! Aku tak silap la. Aku kenal sangat dengan muka ni" balas Hana sambil menunding jari telunjuknya ke arah lelaki itu.Tidak puas hati dengan kata-kataku.

"Owh. I
t's okay. Anyway boleh saya tahu nama cik?" Lelaki itu dengan tiba-tiba menanyakan namaku setelah aku cuba menarik lengan Hana untuk meninggalkan tempat itu.

"Hey! Apasal pula kau nak tahu nama member aku ni?! Kau nak cari nahas dengan aku ke hah?!" tengking Hana sambil menunjuk buku limanya yang sebesar buah epal pada lelaki itu namun segera dipintas olehku.

"Azrika. Ni kawan saya. Hana.." aku memperkenalkan diri.

"Saya Syed Ewan. Panggil saya Ewan je.." dia menghulurkan tangan namun aku tidak menyambutnya kerana aku masih tahu batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.Dia seakan mengerti lalu segera menjatuhkan tangannya.

"Err. Kami pergi dulu ya. Jom Hana!" kataku yang mahu segera meninggalkan tempat itu.

"Kau ingat ya?!. Aku masih belum habis lagi dengan kau..!" Hana masih memberi amaran kepadanya.

        Aku segera membawa Hana pergi dari situ meninggalkan Ewan yang sedang memerhati kami berdua dari jauh.
.............................................................................
        Malam itu,aku masih memikirkan kejadian pagi tadi yang membuatkan aku benar-benar pelik dan aneh.

"Dia tak kenal aku ke? Pelik! Habis apasal dia tanya nama aku pula ya..?" kataku sendirian sambil berfikir.

'Tuk! Tuk!'
        Ketukan pintu mengejutkanku. Aku pantas bangun dan membuka pintu bilik. Kelihatan Abang Izat tersenyum kambing seperti ada sesuatu yang hendak dimintanya kerana begitulah perangai biasanya.

"Abang Iz. Emm. Nak apa pula ni..?" tanyaku sambil menguap kecil kerana malas melayan kerenahnya itu.

"Adik. Abang Iz nak minta tolong sikit boleh tak?" tanyanya perlahan.
"Emm. Tolong apa malam-malam ni? Esok la. Adik nak tidur ni.." jawabku lalu cuba menutup pintu bilikku tapi segera dihalangnya.
"Adik please. Urgent sangat ni.."
"Okey la. Apa dia?"

"Err.. Boleh tolong Abang Iz pujuk Kak Su tak?" tanyanya yang membuatkan aku ketawa besar.

"Ala. Jangan la gelak adik. Abang Iz serius ni.." tambahnya lagi dengan wajah seriusnya.
"Okey. Sorry sorry. Abang Iz gaduh dengan Kak Su ke..?"                                           
"Cam tu la. Abang Iz lupa hari ni birthday dia. Patut la bad mood je pagi tadi masa Abang Iz keluar lunch dengan dia.." jawab Abang Izat dengan nada sedih.
"Em. Kesiannya abang adik yang sorang ni. Camna la Abang Iz boleh lupa birthday Kak Su? Kan Abang Iz selalu ingat.." tanyaku lagi kerana sedia maklum Abang Izat pasti belikan hadiah sempena hari jadi Kak Suraya sejak perkenalan mereka berdua lagi.
"Abang Iz busy la. Abang Iz kena handle banyak projek sekarang. Abang Iz dah minta maaf kat dia tapi dia off handphone pula. Adik. Tolong la Abang Iz. Please..?" rayunya sambil mengoncang-goncang tanganku.

"Okey la okey la. Esok adik pergi rumah Kak Su. Adik beritahu dia yang Abang Iz betul-betul lupa k?" anggukku yang cuba mengurangkan sedikit kerisauan di hatinya.

"Terima kasih adik! Sayang adik Abang Iz ni! Nanti Abg Iz belanja makan ya. G
oodnight!" balasnya tersenyum sambil mencubit lembut pipiku lalu lari masuk ke dalam biliknya yang bersebelahan dengan bilikku.

"Sakit la Abang Iz..!" jeritku sakit sambil mengusap pipiku yang dicubitnya itu.
        CINTA..begitulah jadinya. Kerana cinta manusia sanggup MELAKUKAN SEGALANYA. Perasaan pasangan harus dijaga kalau tidak inilah jadinya. Merajuk tak tentu pasal..yang jadi mangsanya akulah.
.............................................................................
        Pagi keesokkannya aku ke rumah Kak Suraya untuk menyelesaikan masalah mereka berdua yang dirasakan perkara kecil sahaja ini.

"Assalamualaikum.. "
        Aku memberi salam sambil mengetuk pintu utama rumah yang disewa Kak Suraya hampir lima bulan itu. Lama juga aku tidak singgah ke rumahnya. Dekorasi rumahnya pun sudah diubah.

"Waalaikumusalam. Owh. Adik Ika. Ingatkan siapa tadi. Marilah masuk.." katanya setelah membuka pintu.
Kami bersalaman.

"Akak sihat?" tanyaku tersenyum sambil berjalan mengikutinya ke ruang tamu.

"Akak sihat. Duduk la..em. Result SPM macamana? Lulus?" tanya Kak Suraya sambil duduk.
"Alhamdulilah. Adik lulus.." balasku yang juga turut duduk di sebelahnya.

"Alhamdulilah..Em, Ni kenapa tiba-tiba je datang rumah akak ni? Nasib baik akak tak pergi mana-mana. Akak ni pun baru je lepas masak ikan masak lemak tadi. Nanti boleh la kita makan sekali ya.."

"Sebenarnya Kak Su. Adik datang ni nak beritahu yang Abang Iz.." kataku yang agak segan juga untuk memberitahunya.

"Ehm.. Abang Iz nak suruh adik pujuk akak la tu.." pintas Kak Suraya seperti tahu tujuan kedatanganku ini.

"Hmm.. Macam tu la kak. Abang Iz bukan sengaja lupa birthday akak kelmarin. Tapi dia busy sikit la kak.." kataku tersenyum malu sambil cuba memujuknya.
"Kak Su main-main jela dengan dia dik. Lagipun Kak Su kecil hati sikit dengan dia tu. Asyik sibuk je memanjang. Tak sangka pula dia ambil serius tentang hal ni" tambah Kak Suraya sambil berketawa kecil.
"Abang Iz tu memang dari dulu macam tu akak. Semua benda nak ambil serius. Tapi time kita. Tak pernah pula nak ambil serius. Habis tu. Kenapa Kak Su off handphone ek..?"

"Handphone akak rosak la adik. Terjatuh masa akak nak masuk rumah semalam. Ni ingat petang nanti nak pergi repair la. Kalau dah tak boleh repair. Maybe akak kena beli yang baru la kot.." jelasnya.

"Owh..emm Kak Su!. Adik ada idea!" kataku sambil memetik jariku yang tiba-tiba rasa ingin memperkena Abang Izat.

"Idea? Idea apa..?" tanyanya yang sedikit terkejut dengan kataku itu.
"Ada la. Nanti adik beritahu. Tapi sebelum tu,perut adik ni dah berbunyi la akak. Siap ada lagu lagi ni.." kataku tersenyum sambil memegang perut.

"Em.. Okey! Jom!. Kita ke dapur. Nanti boleh kirim sikit kat mama ya. Ni kan lauk favourite mama Ika.." kata Kak Suraya sambil menepuk perlahan pahaku.
"Owh. Akak dah tahu ek lauk favourite mama apa.?" tanyaku kerana setahu aku itulah lauk kesukaan mama yang pantang dilihatnya.
"Hem. Abang Iz yang beritahu akak.." angguknya tersenyum.

        Kak Suraya seorang wanita yang bukan sahaja cantik dan lemah-lembut malah pandai juga memasak.Lauk -pauk yang dimasaknya memang sedap sekali terutamanya ikan masak lemak. Aku pulang ke rumah setelah makan bersama dengannya. Ternyata ideaku diterimanya walaupun pada mulanya dia seakan ragu-ragu tetapi dengan pujukanku, lantas diterimanya.
.............................................................................
"Assalamualaikum mama. Papa dengan Abang Iz dah balik..?" tanyaku ketika melihat mama sedang menyiram pokok bunga kesayangannya. Begitulah hobi mama pada setiap petang setelah habis mengemas rumah.

"Waalaikumusalam. Belum lagi la Ika. Ni pergi mana ni? Dah petang macam ni baru nak balik" tanya mama lembut selepas aku bersalaman dengannya.

"Ika pergi rumah Kak Su la tadi ma..Oh ye! Kak Su kirim salam. Ni. Lauk ikan masak lemak. Favourite mama kan? Kak Su bagi. Sedap tau mama Kak Su masak.." kataku sambil menunjukkan bekas yang dibungkus kemas oleh Kak Suraya tadi itu.

"Waalaikumusalam. Emm. Dah lama Kak Su tak datang sini. Dia apa khabar..?" tanya mama yang kelihatan gembira sambil mengambil bungkusan itu lalu membelek-beleknya.
"Baik. Dia sihat-sihat je. K la mama ku sayang. Ika masuk dalam dulu ek! Nanti lauk ni Ika letak atas meja ya..?" kataku sambil mengambil semula bungkusan itu dari tangan mama.

"Okey la. Oh ya Ika. Ada surat untuk kamu. Mama letak atas meja ruang tamu tu.." kata mama lalu meneruskan kerjanya.

"Surat? Okey!
Thank's ma..!" balasku lalu masuk ke dalam rumah dan mengambil surat yang dikatakan mama itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hye..ima bina blOg ni juz semata-mata nak pamerkan hasil karya kerja tangan mgg.Harap kOrang dapat suppOrt ima k! and jangan lupa kOmen bab ni kat bawah ni tau!:)

~SmiLe aLway's~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers