14 November 2009

~Bab 6~

         "Ika.. Saya nak ajak awak keluar makan malam ni boleh tak..?" tanya Ewan setelah hampir dua bulan kami kenal ketika aku sedang berbincang dengan Hana tentang Kelab Seni Kebudayaan yang telah kami sertai membuatkan aku terdiam seketika kerana belum pernah lagi seorang lelaki mengajak aku keluar makan malam.Berdua pula tu..

Hana hanya tersenyum melihat aku hanya mendiamkan diri.

"Ala. Boleh la Ika. Dah ada orang ajak makan. Tak kan nak tolak kot. Rezeki jangan ditolak bala jangan dicari.." sampuk Hana. Dia kini sudah mula menganggap Ewan sebagai kawannya dan melupakan perkara yang lepas setelah beberapa kali aku cuba memujuknya.
"Emm. Okey.." anggukku setuju sekilas memandang Ewan.
"Hah! Macam tu la. Ingat Ewan!. If you do something bad to her. I will crash your life.." Hana cuba memberi amaran dengan muka seriusnya.

"Okey. Saya janji. Saya akan jaga kawan baik awak ni baik-baik okey?" kata Ewan tersenyum ceria.

"Hem. Like that la.." balas Hana tersengih.

"Okey. Malam nanti saya jemput awak ya..." tambah Ewan lagi dan aku hanya mengangguk faham.
.............................................................................

        Malam menjelma,aku dijemput Ewan dengan kereta Pesona miliknya. Dia membawa aku ke sebuah hotel yang belum pernah ku jejaki sebelum ini membuatkan aku tergamam seketika melihat keindahannya yang bergemerlapan dengan cahaya lampu malam dan ditambah pula dengan iringan muzik oleh pemain biola yang mungkin diambil bekerja sebagai penghibur kepada pelanggan-pelanggan yang sedang menikmati perkhidmatan di situ.

"
So Ika. Awak nak makan apa..?" tanya Ewan setelah kami diberikan kad menu oleh seorang pelayan lelaki yang berada di situ sebaik kami berdua duduk di salah satu meja menghadap ke arah cermin yang menampakkan cahaya lampu dari berpuluh-puluh bangunan.Sejak dari tadi lagi aku hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata pun.

"Em. Saya ikut awak je la.." balasku tersenyum.
"Hem. Okey.." angguknya faham.

        Ewan memanggil pelayan itu semula dan memesan makanannya. Aku hanya mengikutnya kerana terasa agak kekok juga untuk memesan disebabkan tidak pernah datang ke tempat sebegini.

"Em. Kenapa awak ajak saya makan kat sini? Kenapa tak makan kat restoran biasa je?" tanyaku sementara menunggu pesanan kami berdua itu dihidangkan.
"Kenapa? Awak tak suka makan kat sini ke..?" tanya Ewan hairan.

"Tak. Bukan tak suka. Suka. Tapi setahu saya kat hotel kan,makanan dia mahal-mahal..
so.."
"So you think I could'nt pay..?" celahnya tersenyum.

"Eh eh. Bukan macam tu Ewan..saya.." gelengku agar Ewan tidak salah faham dengan kata-kataku sebentar tadi itu.

"Ika. Tak ada la mahal mana pun..em. Boleh la kalau nak samakan dengan bercuti tiga hari dua malam kat Bali.." celah Ewan lagi.

"Ahh..?"

"Saya gurau je la..awak ni.." gelengnya tertawa kecil.
"Owh.." balasku tersenyum malu.

"Em. Sebenarnya tak mahal. Tapi berbaloi juga la saya bawa awak makan malam kat sini sebab.." kata Ewan sambil menelan air liurnya perlahan.Seakan ingin cuba menyusun kata.

"Sebab..??" tanyaku hairan kerana dia tidak meneruskan kata-katanya itu.

"Ika. A
ctually. Tujuan saya ajak awak keluar makan malam ni sebab saya nak says something kat awak. Dah lama saya nak cakap benda ni tapi tak berani..and now. Saya dah decide. Kali ni biar la saya berterus terang dengan awak Ika. Saya dah tak nak pendamkan perasaan ni lagi sebab saya takut kalau saya terlambat nanti. Saya akan menyesal.." kata Ewan lagi sambil memandang tajam ke arahku.

"Emm.. Ca..Cakap la.." balasku yang tiba-tiba entah mengapa pandangannya itu membuatkan terasa bergetar di dada.
"Saya.." Ewan terdiam seketika membuatkan aku menjadi semakin ternanti-nanti.

"Saya..?" kataku yang tidak sabar untuk mengetahui apa yang ingin Ewan perkatakan kepadaku itu.

"Saya cintakan awak Ika. Sejak dari
first time saya nampak awak. Saya tak dapat nak lupakan awak. Saya nak awak jadi kekasih saya. Bukan hanya sekadar kawan.." Ewan meneruskan katanya dengan bersungguh-sungguh.

        Aku terdiam dengan luahan hati Ewan itu.Tidakku sangka rupanya dalam diam Ewan mencintaiku setelah berbulan-bulan aku mengenalinya. Jantungku kini berdegup semakin kencang bagaikan mahu terjatuh menyentuh tanah.Aku masih mendiamkan diri kerana aku begitu terkejut dengan pengakuannya itu.Belum pernah lagi kejadian seumpama ini berlaku dalam hidupku.
"Kenapa awak diam? Awak tak suka saya ke?Atau awak memang dah ada seseorang yang istimewa di hati.." Ewan cuba meneka kenapa aku berdiam diri.

"Saya. Saya tak tahu nak cakap apa. Saya tak sangka yang awak.." balasku perlahan-lahan kerana masih terkejut.

"Saya benar-benar serius Ika. Saya harap awak dapat terima cinta saya ni.."tambah Ewan lagi dengan nada mengharap.

"Err. Sebenarnya. Terus-terang saya cakap Ewan. Saya pun dah lama ada perasaan kat awak. Tapi saya ingat awak tak pandang perempuan macam saya ni. Yela saya kan.." aku mengaku yang aku mula menyukainya namun mungkin disebabkan perbezaan taraf yang menjadi penghalang bagiku untuk terus menyimpan perasaan itu.
"Betul ke Ika?? Awak pun sukakan saya??fuh!. Saya senang sangat bila awak cakap macam tu Ika. Saya ingatkan awak tak suka kat saya tadi.." celah Ewan dengan nada yang gembira.

        Aku hanya mengangguk tersenyum dengan gelagatnya itu. Aku tidak sangka Ewan begitu berani meluahkan perasaannya kepadaku pada malam itu.Aku terasa bahagia bagai di ambang percintaan.Mungkin inilah pasangan lain dan Hana rasa selama ini. Cinta sememangnya INDAH sampaikan aku sendiri pun terkena panahannya.
.............................................................................

        Aku membaringkan diri di atas katil setelah selesai menunaikan solat isyak sambil mengimbas kembali detik makan malam kami berdua yang pertama beberapa jam tadi.Cinta yang aku pernah harapkan suatu ketika dahulu sewaktu zaman meningkat remaja kini semakin aku rasai.Aku sempat mendengar lagu-lagu yang berunsurkan percintaan melalui Ipod Nano.Lagu cinta yang membuat aku dibuai keasyikan asmara cinta.
.............................................................................
        Aku bangun awal pagi untuk menunaikan kewajibanku sebagai seorang wanita Islam kepadaNya seperti biasa di samping bersyukur kerana diberi nikmat cinta.

"Selamat pagi.." ucapku ketika melihat mereka semua sudah berada di meja makan untuk bersarapan pagi.

"Selamat pagi sayang. Happy je hari ni. Kenapa ni..?" tanya papa perasan dengan perubahanku pagi itu.

"A'ah. Mama pun perasaan. Mama tengok Ika ceria je dari semalam.." sampuk mama pula sambil makan roti yang dibakarnya tadi.

"Tak ada la pa..ma.." gelengku yang belum bersedia lagi menceritakan kepada mereka tentang Ewan kerana aku mahu mengenali hati budinya terlebih dahulu.

"Abang Iz. Kak Su bila nak datang sini..?" aku cuba menukar topik.

"Emm. Maybe next week kot. Tak tahu lagi la dik.." jawab Abang Izat hairan dengan pertanyaan itu sambil membelek-belek bahagian belakang surat khabar yang memuatkan berita-berita mengenai sukan terutamanya bola sepak yang menjadi kegilaannya dan juga setiap insan yang bergelar lelaki.

"Hmm. Kalau macam tu. Boleh la mama masak yang special-special minggu depan.." sampuk mama yang cuba merancang.

"Awak ni. Belum tentu lagi jadi. Kan Iz kata tak tahu lagi tadi.." tegur papa.

"A'ah la ma. Betul cakap papa tu. Iz pun tak tahu lagi bila Su free. Biasa la kan. Orang kerja nurse. Tak menang tangan nak layan pesakit kat hospital tu.." tambah Abang Izat.

"Mama kamu ni bukannya apa Iz. Tak sabar nak tengok bakal menantu dia tu. Rindu sangat la katakan.." sampuk papa lagi.

Aku hanya tersenyum dengan gurauan papa itu.
.............................................................................
        Hari berganti hari,aku dan Ewan kini sudah bergelar sepasang kekasih yang baru sedang menghayati nikmat cinta yang dikurniakan kepada kami bersama.Dia sering menghubungiku dan bercerita mengenai latar belakangnya.Aku bersimpati dengan keadaannya yang telah menjadi anak yatim sejak dari kecil lagi.Ewan juga memberitahuku yang dia bakal menjadi pewaris tunggal Syarikat Mewah Holding iaitu sebuah syarikat pembinaan yang terkemuka di rantau antarabangsa yang setanding dengan negara lain setelah umurnya mencecah 23 tahun. Jadi disebabkan itu, Ewan belajar dalam jurusan kejuruteraan.
"Ika. Hari ni Ika cuti kan. Jom teman mama pergi rumah kawan lama mama.." ajak mama setelah masuk ke dalam bilikku ketika aku sedang asyik melayari internet untuk mencari maklumat mengenai tugasan yang harusku hantar minggu depan.

"Kawan lama? Siapa ma?Ika kenal ke..?" tanyaku sambil memikirkan kawan-kawan lama mama yang aku kenali.

"Ala. Kawan lama mama yang nama
Aunty Suri yang tinggal kat KL tu.."

"Owh.
Aunty Suri. a'ah Ika ingat dah. Macamana aunty sekarang mama? Dia sihat..?" tanyaku berfikir sejenak.

        Aunty Suri merupakan kawan lama mama sejak dari bangku sekolah rendah lagi tetapi lebih kurang sepuluh tahun juga dia dan anak lelakinya merantau ke Kuala Lumpur kerana terpaksa menguruskan butik pengantin milik dia dan arwah suaminya Uncle Zali di sana.Uncle Zali telah meninggal dunia akibat penyakit barah otak. Mama kata agak lama juga Uncle Zali meninggalkan mereka berdua ketika aku masih bayi lagi namun Aunty Suri masih menyayanginya sehinggakan tidak mahu berkahwin lagi walaupun ada beberapa orang yang telah cuba masuk meminangnya kerana baginya Uncle Zalilah CINTA PERTAMA DAN TERAKHIRnya.Aku juga berharap hubungan aku dan Ewan yang baru terjalin ini akan sebegitu.

"
Tu la. Semalam dia baru balik dari KL. Dia jemput mama pergi rumah baru dia kat Bandar Pandan Indah kalau mama ada masa nanti. Hari ni kan Ika cuti. Jadi boleh la temankan mama pergi sana.." jawab mama yang jelas terpancar kerinduan di wajahnya.

"Em. Papa dengan Abg Iz..?"
"Papa dengan Abg Iz kan ada meeting hari ni. Jadi papa suruh Ika temankan mama. Boleh yA..?" tanya mama seakan memujukku.

"Em. Okey la!.Kita nak pergi pukul berapa ni mama..?" tanyaku lagi sambil melihat jam yang tergantung di dinding.

"Sekarang la. Dah..Ika pergi siap dulu. Mama nak ke dapur kejap. Nak bungkus buah tangan sikit untuk mereka nanti.. em. Nanti mama tunggu Ika kat bawah k..?" pinta mama sebelum melangkah keluar dari bilikku.
"Okey ma.." balasku lalu bangun dan ke bilik air.

~Bab 5~

Tiga bulan kemudian...
        Aku tiba dengan Hana di Universiti Teknologi Mara(UITM) setelah aku menjemputnya kerana dia masih belum mendapatkan lesen memandu berlabel 'P' yang masih dalam proses pembikinan setelah lulus ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada minggu lepas.Ayahnya juga telah belikan sebuah kereta Viva Elit yang menjadi kegemarannya.Kami mendaftarkan diri sebagai pelajar baru di situ.Aku mengambil jurusan Diploma Undang-undang manakala Hana jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan.

"Ika. Esok kita dah start study kat U ni. Macam biasa kau jemput aku ek!?" kata Hana selepas kami mendaftarkan diri.

"Hem. Okey. Tapi duit minyak kita kena share la.." gurauku.

"Okey
no problem. Kau cakap je berapa. Nanti aku bagi. Emm..Ika..aku nak pergi ladies kejap. Sakit perut la. Kau tolong pegang ni. Kau pergi la kat kafeteria tu dulu ye. Nanti aku datang k!..and jangan lupa order air sirap limau untuk aku sekali tau!" pesan Hana sambil menghulurkan fail yang dipegangnya kepadaku lalu tergesa-gesa ke tandas yang berdekatan.

"Okey. Cepat sikit tau!" gelengku tersenyum dengan gelagatnya itu.
        Aku berlalu pergi ke kafeteria dan memesan air minuman lalu membawanya duduk di salah satu meja kosong yang terdapat di situ.Kelihatan ramai pelajar-pelajar yang sedang makan dan ada juga yang sedang menela'ah bersama dengan rakan-rakan mereka.Aku hanya duduk memerhati sambil menghirup air minumanku.Dengan tiba-tiba muncul suara lembut seorang lelaki menyapaku dari arah hadapan.

"Assalamualaikum. Hai. Cik Azrika kan..?" tanya lelaki itu tersenyum manis membuatkan jantung aku entah mengapa tiba-tiba berdegup kencang.
"Waalaikum..musalam..Encik..Ewan?eh..Encik Ewan buat apa kat sini?" tanyaku setelah sedar akan siapa lelaki yang menyapaku itu.

"Owh. Saya
student kat sini. Cik Ika pula. Buat apa kat sini..?"

"Owh. Saya datang dengan kawan saya tadi. Kami baru je
register sebagai student baru kat sini. Tak sangka pula saya yang Encik Ewan belajar kat sini.."
"Saya dah lama dah belajar kat sini. Lagi tinggal beberapa bulan je lagi nak grad..em..Cik Ika ambil course apa..?"

"
Course undang-undang. Encik Ewan..?"

"
Course kejuruteraaan. Anyway kawan Cik Ika yang saya jumpa hari tu ke..?" tanyanya perlahan.

"Ya..Hana. Kenapa ya..?" tanyaku aneh.

"Tak ada apa-apa. Dia tu. Garang sangat la. Takut saya.." jawab Ewan sambil menunjukkan reaksi wajah takut yang membuatkan aku tertawa kecil.

"Owh. Dia memang macam tu. Tapi dia baik sebenarnya. Encik Ewan jangan la ambil hati pasal hari tu ya!" terangku setelah faham maksud di sebalik kata-katanya itu.

"Oh tak tak. Saya tak kisah pun. Okey la. Saya ada
class lepas ni. So tak dapat la saya nak borak panjang dengan Cik Ika.Nanti kalau ada masa boleh la kita borak-borak lagi.. em. Saya pergi dulu. Nanti Cik Ika kirim salam saya la kat kat kawan Cik Ika tu ya. Anyway. Nice to meet you.." katanya sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

"Owh okey.
Nice to meet you too. Bye.." balasku.

"
Bye.."

        Aku melihat Ewan berlalu pergi dari situ.Beberapa minit kemudian, Hana muncul dengan memegang pinggangnya lagak seperti sedang dalam kesakitan.

"Ika. S
orry sorry aku lambat. Aku sakit perut la tadi.." kata Hana sambil duduk.

"
It's okay..em. Kau okey ke tak ni? Nak aku bawa pergi klinik?" tanyaku apabila melihat muka Hana pucat semacam.

"Aku okey ..Maybe silap makan pagi tadi kot.."

"Em.Nah!. Ni air sirap limau kau. Minum la sikit.." kataku sambil menghulurkan air minuman yang dipesannya tadi itu.

"
Thank's.."balasnya lalu menghirup air minuman itu.

"
Your welcome..emm..Hana.." panggilku perlahan.

"Em..apa..?"

"Try guess!. Who I met just now..?" tanyaku tersenyum.

"Emm..
who..?"

"Ewan.." kataku sambil menanti responnya.

"Ewan?emm. Mamat yang langgar kau tu?" tanya Hana seakan terkejut.

"Bukan dia yang langgar la. Orang lain. M
aybe pelanduk dua serupa kot.."
"Mana dia?Mana ..?" tanyanya lantas berdiri lalu memandang orang di sekelilingnya.

"Dia dah pergi la. A
nyway dia kirim salam kat kau. Dia student kat sini tau! Tapi senior.." jawabku.

"Waalaikumusalam..emm. Macam ni ada
chance la aku nak marah dia lagi.." kata Hana memetik jarinya lalu duduk tersenyum sinis.

"Kau ni!. Tak serik-serik lagi ke marah dia hari tu?Malu tau!" tanyaku yang kesian juga Ewan diperlakukan sedemikian oleh Hana.

"Aku tak kan serik selagi dia tak mengaku dialah orang yang langgar kau tu. Kau tak pelik ke Ika?Dia cakap dia tak kenal kita. Tak pernah langgar orang pula tu.
He so weird you know..!" kata Hana dengan nada geram.
"Hmm. Pelik tu pelik la juga. Maybe tu kembar dia. Who's know..?" balasku.
"Kembar?No no..I don't think so.." geleng Hana yang masih menidakkan alasanku.
"But. Nothing imposibble right..?" aku menyakinkannya.
        Hana hanya mendiamkan diri.Semua itu masih menjadi tanda tanya dalam benak fikiranku.
.............................................................................
        Esoknya aku ke kampus seperti biasa.Kami sebagai pelajar baru harus menghadiri Majlis Orientasi atau dikenali sebagai majlis suai kenal dahulu sebelum memulakan pengajian selama empat tahun itu.

"Ika. Kau tau!. Aku tengah bengang gila dengan Anif sekarang ni. Dia tak faham aku langsung...!" kata Hana seakan lepas geram sebaik kami duduk makan makanan yang dipesan di kafeteria.  
        Ingat lagi aku perkenalan di antara Hana dan Anif, lelaki yang tidak sengaja terlanggar Hana sewaktu kami berdua mengikuti lawatan sambil belajar di sekolah ke Pulau Langkawi semasa di tingkatan empat. Masa itu, Anif juga sedang bercuti dari kesibukan kota.Habis berselerak barang-barang yang dibeli Hana,apa lagi bengang la si Hana tu.Tapi tak sangka pula yang Anif boleh jatuh hati padanya sehinggakan meminta nombor telefon Hana dariku.Anif sentiasa cuba sedaya upaya mendekatinya walaupun dia ‘jual mahal’ pada mulanya. Apa yang membuatkan aku suka tentang Anif ialah dia dapat tahan dengan perangai dan sikap Hana yang panas baran itu serta sering mengalah sekiranya mereka berdua berselisihan faham kerana CINTA SEMEMANGNYA BUTA.

"Macamana dia nak faham. Kau tu Hana. Asyik control dia je.." balasku yang sedia maklum dengan perangai Hana yang sebenar.

"Yela tu.." kata Hana yang masih mahu menafikannya.

"Hai. Boleh saya join korang berdua..?" muncul Ewan dengan tiba-tiba sambil memegang segelas air teh o' ais.

"Eh!. Encik Ewan. Boleh apa salahnya. Sila la duduk.." jemputku tersenyum.
"Hah!. Berani lagi kau datang sini?!" sentak Hana sambil berdiri.

"Hana.." aku menjegilkan mataku tanda amaran kepada Hana agar menjaga kelakuannya itu.

"Okey okey
fine!.  Saya minta maaf ya Encik Ewan. Silakan duduk.." kata Hana tersenyum kelat setelah mengerti teguranku itu lalu kembali duduk.

"Tak apa. Awak salah orang je. Saya tak kisah. Jangan la berencik-encik dengan saya ni. Tak selesa la. Kita kan
student kat sini.." kata Ewan sambil duduk.

"Em. Okey. A
nyway Ewan. Awak tinggal kat mana ya..?" aku memulakan bicara.

"Saya tinggal kat Bandar Sri Cendana. Awak berdua..?"

"Saya Taman Putera..." jawabku.

"Taman Delima.." jawab Hana dengan bersahaja tanpa memandang wajah Ewan.

"Owh. s
o macamana belajar kat sini? Okey..?" tanya Ewan lagi sambil memandang kami berdua.

"Okey!. Saya suka sangat. F
acilities dia pun banyak. Senior kat sini pun baik-baik orangnya.." jawabku jujur kerana mula menyukai universiti ini sejak pertama kali melangkah masuk.
"Ya. Baik.." kata Hana seakan mengeluh sambil menyiku tangan di atas meja dengan muka masamnya.

"Kenapa ni?Macam tak suka je belajar kat sini.." tanya Ewan hairan dengan kelakuan Hana itu.
"Owh. Tak ada apa-apa la si Hana ni. Dia tension sikit hari ni. Baru lepas gaduh dengan bf.." celahku sambil menepis tangannya perlahan.

"Owh patut la..em..
bf awak tak buat hal ke..?" tanya Ewan dengan tiba-tiba sambil merenungku tajam.

"
Bf saya?eh. Saya mana ada bf. Malas la nak bercinta-cinta ni. Buat serabut kepala je.." jawabku yang terasa sedikit kekok dengan soalannya itu lalu segera menghirup air minumanku.

"Oh ya ke.." angguknya tersenyum.

        Kami berbual panjang sehingga tidak sedar waktu kelas hampir bermula.Sejak dari hari itu,aku semakin rapat dengan Ewan.Kami sentiasa rehat dan belajar bersama-sama lebih-lebih lagi aku sering bertanyakan kepadanya mengenai subjek teras yang wajib diambil oleh semua pelajar di situ.

~Bab 4~

            Malam kami akan berkumpul di meja makan untuk makan malam bersama.Segala kerja harus ditinggalkan setibanya waktu makan malam.Itulah peraturan yang digalakkan oleh papa kecuali dengan alasan yang kukuh.Kami sebagai anggota keluarga hanya menurut tanpa perlu membantah.

"Abang. Petang tadi Suraya kirim lauk kat saya. Ikan masak lemak. Sedap tau!" kata mama sambil mencedokkan nasi ke dalam pinggan papa.

"Owh ya? Mana lauknya? Tak ada pun kat atas meja ni.." tanya papa sambil mengintai-intai lauk-pauk yang berada di atas meja di hadapannya itu.

"Ishhh abang ni! Dah habis la. Lagipun dia bagi sikit je.." jawab mama tersenyum sambil menepuk perlahan bahu papa.
"Ala papa ni. Tu kan lauk favourite mama. Macam la papa tak tahu pula.." selorohku.

"Emm. Patut la. Dia apa khabar Iz? Dah lama Izat tak ajak dia datang sini.." tanya papa pada Abang Izat yang hanya duduk membisu dari tadi lagi kerana aku hanya mendiamkan diri apabila ditanya mengenai Kak Suraya ketika dia pulang dari tempat kerja petang tadi. Aku sengaja berbuat begitu agar idea yang aku rancang berjaya.

"Dua tiga hari ni Su sibuk sikit la papa. Biasa la awal-awal bulan kerja. Lagipun,Iz pun jarang keluar dengan dia" jawab Abang Izat perlahan.

"Kak Su sibuk ke. Abang Iz yang sibuk?" sindirku yang tahu keadaan sebenar membuatkan Abang Izat kelihatan sedikit kekok.

"Nanti kalau dia ada masa ajak la dia datang rumah ya Iz. Mama rindu la kat dia.." pesan mama yang sememangnya merestui hubungan mereka berdua itu. Begitu juga dengan papa.

"Hem. Betul tu Iz. Sekali sekala kami nak tengok juga bakal menantu kami tu.." sampuk papa tersenyum.

"K ma..pa. Nanti kalau ada masa. Iz ajak dia datang sini ya.." jawab Abang Izat yang jelas masih digelumbang kerisauan.

“Ika. Tadi mama beritahu papa. Yang Ika dah dapat tawaran masuk U. Betul ke..?" tanya papa setelah mengalihkan pandangannya kepadaku kerana aku sudah memaklumkan hal tersebut terlebih dahulu kepada mama.

"A'ah papa. Ika baru je dapat surat tawaran tu petang tadi. Kat UITM. Hana pun dapat pa. Kami kena reply balik surat tu sebelum bulan depan. Maybe dalam bulan 7 nanti baru kami register masuk.." jawabku riang.

        Aku tidak sangka Hana turut mendapat surat tawaran di institusi pengajian tinggi yang sama denganku walaupun jurusan yang kami mohon berlainan.
"Owh. Bagus la. Pinjaman PTPTN dah apply? Bukan apa. Senang sikit nanti. Yela. Kos belajar kat U tu kan tinggi.."
"Dah pa. Kan tahun lepas Ika dah beritahu papa. Papa lupa ek?"

"Owh ya. Papa lupa..em..Ika nak tinggal kat asrama ke rumah sewa? Kalau Ika nak rumah sewa. Papa boleh tolong. Sebab papa kenal sorang kawan lama papa ni yang ada rumah sewa dekat-dekat situ. Nanti boleh ajak Hana tu tinggal sekali.." tambah papa lagi.

"Eh! Abang ni. Ada ke nak suruh Ika duduk kat rumah sewa. Tempat tu bukan jauh mana pun dari rumah kita ni ha. Anak kita ni perempuan la. Nanti kalau apa-apa jadi kat dia. Siapa yang susah em?" sampuk mama dengan nada marah.Mungkin dia risaukanku kerana aku tidak pernah berenggang dengannya.
"Tak payah la papa. Ika nak teman mama je kat sini. Lagipun betul jugak kata mama. U tu bukannya jauh pun. Beberapa kilometer je dari sini. Ika boleh naik kereta mama pergi sana. Kesian mama tinggal sorang-sorang.."
"Hah! Betul tu. Orang lelaki ni kan Ika. Suka sangat pentingkan diri tau. Ego lebih. Mentang-mentang la kita ni suri rumah sepenuh masa." tambah mama lagi membuatkan papa dan aku tersenyum lucu.
"Em. Okey la kalau macam tu. Papa cuma bagi cadangan je.." angguk papa faham dengan sindiran mama itu.
.............................................................................
      Selesai sahaja makan malam, Abang Izat segera mendapatkanku untuk bertanyakan tentang Kak Suraya lagi.

"Adik. Tolong la beritahu Abang Iz. Kak Su cakap apa? Please.." rayu Abg Izat lagi selepas masuk ke bilikku ketika aku sedang asyik melayari internet.

"Okey!. Kak Su still marah dengan Abang Iz. Dia cakap dia dah tak nak jumpa lagi dengan Abang Iz. Sorry. Adik dah pujuk. Tapi.." aku sengaja melambatkan kata sambil meneruskan kerjaku.

"Tapi apa..?" tanya Abang Izat dengan nada tidak sabar.
"Tapi dia tak dapat maafkan Abang Iz. Dia cakap Abang Iz ni selalu fikirkan kerja. Kerja and kerja. Sampai nak keluar makan dengan dia pun dah tak ada masa. Owh. Abang Iz bohong mama dengan papa ek! Cakap Kak Su sibuk. Tapi sebenarnya Abang Iz tu yang sibuk. Adik tahu.." jawabku sambil memuncungkan mulut ke arahnya.

"Abang Iz bukannya apa dik. Memang Abang Iz banyak kerja kat
office tu. Tapi Kak Su kena la faham keadaan Abang Iz ni. Kak Su pun sibuk juga tapi Abang Iz tak kata apa-apa pun.." katanya yang masih tidak mahu mengalah.

"Ehm. Yela tu. Tapi dia tak sesibuk Abang Iz. Sampai nak jumpa pun dah tak boleh" tambahku lagi yang membuatkannya terdiam seketika.

"
So. Kenapa dia off handphone..?"

"Dia cakap dia sengaja. Dia tak nak Abang Iz kacau dia lagi. A
nd one more thing. Dia cakap kat adik kan. Antara Abang Iz dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan. Full stop!" aku cuba memainkan dialog prisis drama Melayu yang sering aku tonton.
"Biar betul dia cakap macam tu dik? Abang Iz tak percaya la.." bantah Abang Izat seakan tidak percaya.

"Tak percaya sudah la. Dah la Abang Iz. Adik dah ngantuk ni. Adik nak tidur.
So can you please get out now from my room my lovely brother?" kataku manja sambil menarik tangan Abang Izat keluar dari bilikku.

"Hem. Okey la. G
oodnight.." ucap Abang Izat seakan mengalah dengan kataku itu.

"
Goodnight.." balasku tersenyum lalu menutup pintu bilik.     
        Aku tertawa kecil.Ideaku ternyata berjaya juga. Aku lantas ke katil dan membaringkan diri sambil memikirkan dokumen-dokumen yang harus ku sediakan pada hari pendaftaran kemasukan ke universiti itu nanti.Tidak sabar rasanya aku untuk menjejakkan kaki ke menara ganding.
.............................................................................
"Selamat pagi mama. Papa.." ucapku yang baru lepas bersiap sambil menuruni anak tangga.

"Selamat pagi.." jawab papa sekilas memandangku sambil membelek surat khabar yang berada di tangannya.

"Selamat pagi sayang. Dah bangun ya? Mari. Kita breakfast sama-sama. Mama ada masak yang special hari ni tau.." balas mama pula.

"Okey!..Hmm. Abang Iz mana ma? Tak bangun lagi ke..?" tanyaku sambil duduk setelah sedar Abang Izat tidak ada bersama dengan kami di meja makan.

"Abang Iz keluar awal pagi tadi lagi. Sampai breakfast pun dah tak nak."

"Abang Iz pergi mana mama?" tanyaku lagi.

"Entah la sayang. Mama ada tanya. Tapi tengok dia macam nak cepat je.." jawab mama dengan wajah hairannya.
"Ke mana lagi kalau tak ke rumah bakal menantu awak tu. Ada problem la tu. Ala orang muda. Macam kita dulu-dulu la awak oii. Tak boleh berenggang sikit pun.." sampuk papa yang membuatkan kami tertawa kecil.
.............................................................................

        Petang itu aku ke kedai bersama dengan Hana untuk membuat salinan dokumen-dokumen penting di samping menemaninya ke pasar raya untuk membeli beberapa helai baju dan peralatan untuk kegunaan semasa belajar di universiti  nanti.
"Emm. Siapa masak? Mama ek?” tanya Abang Izat sambil memandang mama yang sedang sibuk menyusun pinggan-mangkuk di atas meja untuk menyediakan makan malam.
"Tak. Hari ni Ika yang masak. Mama tolong tengok je.." jawab mama tersenyum.
"Ehm. Patut la.." kata Abg Izat dengan tiba-tiba memasamkan mukanya.

"Patut la apa?" celahku sambil meletakkan mangkuk air basuh tangan di atas meja.

"Patut la tak sedap baunya." jawab Abang Izat ketawa.

"Mama..!" panggilku dengan nada geram.

"Iz..." tegur mama sambil memandang Abang Izat yang melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Okey okey.."

"Iz. Mama tengok dari tadi senyum je memanjang. Ada apa-apa ke ni em?" tanya mama tersenyum. Seakan dapat mengagak.

"Biasa la mama. Orang tengah hangat bercinta.?” aku mencelah.

"Em. Betul cakap Ika tu. Papa pun rasa macam tu juga.." angguk papa yang baru lepas menyegarkan diri dan duduk bersedia untuk makan bersama.
"Tak ada apa-apa la mama.." jawab Abg Izat sambil mencedokkan lauk ke dalam pinggan nasinya.

"Adik. T
hank's ya!" bisik Abang Izat ketika aku menuangkan air ke dalam gelas yang berada di hadapannya membuatkan aku tahu ideaku telah membuatkannya senang hati.

"
Your welcome!"  balasku setelah faham maksudnya itu. Aku senang hati melihat Abg Izat bergembira kembali.

13 November 2009

Bab 3

 "Hai. Masih ingat kami lagi?" tanya Hana tersenyum sinis kepada lelaki itu yang tiba-tiba terkejut dengan kehadiran kami berdua. Dia segera meletakkan buku yang dipegangnya ke tempat asal.

"Oh. Awak berdua ni. Siapa..?" tanya lelaki itu pula yang kelihatan hairan.

"Tengok Ika. Senang je kan dia lupakan kita. Dah la langgar kau. Ni buat-buat tak kenal pula. Lelaki-lelaki.." geleng Hana sambil bercekak pinggang sebelah.

"Saya minta maaf. Saya memang tak kenal cik berdua ni. Kita pernah berjumpa ke sebelum ni..?" tanya lelaki itu lagi yang membuatkan aku merasa aneh.

"Ewah ewah. Dah la hari tu kau langgar kawan aku ni. Lepas tu tinggal je dia macam tu. Sekarang kau cakap tak kenal pula!.. Ni dah melampau ni.." bentak Hana yang membuatkan ada mata yang berada di dalam kedai itu memandang ke arah kami bertiga.
"Saya memang tak kenal cik berdua ni. Langgar orang? Saya tak pernah langgar orang la" Lelaki itu masih menafikannya.

"Hana. Sudah la. Maaf ya encik. Kawan saya ni silap orang.." celahku yang mahu meleraikannya walaupun aku sendiri sangsi dengan kata-katanya itu.

"Silap orang? Hey Ika! Aku tak silap la. Aku kenal sangat dengan muka ni" balas Hana sambil menunding jari telunjuknya ke arah lelaki itu.Tidak puas hati dengan kata-kataku.

"Owh. I
t's okay. Anyway boleh saya tahu nama cik?" Lelaki itu dengan tiba-tiba menanyakan namaku setelah aku cuba menarik lengan Hana untuk meninggalkan tempat itu.

"Hey! Apasal pula kau nak tahu nama member aku ni?! Kau nak cari nahas dengan aku ke hah?!" tengking Hana sambil menunjuk buku limanya yang sebesar buah epal pada lelaki itu namun segera dipintas olehku.

"Azrika. Ni kawan saya. Hana.." aku memperkenalkan diri.

"Saya Syed Ewan. Panggil saya Ewan je.." dia menghulurkan tangan namun aku tidak menyambutnya kerana aku masih tahu batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.Dia seakan mengerti lalu segera menjatuhkan tangannya.

"Err. Kami pergi dulu ya. Jom Hana!" kataku yang mahu segera meninggalkan tempat itu.

"Kau ingat ya?!. Aku masih belum habis lagi dengan kau..!" Hana masih memberi amaran kepadanya.

        Aku segera membawa Hana pergi dari situ meninggalkan Ewan yang sedang memerhati kami berdua dari jauh.
.............................................................................
        Malam itu,aku masih memikirkan kejadian pagi tadi yang membuatkan aku benar-benar pelik dan aneh.

"Dia tak kenal aku ke? Pelik! Habis apasal dia tanya nama aku pula ya..?" kataku sendirian sambil berfikir.

'Tuk! Tuk!'
        Ketukan pintu mengejutkanku. Aku pantas bangun dan membuka pintu bilik. Kelihatan Abang Izat tersenyum kambing seperti ada sesuatu yang hendak dimintanya kerana begitulah perangai biasanya.

"Abang Iz. Emm. Nak apa pula ni..?" tanyaku sambil menguap kecil kerana malas melayan kerenahnya itu.

"Adik. Abang Iz nak minta tolong sikit boleh tak?" tanyanya perlahan.
"Emm. Tolong apa malam-malam ni? Esok la. Adik nak tidur ni.." jawabku lalu cuba menutup pintu bilikku tapi segera dihalangnya.
"Adik please. Urgent sangat ni.."
"Okey la. Apa dia?"

"Err.. Boleh tolong Abang Iz pujuk Kak Su tak?" tanyanya yang membuatkan aku ketawa besar.

"Ala. Jangan la gelak adik. Abang Iz serius ni.." tambahnya lagi dengan wajah seriusnya.
"Okey. Sorry sorry. Abang Iz gaduh dengan Kak Su ke..?"                                           
"Cam tu la. Abang Iz lupa hari ni birthday dia. Patut la bad mood je pagi tadi masa Abang Iz keluar lunch dengan dia.." jawab Abang Izat dengan nada sedih.
"Em. Kesiannya abang adik yang sorang ni. Camna la Abang Iz boleh lupa birthday Kak Su? Kan Abang Iz selalu ingat.." tanyaku lagi kerana sedia maklum Abang Izat pasti belikan hadiah sempena hari jadi Kak Suraya sejak perkenalan mereka berdua lagi.
"Abang Iz busy la. Abang Iz kena handle banyak projek sekarang. Abang Iz dah minta maaf kat dia tapi dia off handphone pula. Adik. Tolong la Abang Iz. Please..?" rayunya sambil mengoncang-goncang tanganku.

"Okey la okey la. Esok adik pergi rumah Kak Su. Adik beritahu dia yang Abang Iz betul-betul lupa k?" anggukku yang cuba mengurangkan sedikit kerisauan di hatinya.

"Terima kasih adik! Sayang adik Abang Iz ni! Nanti Abg Iz belanja makan ya. G
oodnight!" balasnya tersenyum sambil mencubit lembut pipiku lalu lari masuk ke dalam biliknya yang bersebelahan dengan bilikku.

"Sakit la Abang Iz..!" jeritku sakit sambil mengusap pipiku yang dicubitnya itu.
        CINTA..begitulah jadinya. Kerana cinta manusia sanggup MELAKUKAN SEGALANYA. Perasaan pasangan harus dijaga kalau tidak inilah jadinya. Merajuk tak tentu pasal..yang jadi mangsanya akulah.
.............................................................................
        Pagi keesokkannya aku ke rumah Kak Suraya untuk menyelesaikan masalah mereka berdua yang dirasakan perkara kecil sahaja ini.

"Assalamualaikum.. "
        Aku memberi salam sambil mengetuk pintu utama rumah yang disewa Kak Suraya hampir lima bulan itu. Lama juga aku tidak singgah ke rumahnya. Dekorasi rumahnya pun sudah diubah.

"Waalaikumusalam. Owh. Adik Ika. Ingatkan siapa tadi. Marilah masuk.." katanya setelah membuka pintu.
Kami bersalaman.

"Akak sihat?" tanyaku tersenyum sambil berjalan mengikutinya ke ruang tamu.

"Akak sihat. Duduk la..em. Result SPM macamana? Lulus?" tanya Kak Suraya sambil duduk.
"Alhamdulilah. Adik lulus.." balasku yang juga turut duduk di sebelahnya.

"Alhamdulilah..Em, Ni kenapa tiba-tiba je datang rumah akak ni? Nasib baik akak tak pergi mana-mana. Akak ni pun baru je lepas masak ikan masak lemak tadi. Nanti boleh la kita makan sekali ya.."

"Sebenarnya Kak Su. Adik datang ni nak beritahu yang Abang Iz.." kataku yang agak segan juga untuk memberitahunya.

"Ehm.. Abang Iz nak suruh adik pujuk akak la tu.." pintas Kak Suraya seperti tahu tujuan kedatanganku ini.

"Hmm.. Macam tu la kak. Abang Iz bukan sengaja lupa birthday akak kelmarin. Tapi dia busy sikit la kak.." kataku tersenyum malu sambil cuba memujuknya.
"Kak Su main-main jela dengan dia dik. Lagipun Kak Su kecil hati sikit dengan dia tu. Asyik sibuk je memanjang. Tak sangka pula dia ambil serius tentang hal ni" tambah Kak Suraya sambil berketawa kecil.
"Abang Iz tu memang dari dulu macam tu akak. Semua benda nak ambil serius. Tapi time kita. Tak pernah pula nak ambil serius. Habis tu. Kenapa Kak Su off handphone ek..?"

"Handphone akak rosak la adik. Terjatuh masa akak nak masuk rumah semalam. Ni ingat petang nanti nak pergi repair la. Kalau dah tak boleh repairMaybe akak kena beli yang baru la kot.." jelasnya.

"Owh..emm Kak Su!. Adik ada idea!" kataku sambil memetik jariku yang tiba-tiba rasa ingin memperkena Abang Izat.

"Idea? Idea apa..?" tanyanya yang sedikit terkejut dengan kataku itu.
"Ada la. Nanti adik beritahu. Tapi sebelum tu,perut adik ni dah berbunyi la akak. Siap ada lagu lagi ni.." kataku tersenyum sambil memegang perut.

"Em.. Okey! Jom!. Kita ke dapur. Nanti boleh kirim sikit kat mama ya. Ni kan lauk favourite mama Ika.." kata Kak Suraya sambil menepuk perlahan pahaku.
"Owh. Akak dah tahu ek lauk favourite mama apa.?" tanyaku kerana setahu aku itulah lauk kesukaan mama yang pantang dilihatnya.
"Hem. Abang Iz yang beritahu akak.." angguknya tersenyum.

        Kak Suraya seorang wanita yang bukan sahaja cantik dan lemah-lembut malah pandai juga memasak.Lauk -pauk yang dimasaknya memang sedap sekali terutamanya ikan masak lemak. Aku pulang ke rumah setelah makan bersama dengannya. Ternyata ideaku diterimanya walaupun pada mulanya dia seakan ragu-ragu tetapi dengan pujukanku, lantas diterimanya.
.............................................................................
"Assalamualaikum mama. Papa dengan Abang Iz dah balik..?" tanyaku ketika melihat mama sedang menyiram pokok bunga kesayangannya. Begitulah hobi mama pada setiap petang setelah habis mengemas rumah.

"Waalaikumusalam. Belum lagi la Ika. Ni pergi mana ni? Dah petang macam ni baru nak balik" tanya mama lembut selepas aku bersalaman dengannya.

"Ika pergi rumah Kak Su la tadi ma..Oh ye! Kak Su kirim salam. Ni. Lauk ikan masak lemak. Favourite mama kan? Kak Su bagi. Sedap tau mama Kak Su masak.." kataku sambil menunjukkan bekas yang dibungkus kemas oleh Kak Suraya tadi itu.

"Waalaikumusalam. Emm. Dah lama Kak Su tak datang sini. Dia apa khabar..?" tanya mama yang kelihatan gembira sambil mengambil bungkusan itu lalu membelek-beleknya.
"Baik. Dia sihat-sihat je. K la mama ku sayang. Ika masuk dalam dulu ek! Nanti lauk ni Ika letak atas meja ya..?" kataku sambil mengambil semula bungkusan itu dari tangan mama.

"Okey la. Oh ya Ika. Ada surat untuk kamu. Mama letak atas meja ruang tamu tu.." kata mama lalu meneruskan kerjanya.

"Surat? Okey! 
Thank's ma..!" balasku lalu masuk ke dalam rumah dan mengambil surat yang dikatakan mama itu.

~Bab 3~

"Handphone akak rosak la adik. Terjatuh masa akak nak masuk rumah semalam. Ni ingat petang nanti nak pergi repair la. Kalau dah tak boleh repair. Maybe akak kena beli yang baru la kot.." jelasnya.

09 November 2009

~Bab 2~

Seminggu berlalu...

"Papa. Esok Ika nak keluar jalan-jalan dengan Hana boleh tak pa..?" tanyaku ketika papa sedang membaca surat khabar sambil minum kopi Radix kegemarannya di atas sofa.Mama pula berada di sampingnya yang sedang asyik menonton drama Melayu bersiri kesukaannya.

"Boleh. Tapi Ika kena janji dengan papa yang Ika tak akan balik lewat.."

“Ok. Ika janji..”

“Ok. Papa benarkan..”senyum papa mengangguk setuju.

        Papa merupakan ketua keluarga yang sangat bertanggungjawab terhadap kami sekeluarga. Walaupun kadang kala dia bersikap agak tegas namun kami tahu itu semua untuk kebaikan kami sekeluarga juga. Aku pernah mempunyai niat jika aku bertemu jodoh biarlah lelaki itu sebaik papa.

"Okey. Thank’s papa..!" ucapku tersenyum lalu meneruskan tontonanku bersama dengan mereka berdua.

"Hana kawan adik tu masih single ke?" tanya Abang Izat yang tiba-tiba muncul ke ruang tamu.Tangannya ligat menekan butang-butang keypad di telefon bimbitnya sambil duduk di atas sofa.

        Abang Izat iaitu satu-satunya abang kandungku kini bekerja sebagai staf di sebuah syarikat di bawah satu bumbung dengan papa tetapi papa berada di tangga yang teratas sedikit daripadanya iaitu sebagai penolong pentadbir.Pernah aku bertanya kepadanya kenapa bekerja di syarikat yang sama dengan papa sedangkan dia mendapat banyak tawaran dari pelbagai syarikat dan dia hanya menjawab ‘supaya senang dia report kat mama kalau ada staf wanita yang cuba mengorat papa.’. Memang dia seorang abang yang kelakar dan akulah yang selalu menjadi mangsa kelakarnya itu.

"Hai. Kenapa? Berkenan ke..." tanyaku bersahaja yang sudah lali dengan gurauannya namun aku tahu Kak Suraya sentiasa bertakhta di hatinya. Sudah hampir dua tahun Abang Izat bercinta dengannya yang sekarang bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital kerajaan di sini. Papa dan mama sudah sedia maklum dengan perhubungan mereka berdua itu.

"Boleh juga.." jawab Abang Izat selamba.

"Nanti adik beritahu kat Kak Su baru tau!"

"Cakap la. Abang Iz tak takut pun.." balasnya sambil memuncungkan mulut ke arahku.

"Betul ni? Bak sini..!"

         Aku merampas telefon bimbit yang dipegang di tangannya itu lalu dengan pantas aku mendail nombor telefon Kak Suraya.

"Hello. Assalamualaikum. Kak Su ye?. Ni adik Ika ni. Adik nak beritahu yang Abang Izat cakapkan. Dia suka la dekat kawan adik yang nama Hana tu. Siap tanya lagi tau. Kawan adik tu single ke tak.."
        Abang Izat dengan pantas mengambil semula telefon bimbitnya dari genggaman tanganku dan meletakkan gagang telefon itu dekat dengan telinganya.

"Hello Su. Abang just. Hello! Hello! " kata Abang Izat sambil melihat skrin telefon bimbitnya berkali-kali.

        Aku ketawa berdekah-dekah kerana Abang Izat telah tertipu dengan gurauanku. Sebenarnya aku tidak menelefon pun Kak Suraya. Aku hanya mengacahnya sahaja.

"Abang Iz kena tipu. Tu la. Kata tak takut konon. Kan dah kena. Padan muka!.."
        Aku ketawa gembira sambil menjelingkan lidah ke arahnya. Papa dan mama yang melihat telatah kami berdua itu hanya tersenyum mesra. Beginilah kami sekeluarga.Aku bersyukur kerana masih mampunyai sebuah keluarga yang BAHAGIA dan HARMONI.
.............................................................................
        Pagi yang kedinginan ditambah pula dengan angin yang bertiup sempoi-sempoi bahasa mencengkam kalbuku sehingga aku dipeluk kesejukan. Kereta Myvi kereta mama yang berwarna hitam aku pandu ke rumah Hana. Nasib baik aku sudah mengambil lesen memandu kereta sementara menunggu keputusan SPM tempoh hari kalau tidak bermimpilah aku untuk memandunya di jalan raya.

"Hai Hana. Jom!.." sapaku apabila melihat Hana yang sedang menungguku kerana sebelum datang aku telah memberitahunya melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

"Kereta siapa pula ni?" tanya Hana yang agak terkejut melihatku memandu kereta yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.

"Kereta mama aku. Dia kasi pinjam...."balasku tersenyum.

"Ala. Asal kau tak beritahu aku semalam Ika? Aku ingat kita nak pergi naik bas hari ni " kata Hana dengan mimikan mukanya kerana kami selalunya jika keluar bersama akan menaiki bas yang sentiasa berhenti di hujung simpang rumah Hana walaupun dia mempunyai seorang pemandu peribadi yang dikhaskan oleh papanya. Mungkin Hana lebih senang berdikari.

"Saja aku nak buat surprised kat kau. Sorry ek!"

"Yela tu.. emm... Lepas ni boleh bawa aku jalan-jalan.." tambah Hana lagi sambil melihat-lihat ke dalam ruangan kereta itu melalui cermin tingkap pintu kereta.

"Okey! No problem. Cakap je kau nak pergi mana. Aku boleh bawa punya la.."
"Betul ni? Thank's Ika. Sayang kau!..." kata Hana sambil mengenyitkan sebelah matanya ke arahku.
"Dah dah. Tunggu apa lagi? Cepat la masuk.." jemputku sambil membuka pintu kereta untuknya.
"Thank you..”
"Em. So kita nak pergi mana ni?" tanyaku yang masih tidak tahu ke mana destinasi kami berdua kerana semuanya diatur oleh Hana.
"Kita pergi Plaza Mall nak? Semalam aku tengok kat iklan ada sale la" cadang Hana.
"Okey!. That's a good idea. Tapi kita tak boleh lama tau cause aku dah janji ngan papa aku la semalam. Tak boleh balik lewat hari ni " kataku yang masih ingat pesan papa padaku semalam.
"Okey!.."
"K dah pakai seatbelt..?" tanyaku kerana mahu mengutamakan keselamatan di jalan raya agar perjalanan kami berdua berjalan dengan lancar.
"Dah.." angguknya tersenyum sambil memegang tali pinggang keledarnya itu.
"Okey. Let's go.." jeritku riang yang tak sabar-sabar meraikan kejayaan kami berdua sambil memulakan pemanduan dengan cermat.
.............................................................................     
        Setibanya kami di tempat yang penuh dengan orang ramai dan pelbagai barangan serta jualan itu, kami meronda sakan. Aku sempat belikan sepasang kasut sarung yang menjadi trend remaja zaman kini sebagai hadiah yang aku janjikan kepada Hana tempoh hari dan begitu juga dengan Hana,dengan hadiah yang dijanjikannya kepadaku. Kami berhenti minum di salah sebuah kafe yang terdapat di situ untuk menghilangkan rasa dahaga yang terasa.
"Ika! Ika! Kau perasan tak mamat tu..?" tanya Hana seakan berbisik sambil menunding jari ke arah sesuatu membuatkan aku segera memandang ke arah tunjukkannya itu.

"Mana..?" tanyaku yang masih tidak dapat meneka orang yang dimaksudkan Hana itu kerana terlalu ramai orang berulang-alik membeli barang.

"Tu. Yang pakai baju kemeja warna biru tu. Yang pegang buku tu. Tu kan. Mamat yang langgar kau kat depan sekolah kita hari tu kan..?"

        Baruku sedar lelaki yang dimaksudkan Hana itu ialah lelaki yang hampir-hampir melanggarku tempoh hari.Dia sedang asyik membelek-belek buku di salah sebuah kedai buku yang terdapat di situ.

"A'ah la.." anggukku perlahan.

"Dia tengah buat apa tu ah..?" tanya Hana sambil terintai-intai ke arahnya.

"Manalah aku tahu. Dia nak beli buku la kot.." jawabku malas mengingat kembali kejadian itu sambil menghirup semula air minumanku.
"Kita tegur dia nak..?"
"Hana. Hari tu bukan main kau marah dia. Sekarang kau nak pergi tegur dia pula? Kau ni okey ke tak? Demam ek?" gelengku hairan.

"Aku nak tengok. Dia ingat tak kat kau? Aku masih tak puas hati lagi tau pasal hari tu. Ada ke patut dia tinggalkan kau macam tu je. Dah la langgar orang. Kalau ikutkan hati aku ni. Nak je aku
report kat polis. Biar dia kena tangkap!" jelas Hana yang jelas serius.

"Hana Hana. Berapa kali aku nak cakap kat kau ah? Tu bukan salah dia la. Aku yang lintas tak tengok kiri kanan. S
o aku kena langgar la. I mean 'hampir-hampir’. Lagipun luka sikit je. Ni pun dah nak hilang" kataku sambil menunjukkan parut luka di tangan yang kini beransur hilang.

"Dah dah. Kau jangan cakap banyak. Ikut aku je. Jom!" balas Hana sambil menarik tanganku. Dia membawa aku ke kedai buku itu walaupun aku cuba meronta tidak mahu.

08 November 2009

~Bab 1~

'Cinta ini kadang kadang tak ada logika..berisi semua hasrat dalam hati...ku hanya ingin dapat memiliki..dirimu hanya untuk sesaat..'telefon bimbitku berdering lagu 'Tak Ada Logika' nyanyian Agnes Monica yang merupakan penyanyi terkenal di Indonesia menandakan panggilan masuk.

"Hello....."aku menjawab dengan nada yang malas sambil berbaring di atas katil kerana masih mahu dibuai mimpi-mimpi indah selepas bangun mengerjakan solat subuh awal pagi tadi.

"Hello Ika..hai..kau tak bangun lagi ke..?result SPM dah nak keluar ni..bila kau nak datang hah?lama aku tunggu kau tau!janji pukul 9..ni dah pukul 10 ni.."ngomel Puteri Hana atau Hana,sahabat karibku sejak dari tingkatan satu lagi.

Kami berdua boleh diibaratkan adik-beradik,sentiasa bersama walau suka dan duka.Kami juga sering berkongsi apa-apa sahaja masalah untuk diselesaikan bersama.

"Pukul 10..?Hana..kau ni jangan la main-main ngan aku.."balasku yang fikir Hana sengaja ingin bergurau denganku kerana dia pernah mempermainkanku sebegini suatu ketika dahulu.

"Ika..!okey..sekarang kau try tengok jam loceng kat atas meja kau tu.."arahnya dengan nada geram.

"Em..jap-jap..aku tengok.."balasku lalu bangun dan mengambil jam locengku yang berada di atas meja tepi katilku.Jarum jam menunjukkan tepat pukul 10 pagi.

"K..pukul berapa sekarang?wahai tuan puteri anak raja isketambola.."tanya Hana dengan nada menyindir.

"Em..baru pukul..alamak!!pukul 10!!aku dah lambat la..!"jeritku tersedar aku sudah terlewat ke sekolah untuk mengambil keputusan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) yang dikeluarkan pada hari ini.Ini semua gara-gara aku terlupa mengunci semula jam locengku awal pagi tadi .Aku pantas ke bilik air tanpa berlengah lagi selepas mematikan talian.

Aku tiba di seberang jalan yang menghubungkan sekolahku lebih kurang jam pukul 11 pagi lewat dari yang dirancang.Ini membuatkan aku tergesa-gesa keluar dari perut kereta mama.Mama juga turut bangun lewat sepertiku.Dia tidur semula setelah menyiapkan sarapan pagi untuk papa dan Abang Izat sebelum mereka berangkat ke pejabat.

Mama,suri rumah sepenuh masa sejak dia menamatkan zaman bujangnya dengan papa.Mereka boleh diibaratkan dua merpati sejoli kerana masing-masing saling cinta-mencintai walaupun hampir 25 tahun mereka hidup sebagai pasangan suami isteri.Mama sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepadaku tanpa sedikitpun rasa jemu.

"Okey mama..nanti Ika call mama k!bye.."kataku selepas mencium tangan mama.

"Okey sayang..I wish you good luck.."ucap mama sambil menguntumkan sekuntum senyuman yang menaikkan semangatku lalu pergi meninggalkan aku di situ.Mana tidaknya,tiga bulan aku menantikan saat ini.
Di depan pintu pagar sekolah,aku terlihat Hana yang sedang menunggu ketibaanku kerana kami telah berjanji akan mengambil keputusan itu bersama-sama.Aku melambai-lambai tanganku ke arahnya.Jantung aku masih berdebar-debar menantikan keputusan yang bakal mengubah hidupku sehinggakan aku terlupa yang aku berada di tengah jalan raya.Tiba-tiba entah dari mana datangnya kereta Honda Sivic berwarna hitam memancu ke arahku dan hampir melanggarku lalu aku terjatuh akibat terperanjat melihat kereta itu berhenti tepat di hadapanku.Nasib baik aku tidak tercedera cuma tercalar sedikit di bahagian lengan akibat hentakan yang tidak terlalu kuat itu.Hana yang melihat insiden itu pantas berlari mendapatkanku lalu cuba memimpinku bangun.

"Ika..! Kau okey??" tanya Hana seakan menjerit.

"Aku. Aku okey.." jawabku cuba bangun sambil dipimpin oleh Hana.

        Pelajar-pelajar lain sama ada ingin masuk ke dalam sekolah mahupun yang baru turun dari kenderaan ibu bapa mereka lantas memandang ke arah kami.

        Lalu keluar seorang lelaki yang berbadan tegap, berambut pendek dan tinggi lampai.Rupanya yang agak tampan berlari ke arahku dengan pantas.

"Cik. Cik okey? Cik tak apa-apa kan? Saya minta maaf sangat-sangat.." jelas lelaki itu yang kelihatan agak gelabah.Mungkin takut sekiranya aku tercedera.

"Woi!! Kau buta ke?! Tak nampak ke member aku lalu sini tadi? Mata kau letak kat mana hah?!!" tiba-tiba Hana menjerkah lelaki itu. Lelaki itu termasuk diriku tergamam seketika.

        Orang ramai yang dari tadi memerhati dari jauh segera meluru dan mengelilingi kami bertiga.

"Sa. Saya tahu..Sa. Saya minta maaf ya. Ada luka kat mana-mana tak? Nak saya bawa cik jumpa doktor tak..?" tanya lelaki itu sambil cuba memohon maaf tapi sebenarnya itu bukan kesalahannya.

"Saya tak apa-apa. Saya okey. Just luka sikit je ni. Lagipun saya yang patut minta maaf. Lintas tak tengok kiri kanan tadi. Maaf ya.." mohonku yang sememangnya mengaku melintas tanpa melihat kiri dan kanan jalan.

"Hey Ika! Kau tak salah la. Mamat ni yang salah. Dia ingat ni jalan bapa dia kot..!" tengking Hana lagi.

"Tak apa la Hana.  Lagipun aku luka sikit je ni. Tengok ni.." bisikku sambil menunjukkan kepada Hana yang aku tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

"Err..Kalau macam tu. Saya pergi dulu la ya. Saya ada hal mustahak sangat ni.." kata lelaki itu yang kelihatan terburu-buru seakan kejarkan sesuatu.

"Hah! Entah-entah nak lari la tu " balas Hana selamba sambil memcebirkan bibirnya.

"Dah la Hana. Okey saya minta maaf ya pasal kawan saya ni. Tak apa tak apa encik boleh pergi sekarang" kataku yang tidak mahu membesarkan perkara yang kecil sebegini.

"Okey. Terima kasih cik. Saya pergi dulu ya.." angguk lelaki itu tersenyum lalu naik ke keretanya dan memandu pergi.

        Orang ramai yang tadinya mengelilingi kami berdua segera bersurai.
.............................................................................
"Ika..!!" jerit Hana perlahan dengan nada tidak puas hati kerana aku membiarkan lelaki itu pergi begitu saja.

"Dah la Hana. Aku tak apa-apa la. Kau pula yang lebih. Malu tau orang tengok. Emm..Kau jangan beritahu family aku tau pasal hal ni..?" pesanku yang tidak mahu merisaukan keluarga aku terutamanya mama. Maklum sajalah aku anak perempuan tunggal. Pernah aku pengsan di dalam kelas sewaktu di darjah empat kerana tidak bersarapan pagi,malas bangun awal. biasalah kan. Mama segera menghantar aku ke hospital walaupun aku sudah sedar dari pengsan ketika itu.

"Yela yela. Tapi aku takkan lepaskan mamat tadi tu. Siap la kalau aku jumpa dia lagi!" balasnya yang sebenarnya aku tahu dia amat mengambil berat akan diriku.

"Eh. Ni dah ambil result ke belum ni..?" aku cuba membuat Hana lupa tentang kejadian tadi itu.

"Belum. Tunggu kau la. Lambat sangat!"

"Sorry la. Aku bangun lewat hari ni. Okey jom-jom. Kita ambil sama-sama ek?" pujukku sambil menarik tangan Hana dan masuk ke dalam perkarangan sekolah.

        Aku dan Hana lulus dengan cemerlang. Tidak sia-sia kami belajar dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama selama ini. Berkat doa kami bersama telah termakbul.

.............................................................................
"So Ika. Apa kau nak buat lepas ni..?" tanya Hana dengan nada gembira selepas kami berjalan keluar dari perkarangan sekolah sambil memegang slip keputusan SPM. Rasa riang di hati masih terasa. Kami sempat mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik kami berdua sehingga kami mendapat keputusan yang begitu cemerlang. Kami juga sempat bertegur sapa dengan kawan-kawan lama yang turut bergembira dengan kejayaan mereka juga.
"Em..Aku tak tahu lagi la. Maybe tunggu surat tawaran kot. Yang pastinya aku nak sambung belajar!. Nak teruskan cita-cita aku untuk jadi seorang peguam yang berjaya!hah. Kau pula..?"
        Sememangnya dari kecil itulah cita-citaku.Aku memilih bidang guaman sebagai cita-cita kerana aku ingin membantu masyarakat yang memerlukan perkhidmatan ini untuk membela nasib diri masing-masing.Itu azamku.
"Aku?..hmm. Sama la dengan kau. Tunggu surat tawaran. Tapi buat sementara waktu ni. Papa aku nak aku kerja part time  kat company dia tu. Dia kata lepas dah habis belajar nanti, dia nak aku take over company dia tu. Aku kan anak tunggal. So dah jadi tanggungjawab aku la kan?" balas Hana kerana papanya mempunyai sebuah syarikat perniagaan barang separuh siap.
"Hmm. That's good!. I'm very respect you my friend!" pujiku begitu kagum dengan Hana yang sememangnya seorang anak yang bertanggungjawab dan berjasa kepada keluarga.
"Thank you thank you!. So bila kita nak celebrate kejayaan kita ni..?” soalnya yang jelas tidak sabar-sabar untuk meraikan kejayaan kami bersama.
"Pasal tu..em. Aku nak balik rumah dulu la. Nak beritahu mama dengan papa aku dulu. Nanti bila aku free. Aku call k?" jawabku yang tidak sabar mahu memberitahu mama dan papa tentang keputusanku itu.Mereka pasti gembira kerana doa mereka selama ini semasa melakukan solat sunat hajat bersama denganku dahulu telah termakbul.
"Okey!" balas Hana faham.  
     Aku benar-benar gembira dengan kejayaanku. Aku pulang dengan berita menggembirakan untuk papa dan mama. Abangku, Muhammad Izat bakal menghadiahkan aku sebuah komputer riba jenama Apple yang dibeli dengan menggunakan duit poketnya sendiri.Hana pula mahu membelikanku pemain Mp3, Ipod Nano sebagai hadiah sempena kejayaanku ini. Aku pula masih tercari-cari lagi benda yang mahu aku jadikan sebagai hadiah untuknya.

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Terima Kasih~

Lilypie Angel and Memorial tickers